Tragedi helikopter TLDM: Joanna ada dua anak kecil - Kosmo Digital

Tragedi helikopter TLDM: Joanna ada dua anak kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joanna antara mangsa yang disahkan terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak pagi tadi.

PETALING JAYA- Salah seorang kru wanita yang terkorban dalam kejadian pertembungan helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas I, Joanna Felicia anak Rohna dipercayai mempunyai sepasang cahaya mata termasuk bayi.

Menerusi tinjauan di laman Facebook Joanna, wanita berasal dari Kuching, Sarawak itu telah memuat naik gambar dan video bersama anak-anaknya pada bulan lepas.

Video berkenaan meruntun hati netizen dan rata-ratanya memberikan kata-kata takziah.

Pemergiannya meninggalkan sebak dihati pengguna media sosial kerana telah dijemput ajal pada usia yang muda dan tidak sempat membesarkan anak-anaknya bersama suaminya.

“Berat sekali ujian tuhan buat Joanna, kasihan tengok anak-anaknya masih lagi kecil,” komen Bibiana.

“Kenangan terakhir seolah-olah memberi tanda yang kita tidak sedar. May your soul rest in peace sister,” komen Bella.

“Salam takziah, semoga keluarga tabah menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan seterusnya,” komen Nuramyza.

Sementara itu dua lagi mangsa wanita yang terkorban iaitu, Pegawai Waran II, Noorfarahimi Mohd. Saedy dan Bintara Muda, Noor Rahiza Anuar dilaporkan juga merupakan hanya penumpang di pesawat HOM (M503-3). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI