DANA

Thursday, June 6, 2024

PHOTO DIARY #18/2024

 Assalamualaikum semua,

Sekarang kelaut betul lah blog aku ni, masih rajin berblogwalking cuma itulah kadang untuk buat entri yang tak terbuat. Makanya kita cari la kerajinan untuk selit jugak cerita... Jom tengok cerita bergambar jom.

Pertama kali pandu sendiri alza ni, dah la lama tak pandu sendiri balik kampung Johor

sampai rumah dalam kul 1 lebih, terus makan perut lak dah lapar

ajak paksu pasang lampu pelita sekali

petang tu ajak paksu pergi cari satay

sekarang rutin harian berubah, balik sekolah hantar Aiyan ke rumah

Kawan dari sekolah rendah lagi

Kawan pejabat jual aiskrim Malaysia, kita kene lah sokong

Hari ini punya baju batik

pantau dengan CCTV je bila dia kat rumah

ni bodyguard Aiyan ni... teman dia

Wednesday, June 5, 2024

BUAT BUNGA TELUR

 Assalamualaikum semua,

Masa kenduri aritu emak kata, nak pulangkan bagi bunga telur kat makcik. Sebab masa mak buat kenduri kahwin dia ada bagi 200 kuntum bunga telur. Jadi gigihla kami anak beranak rebus dan buat bunga telur, rebus telur tu dalam 2 jam jugak, mak kata rebus lama biar tahan. Sampai ke malam baru boh telur dalam bekas jaring, siap suruh Aiyan dan Ecah tolong lagi.

cuci dulu semua

lepas dah sejuk malam tu baru la kita buat bunga telur


gigih dia nak isi telur dalam jaring tu

Ecah pun tolong jugak


siap letak kat pahar, di hari kejadian

Bagi pada orang kendarat dan orang yang rewang juga

Tuesday, June 4, 2024

SELAMAT TINGGAL SAMPAI JUMPA

 Assalamualaikum semua,.

Selasa lepas, hari terakhir Aiyan di transit taska JUPEM. Bulan ini bermulalah episod dia duduk sendiri di rumah. Moga ok je buat dia, lebih banyak masa rehat boleh dibuat. CCTV tu nanti aku akan review ya, almaklum masih belajar lagi nak paham dia tu hehehhe. 

Ahad lepas Aiyan ajak beli barang untuk dia hadiahkan pada cikgu yang jaga di taska. Dia pilih bagi hadiah bekas Mr Diy untuk semua cikgu. Terima kasih selama ini tolong jaga Aiyan di transit. 

ada 10 orang cikgu


dia seronok dapat pilih beg kertas cantik-cantik

pagi tu gembira bawak hadiah


Cikgu bagi hadiah alat tulis untuk dia

gambar dengan kawan-kawan transit


gambar dengan cikgu dan adik-adik

Tuesday, May 28, 2024

MR DIY SIRI DISNEY DONALD DUCK

 Assalamualaikum semua,

Ahad lepas kami ke Mr Diy nak mencari barang Aiyan. Dia nak bagi hadiah kat cikgu taska nya sebab bulan depan kami nak keluar taska dan Aiyan duduk di rumah je. Balik sekolah aku akan hantar di balik rumah. CCTV pun dah siap-siap beli untuk pantau dia di rumah nanti. Lagipun dia dah besar, transit tu semua budak sekolah rendah je. 

Masuk Mr Diy nampak koleksi Disney Donald Duck, cantik-cantik sibuk la juga dia nak beli. Tapi bila tengok gambar boleh tahan jugak la kan. Belikan jugak beg kat dia,itu je rasa murah dan dia akan pakai.

Belikan beg sebelah kiri sekali tu, RM12.90. Dia nak beg tengah tu tapi harga rm45 hueheheh

bergambar dulu lah nanti ada duit kita beli beg yang Aiyan nak ya


macam-macam koleksi ada geram tengok

Monday, May 27, 2024

SELAMAT HARI LAHIR KE 63 EMAK

 Assalamualaikum semua,

Bila kemalasan itu yang jadi macamni, entri yang terlambat. Hari jadi emak minggu lepas buat sambutan kecil-kecil je dari adik-adik di kampung. Aku pun masih tak tau nak belikan mak hadiah apa ni sebab insyallah rabu ni nak balik kampung.

Moga emak sentiasa dalam limpah rahmat Yang Maha Esa, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan bahagia hendaknya.


Happy Birthday Wanita Pertama

sejak abah jadi ketua kampung, kami memang gelar emak wanita pertama heheheh


Thursday, May 23, 2024

PHOTO DIARY #17/2024

 Assalamualaikum semua,

Semalam kan cuti sempena Hari Wesak jadi memang sunyi sepi lah blog ini kan. Selalu memang gitu niat je berkobar-kobar nanti kat rumah la kita jenguk blog kawan-kawan tapi hampa. Selalunya angan-angan tetap jadi angan-angan je heheheh. Oklah jom kita layan cerita bergambar jom.

Jumaat lepas dapat tempahan untuk 25 orang makan mehun goreng

5 bungkus mihun ni, memang sado tangan kanan

hari ahad masa untuk kita tenang-tenang....


budak peminat setia kwason

minggu ni bermulanya pejabat kosong, tengok berapa orang je yang tak keluar pejabat

Hari isnin je, pakai uniform sekolah

memang sentiasa lah berkasut sukan

layan aiskrim roti


konon nak gambar berlatarbelakang bangunan tinggi, tapi seram lak tepi tu takde kaca penghadang tau

saya dah pekerja saya heheheh

si manis

bunga si raja

gambar di tingkat 4

ni gambar di tingkat 5, ada 2 tingkat ni yang letak kerusi di luar dapatla berehat lepas penat memanjat

tak pernah terjadi, dalam sejarah la ni... pejabat kami no 1 untuk Audit 5s