AINS NILAM KPM - Cara Login & Rekod Bahan Bacaan Online

AINS NILAM KPM – Cara Login & Rekod Bahan Bacaan Online

CARA REKOD BACAAN ONLINE MELALUI AINS NILAM

Pada 16 November 2023, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyerahkan Advance Integrated Nilam System (AINS) kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam majlis rasmi yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.

Program ini merupakan salah satu bentuk mekanisme ‘handshake’ yang melibatkan pelbagai Kementerian, Jabatan dan Agensi bersama berkongsi kepakaran menyelesaikan masalah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Pada 19 Mac 2024, Selasa jam 9.50 pagi, siaran langsung Majlis Peluncuran Advance Integrated NILAM System (AINS) akan bersiaran dan tentu ramai yang teruja serta ingin mengetahui lebih lanjut tentang sistem ini.

Jom kami kongsikan selanjutnya tentang aplikasi ini.

Pengenalan AINS NILAM

Sistem ini merupakan aplikasi mudah alih yang direka bagi memudahkan murid merekod bahan bacaan berasaskan teknologi untuk menggantikan sistem perekodan membaca murid secara manual iaitu NILAM yang telah digunakan sejak tahun 1999.

Ini bermaksud, AINS akan menggantikan NILAM untuk merekod bahan bacaan secara digital melalui Advance Integrated Nilam System. Rekod dapat dipantau oleh PPD/JPN/KPM dari peringkat bilik darjah hingga Kebangsaan.

Selain itu, AINS dilengkapi dengan permainan, penilaian dan cadangan bahan bacaan. Aplikasi interaktif ini membolehkan murid mendapatkan mata ganjaran yang boleh ditebus bagi menggalakkan mereka membaca. Menarik, bukan?

Melalui AINS, pihak ibu bapa, guru, pentadbir pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM dapat memantau status dan tahap pencapaian NILAM murid pada peringkat bilik darjah, aliran, sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan melalui dashboard yang disediakan.

Ini sekaligus menggalakkan budaya membaca yang lebih aktif serta menyumbang kepada keintelektualan negara.

Layari : https://ains.moe.gov.my/

Cetusan Idea & Pelaksanaan

Projek AINS berperanan membantu meringankan beban guru dalam menganalisa perekodan bacaan murid serta memberi maklumat terperinci kandungan-kandungan terkini yang menarik minat pelajar untuk terus mengekalkan budaya membaca.

Aplikasi AINS yang telah dibangunkan oleh pasukan JomBaca adalah cetusan idea daripada program MYHackathon 2022.

Program MYHackathon adalah merupakan inisiatif nasional yang dipacu oleh MOSTI serta Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) sebagai agensi pelaksana, bertujuan mendorong pembangunan teknologi dan inovasi di kalangan startup dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

MYHackathon 2022 Kohort 2 merupakan salah satu daripada program di bawah inisiatif nasional MYStartup bagi membantu startup peringkat awal untuk memacu perkembangan perniagaan mereka menerusi program-program pembangunan kapasiti.

Panduan Pengguna AINS NILAM

Untuk makluman, sistem ini boleh diakses melalui pautan berikut menggunakan akaun DeLIMa KPM.

AINS NILAM
Kedudukan AINS dalam DELIMa murid

CARA REKOD BACAAN ONLINE MELALUI AINS NILAM

  1. Platform ini menggunakan ID DELIMa pelajar untuk log masuk. Sila login melalui https://ains.moe.gov.my/
  2. ID DELIMa mempunyai format [email protected]
  3. Jika anda belum mempunyai ID DELIMa, sila berhubung dengan guru kelas anda untuk bantuan.
Halaman Utama AINS
ains nilam online
ains nilam online
ains nilam online
ains nilam online
ains nilam online
ains nilam online
ains nilam online

MUAT TURUN MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI AINS NILAM UNTUK MURID & GURU:

CARA REKOD BACAAN ONLINE MELALUI AINS NILAM

Sumber: SK Seri Mendapat SeMenda

Sila layari https://ains.moe.gov.my/ untuk memuatnaik hasil bacaan anda atau terus login melalui ID DeLiMa murid.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan sistem aplikasi ini, sila layari laman sosial dan portal Kementerian Pendidikan Malaysia di :

Bantu kami share artikel ini: