Cara Daftar HRMIS : Panduan Pendaftaran Sistem Maklumat Sumber Manusia

Cara Daftar HRMIS : Panduan Pendaftaran Sistem Maklumat Sumber Manusia

Cara Daftar HRMIS : Panduan Pendaftaran Sistem Maklumat Sumber Manusia

Cara Daftar HRMIS : Panduan Pendaftaran Sistem Maklumat Sumber Manusia. Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) adalah platform digital yang dirancang untuk membantu organisasi dalam mengelola dan memantau data sumber daya manusia mereka. HRMIS menyediakan berbagai alat dan ciri-ciri yang memudahkan pengurusan informasi karyawan, seperti data pribadi, kehadiran, kinerja, gaji, dan lain sebagainya.

Bagi pengguna HRMIS Klasik ianya telah ditutup. Dengan itu Penjawat awam dinasihatkan agar menggunakan HRMIS 2.0 sepenuhnya. Bagi individu yang ingin menggunakan HRMIS 2.0, artikel ini akan memberikan panduan langkah demi langkah tentang cara mendaftar dan memulai menggunakan sistem ini.

Apa Itu HRMIS

HRMIS adalah singkatan bagi Human Resource Management Information System. Sistem ini telah diwujudkan untuk melaksanakan urusan sumber manusia di setiap agensi atau organisasi.

Secara ringkasnya, sistem HRMIS ini :

  • Dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses fungsi HR dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan.

  • Semua rekod berkaitan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital.

  • Dapat mempercepatkan proses HR (Sumber Manusia).

Cara Login HRMIS 2.0

Semua penjawat awam akan diberi ID yang boleh didapati dari Pentadbir HRMIS jabatan masing-masing.

Berikut adalah cara login HRMIS :

  1. Layari pautan ini = https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx

  2. Masukkan ID Pengguna

  3. Masukkan Kata Laluan

  4. Klik butang “Hantar”

  5. Klik “Peti Pesanan” untuk sebarang pesanan mesej baru / tindakan yang belum diambil

  6. Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan.

  7. Log keluar jika sudah selesai.

Untuk memudahkan kerja anda, anda boleh terus memasang aplikasi HRMIS 2.0 pada telefon pintar anda.

Cara Daftar HRMIS

Pengurusan Kata Laluan HRMIS

Kata laluan perlu diubah mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS). Antara pengurusan kata laluan yang perlu diambil tahu adalah :

  • Kata laluan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 12 aksa.

  • Mengandungi aksara khas (Contoh : @,&,*)

  • Perlu mengandungi huruf dan nombor.

  • Perlu ada huruf besar dan huruf kecil.

Kegunaan Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam

Selain dari menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini juga membolehkan setiap anggota sektor awam memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan seperti cuti, tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian.

Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapat melaksanakan, antara lain iaitu perkara-perkara seperti berikut :

  • Mengemaskini rekod peribadi

  • Memohon dan menyemak cuti rehat

  • Mengemukakan tuntutan

  • Memantau prestasi kerja

  • Memohon kursus yang bersesuaian

  • Membuat penilaian kompetensi

  • Memohon pertukaran

  • memohon kaunseling