Keluar TV pun kena bayar, gaji Hanse (Victon) RM175 selepas seminggu promosi lagu - Bintang Global | mStar
suria

Keluar TV pun kena bayar, gaji Hanse (Victon) RM175 selepas seminggu promosi lagu

Hanse meluahkan rasa sedih kepada peminat di Bubble.

SIAPA sangka di sebalik gemerlapan dan populariti diraih penyanyi kpop di seluruh dunia, ada banyak penindasan yang berlaku tanpa diketahui peminat.

Anggota Victon iaitu Hanse berkata mereka pernah mendapat pulangan sebanyak KRW50,000 atau RM175 selepas seminggu bekerja keras melakukan promosi album kumpulan tersebut menerusi sebuah program televisyen.

Kata Hanse walaupun program berkenaan memberi impak kepada karier mereka namun pulangan yang diterima sangat menyedihkan.

"Dapat melakukan persembahan menerusi program televisyen memang cara promosi berkesan tetapi pulangannya tidak seperti disangka peminat.

victon-1

Bukan mudah Victon mahu mencipta nama sebagai artis kpop.

"Seminggu buat promosi memerlukan kos sebanyak KRW10 juta (RM35,000) tetapi pulang pula hanya sebanyak KRW50,000 (RM175) sahaja," dedahnya.

Hanse berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan peminat menerusi platform Bubble.

Dalam pada itu, Hanse berkata, kos membuat kemunculan dalam program berkenaan tidak termasuk dnegan kos lain termasuk pentas, pakaian dan petugas yang mengiringi persembahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ryu Jun Yeol tak kuasa pertahan diri isu curang, diam bukan sebab pengecut

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah

Kata Hanse, biasanya mereka akan mengeluarkan kos sebanyak KRW20 juta (RM60,000) bagi memastikan mereka nampak gah di mata peminat.

"Kadang-kadang saya terfikir lebih baik gunakan wang itu untuk membuat muzik video atau perkara lain yang mendatangkan keuntungan lebih kepada Victon.

Susulan pendedahan itu, Hanse menjadi sasaran dipercayai pemain industri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan namun menjelaskan dia sekadar berkongsi perkara sebenar.

Pendedahan itu sekali gus membuatkan ramai peminat kpop terkejut dan berharap agar situasi itu akan berubah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain