Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Negeri (JANM)

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 Seluruh Negeri (JANM)

Untuk makluman Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 telah diumumkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Semua penjawat awam atau kakitangan awam kerajaan Malaysia boleh mendapatkan maklumat mengenai gaji kakitangan awam tahun semasa dan 2022 dengan merujuk kepada jadual pembayaran gaji yang disertakan di bawah ini.

Jadual Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022

TERKINI: TARIKH GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2022

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (https://www.anm.gov.my/…/surat-pekeliling-akauntan…)

BULANTARIKHHARICATATAN
Januari25.01.2022Selasa 
Februari25.02.2022JumaatTahun Baru Cina – 1 & 2 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
Mac25.03.2022Jumaat 
April25.04.2022Isnin 
Mei25.05.2022RabuHari Raya Puasa – 3 & 4 Mei 2022 (Selasa & Rabu)

Hari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2022 (Isnin & Selasa)
Jun24.06.2022JumaatHari Gawai – 1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)
Julai25.07.2022IsninHari Raya Haji – 10 & 11 Julai 2022 (Ahad & Isnin)
Ogos25.08.2022Khamis 
September23.09.2022Jumaat 
Oktober18.10.2022SelasaHari Deepavali – 24 Oktober 2022 (Isnin)
November25.11.2022Jumaat*Gaji diawalkan ke 17 November 2022 sempena PRU15
Disember19.12.2022IsninHari Krismas – 25 Disember 2022 (Ahad)

Baca juga:

Bantuan Khas Kewangan (Bonus) Penjawat Awam / Pesara 2023

Menurut Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan PM DS Ismail Sabri yang lalu, Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 akan dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen.

Perkara ini akan dimuktamadkan oleh Kerajaan baharu di bawah pimpinan DS Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Sebelum ini, menerusi Bajet 2022, seramai 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah telah diberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM700 sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharungi tempoh pandemik, di mana satu juta pesara kerajaan pula akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.

Bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Tarikh Gaji Penjawat Awam 2022 yang dimaklumkan melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Laman web Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia:

https://www.anm.gov.my

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: