Semakan Penyata Gaji 2020 Melalui e-Penyata

Semakan Penyata Gaji 2020 Melalui e-Penyata

Semakan Penyata Gaji 2020 Melalui e-Penyata

Penyata gaji diperlukan untuk banyak tujuan rasmi. Salah satunya, penyata gaji untuk membuat pinjaman perumahan, pinjaman peribadi , dan juga lain-lain. Di sini kami kongsikan cara semakan penyata gaji.

Di sini kami sediakan panduan cara untuk membuat semakan penyata gaji melalui sistem e-penyata ANM.

Anda boleh menyemak penyata gaji anda secara online sahaja dan terus mendownload kemudian boleh mencetaknya.

ANM Semakan Penyata Gaji Online

Untuk membuat semakan penyata gaji ini, klik pautan di bawah ini:

SEMAKAN PENYATA GAJI

penyata online

Masukkan no kad pengenalan / passport dan juga kata laluan.

Jika anda masih belum ada kata laluan, bererti anda belum mendaftar lagi.

Ikuti tutorial ringkas cara untuk mendaftar e-penyata ANM ini.

Cara Daftar e-penyata Gaji

Layari: DAFTAR Penyata Gaji Online

penhata gaji isi borang online

Isikan kesemua ruangan yang diminta. Kemudian klik ok.

Selepas anda mempunyai password, maka bolehlah terus log masuk ke dalam sistem ini.

Manakala jika terlupa kata laluan, klik >>Lupa kata laluan.

jika terlupa kata laluan.

Masukkan no kad pengelanan dan no gaji. Nombor gaji ini boleh dirujuk pada slip gaji anda sebelum ini.

e-Maklum Penyata Gaji

Untuk akses ke e-maklum penyata gaji, layari: eMaklum Online

emaklum

isi semua ruangan kosong. Selesai mengisi klik “cari”. Ataupun set semula untuk membuat carian baharu.

Bagaimana cara dapatkan no gaji?

Anda boleh hubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak anda bertugas.

Apa perlu buat jika menghadapi no akaun tidak wujud?

ikuti langkah-langkah berikut:
1. Sila cuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan ikut arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji;
b. Sila pilih Soalan Keselamatan dan masukkan jawapannya untuk mendapatkan Kata Laluan Asal. Jika terlupa, mohon klik Reset Kata Laluan. Kata Laluan Sementara akan dihantar melalui sms/emel yang didaftarkan.
Sila pastikan anda mendaftar masuk dengan Kata Laluan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari, kemudian menukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan yang Baharu.

Apakah email yang boleh dihubungi untuk tujuan aduan?

hantarkan aduan anda kepada [email protected] 

Bagaimana nak dapatkan slip gaji yang lama?

Slip gaji online disimpan mengikut had waktu yang ditetapkan. Sila dapatkan slip yang lama di Pejabat yang membayar gaji dimana anda bertugas ketika itu.

Dah reset kata laluan, namun tiada emel / sms pengesahan. Apa nak buat?

sila hantarkan aduan ke [email protected]