Semakan e-Penyata Gaji ANM 2024 Online

Semakan e-Penyata Gaji ANM 2024 Online

Cover image

E-Penyata adalah sistem yang membolehkan penjawat awam di Malaysia untuk menyemak slip gaji mereka secara online. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma oleh Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM) melalui portal anm.gov.my, memudahkan akses kepada penyata dan slip gaji bulanan melalui komputer, tablet, atau telefon pintar pada bila-bila masa. Ini merupakan kaedah semakan yang lebih mudah dan cepat berbanding pengagihan slip gaji cetak kertas yang biasa dilakukan sebulan sekali​.

Cara Semakan ePenyata Gaji

Untuk menyemak e-Penyata gaji secara online, pengguna harus mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui pautan https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

  2. Klik pada pautan “SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN (e-PAY SLIP AND REPORT SYSTEM)” untuk diarahkan ke halaman log masuk.

  3. Bagi pengguna baru, proses pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu melalui pautan “Pertama Kali Mendaftar”.

  4. Setelah mendaftar, log masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan, pasport, atau kod pengenalan lain yang sah berserta kata laluan yang telah didaftarkan.

  5. Setelah berjaya log masuk, pengguna boleh memuat turun penyata gaji bulanan atau penyata pendapatan tahunan

login slip gaji e-penyata

Seperti yang tertera pada gambar di atas, masukkan no kad pengenalan anda dan juga kata laluan. Kemudian daftar masuk.

e penyata gaji

Pertama Kali Mendaftar e-Penyata

Jika anda sebelum ini tidak pernah menggunakan sistem e-penyata ini, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Klik sini untuk mendaftar akaun baru e-penyata ANM.

Isi kesemua maklumat yang diminta. Pastikan maklumat yang diberikan adalah semuanya betul. Ini bagi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

daftar baru.

Medan yang wajib anda isi semasa membuat pendaftaran adalah;

  • No mykad (kad pengenalan)

  • No gaji

  • kata laluan (password)

  • sahkan kembali kata laluan.

  • soalan keselamatan (penting jika anda terlupa kata laluan)

  • Jawapan kepada soalan keselamatan (pastikan anda ingat.)

  • KLIK OK.

Jika Terlupa Kata Lalaluan

Sekiranya pengguna terlupa kata laluan, mereka boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk menetapkan semula kata laluan:

  1. Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan?” di halaman log masuk.

  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau pasport dan nombor gaji, kemudian klik “Seterusnya”.

  3. Pilih soalan keselamatan dan masukkan jawapan. Jika jawapan betul, sistem akan memaparkan kata laluan.

  4. Jika pengguna tidak ingat jawapan untuk soalan keselamatan, mereka boleh klik “Reset Kata Laluan” untuk mendapatkan kata laluan sementara​​.

lupa kata laluan e-penyata

Masukkan no kad pengenalan anda dan juga nogaji. Kemudian klik seterusnya.

Carian maklumat Slip

Selepas login, klik submenu yang tertera tulisan “sendiri”. Menu tersebut akan membawa anda fungsi untuk muat turun penyata gaji bulanan dan pendapatan tahunan.

penyata menu

Nombor untuk Dihubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah teknikal berkaitan dengan e-Penyata, pengguna boleh menghubungi Jabatan Akuantan Negara Malaysia (JANM) melalui emel di alamat [email protected] atau dengan menelefon ke talian 03-88821000. Ini memastikan bahawa penjawat awam dapat menerima bantuan yang diperlukan dalam mengakses atau menguruskan e-Penyata gaji mereka​​.

Sistem e-Penyata ini menawarkan kemudahan besar kepada penjawat awam di Malaysia dengan menyediakan akses mudah ke maklumat gaji dan pendapatan tahunan mereka. Dengan langkah-langkah keselamatan yang ketat, sistem ini juga memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pengguna dilindungi.

Cara dapatkan Penyata gaji lama

Bagaimana cara untuk mengakses jika penyata gaji yang dikehendaki bertarikh bertahun lamanya iaitu sebelum 2010?

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan dibangunkan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010. Aplikasi ini dicipta selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 pada waktu itu.

Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang diedarkan pada tahun-tahun SEBELUM Oktober 2010 adalah secara manual (hardcopy). Cuma SATU penyata sahaja yang diberikan kepada setiap individu/penjawat awam. Tidak terdapat salinan simpanan yang disimpan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanggungjawab membuat salinan dan menghapus penyata tersebut adalah berada bawah tugas individu sendiri.