Sistem Kenaikan Pangkat (e-PANGKAT)
[ Log Masuk ]
| | | |

LOG MASUK
No. Kad Pengenalan :
Contoh : 999999887777
 
Kata Laluan :
 
 



PENGUMUMAN PENTING

PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2021 PADA 31 DISEMBER 2021

Merujuk kepada surat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM rujukan KPM.BPSM.S.500-4/7/7 JILID 12 (2) bertarikh 11 Januari 2022 mengenai perkara di atas.


2. Dimaklumkan bahawa perakuan kenaikan pangkat ke Gred DG42 (KUP) bagi PPP yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred DG42 (KUP) di bawah urusan tahun 2021 berkuat kuasa mulai 31 DISEMBER 2021 yang telah melengkapkan tempoh pemangkuan selama setahun dan memenuhi syarat-syarat untuk kenaikan pangkat akan dilaksanakan secara dalam talian menerusi sistem ePangkat di Modul DG42. Jadual pelaksanaan bagi urusan ini adalah seperti berikut:


Bil.
Tarikh
Tempoh
Keterangan
1.
16 Januari 2023 (Isnin)
hingga
30 Januari 2023 (Isnin)
15 Hari
  • PPP perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Khas (LNPK) dan borang akuan pinjaman pendidikan secara manual dan mengemukakan kepada Ketua Jabatan.
  • Ketua Jabatan perlu membuat penilaian LNPK.
  • Ketua Jabatan perlu memastikan maklumat perkhidmatan pegawai terutamanya tarikh pemangkuan DG42 (KUP) dan markah prestasi tahunan dikemas kini di ePangkat.
2.
31 Januari 2023 (Selasa)
hingga
14 Februari 2023 (Selasa)
15 Hari
  • Ketua Jabatan memasukkan markah LNPK dalam ePangkat.
  • Tempoh perakuan Ketua Jabatan iaitu Pengetua/ Guru Besar/ Ketua Bahagian (Di Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) kepada JPN/ Bahagian.
  • Tarikh tutup pada 14 Februari 2023 (jam 11.59 malam).
    Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan
3.
15 Februari 2023 (Rabu)
hingga
07 Mac 2023 (Rabu)
21 Hari
  • Tempoh perakuan JPN/ Pengarah Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi kepada BPSM, KPM.
  • Tarikh tutup pada 07 Mac 2023 (jam 11.59 malam).
    Nota : Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan akan menemui kegagalan

 


3. PPP dan Ketua-Ketua Jabatan hendaklah mematuhi jadual pelaksanaan dan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kelewatan atau keciciran yang berlaku di peringkat masing-masing. Perakuan kenaikan pangkat yang diterima selepas tarikh tutup/ tidak lengkap/ mengandungi fakta yang palsu, tidak akan diproses.

 

4. SILA RUJUK SURAT SIARAN BPSM, KPM YANG DISERTAKAN UNTUK MAKLUMAT-MAKLUMAT PENTING BERKAITAN URUSAN INI.

 

Sekian, dimaklumkan.

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG32 HINGGA GRED DG54 DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2023

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:



Bil.
Tarikh
Tempoh
Keterangan
1.
19 Disember 2022 (Isnin)
hingga
18 Januari 2023 (Rabu)
31 Hari
 
  • Tempoh PERMOHONAN CALON dibuka.
  • Tarikh tutup pada 18 Januari 2023 (SEBELUM jam 11.59 malam)
    NOTA PERINGATAN:
    • Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP permohonan calon (Di JPN / Bahagian / IAB / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ; dan
    • Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuat naik.
2.
19 Januari 2023 (Khamis)
hingga
08 Februari 2023 (Rabu)
21 Hari
 
  • Tempoh PERAKUAN KETUA JABATAN ( Pengetua/ Guru Besar/ Timbalan Pengarah JPN/ Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan/ IPG Kampus/Kolej Matrikulasi ) KEPADA JPN/ BAHAGIAN
  • Tarikh tutup pada 08 Februari 2023 (SEBELUM jam 11.59 malam)
    NOTA PERINGATAN:
    • Sebarang permohonan, pengemaskinian maklumat [termasuk Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK)] dan perakuan SELEPAS TARIKH TUTUP permohonan calon (Di JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG Kampus/ Kolej Matrikulasi) TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN ;
    • Pengetua / Guru Besar / Timbalan Pengarah JPN / Bahagian atau Pengarah IAB Cawangan / IPG Kampus / Kolej Matrikulasi adalah BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA sekiranya terdapat kesilapan maklumat yang telah dimuat naik; dan
    • Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA.

3.
09 Februari 2023 (Khamis)
hingga
01 Mac 2023 (Rabu)


21 Hari
 
  • Tempoh PERAKUAN PENYEMAK / PENGESAH di JPN / Bahagian / IAB / IPGM KEPADA BPSM, KPM
  • Tarikh tutup pada 01 Mac 2023 (SEBELUM jam 11.59 malam)
    NOTA PERINGATAN:
    Sebarang usaha untuk membuat perakuan SELEPAS tarikh berkenaan TIDAK AKAN BERJAYA

Urusan ini terbuka kepada :


(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2023;


(b) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41/ DG42 ke Gred DG44 ATAU Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) bagi urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2023 (HANYA PPP YANG BELUM MENGGUNA PAKAI PENGALAMAN PPPLD SEMASA KE GRED DG44 SAHAJA); dan


(c) Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan JANUARI HINGGA JUN TAHUN 2023.


 

3. Urusan TBBK dilaksanakan berdasarkan PERMOHONAN OLEH PEMOHON SENDIRI. Calon WAJIB log masuk ke Sistem ePangkat menggunakan ID calon sendiri dan menyemak semua maklumat yang telah dikemas kini oleh Ketua Jabatan masing-masing. SEBARANG PERCANGGAHAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN SEGERA KEPADA KETUA JABATAN UNTUK DIKEMAS KINI. PENGEMASKINIAN TERSEBUT HENDAKLAH DIBUAT SEBELUM TARIKH TUTUP PERMOHONAN CALON.


4. Sila rujuk Carta Alir Proses Kerja Urusan Kenaikan Pangkat PPP dan AKP secara TBBK menggunakan Sistem ePangkat seperti di dalam surat siaran. Manual pengguna Sistem ePangkat juga boleh dicapai di dashboard ePangkat masing-masing.


CALON ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEMAKAN MAKLUMAT DAN PERMOHONAN MASING-MASING.

 

 

Laman ini sesuai dilayari dengan menggunakan pelayar Google Chrome atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas.
Penafian:
Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hakcipta Terpelihara � 2009-2014 - Bahagian Pengurusan Maklumat dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian data, artikel, ilustrasi, audio, video dan isi kandungan portal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, duplikasi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
/