LAMAN UTAMA - JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG

BANNER2.jpg
PERINGATAN
ADUAN
ARAHAN AMALAN
PLASTIK
BANNER2

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG
Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah
Bandar Indera Mahkota
25200 KUANTAN
PAHANG DARUL MAKMUR
Emel : jksp@esyariah.gov.my
Tel : 09- 531 8666 | Faks : 09- 531 8747 / 8737

peringatan
aduan awam
arahan amalan
plastik
previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow
Shadow

BERITA & AKTIVITI TERKINI

3 JUMAAT- Mesyarat Jawatankuasa Akaun Amanah Bil1/2024
8-9 RABU-JUMAAT Persidangan Ketua-ketua Hakim Syarie Seluruh Malaysia Kali Ke-79 Bil.20/024

11-14 SABTU-SELASA - Mesyuarat MPP Bil.2 / 2024
11-14 SABTU-SELASA - Mesyuarat JKPAK Bil1 / 2024
11-14 SABTU-SELASA - Mesyuarat JKPA Bil.1 / 2024

13 ISNIN-SELASA - Program Pemantapan Integriti (MPGIA)
17 JUMAAT - Mesyuarat Jawatan Kuasa Tadbir Urus Rekod Bil1/2024

20 ISNIN - RAPTAI APC 2.30 petang
21 SELASA -Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - APC 2023
28-29 SELASA-RABU - Persidangan Kumpulan (F,FA,N,W DAN H)
31 JUMAAT - Perhimpunan Bulanan Bil 2 /2024 (Pengurusan Stress dan pemeriksaan kesihatan)

 
2. 𝐈𝐤𝐮𝐭𝐢 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐝𝐢 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐜𝐞 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐏𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 :  𝐅𝐁 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐉𝐊𝐒𝐏
****************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐅𝐀𝐖𝐢𝐇𝐀 (𝐟𝐚𝐫𝐚𝐢𝐝 & 𝐰𝐚𝐥𝐢 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦) 𝐊𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
23 Mei 2024, 14 Zulkaedah 1445H, Khamis, bertempat di Shahzan Hotel Kuantan telah berlangsungnya taklimat FAWiHA. (FAWiHA) adalah kata singkatan daripada perkataan faraid & wali hakim. FAWiHA merupakan suatu kaedah penyelesaian kes dengan kadar segera yang diperkenalkan oleh pasukan Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) Jabatan Kehakiman Syariah Pahang iaitu kumpulan eMaximus.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Penaung KIK JKSP, YAA Ketua Hakim Syarie Pahang Dato' Abdul Walid bin Haji Abu Hassan dan disertai oleh Ahli KIK Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. penerangan berkaitan halatuju KIK JKSP telah disampaikan oleh Puan Nurul Nashrah Binti Abdul Halim selaku Ketua Pasukan KIK JKSP dan juga Tuan Muhammad Syazwan Bin Karim.
 
𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 (𝐎𝐀𝐂𝐏) 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐈𝐋 𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
20 & 21 Mei 2024,11 & 12 Zulkaedah 1445H, Isnin-Selasa. Bilik Mesyuarat Meranti, Hotel Mega View Kuantan. Telah berlangsung Bengkel Pembangunan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) JKSP bil 1/2024.
Bengkel telah dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Dato' Abdul Walid bin Haji Abu Hassan dan disertai oleh AJK OACP Jabatan Kehakiman Syariah Pahang. Tujuan diadakan Bengkel ini adalah untuk Menyediakan halatuju dan kerangka tindakan pencegahan rasuah yang berstruktur dan jelas selain mewujudkan sinergi antara pegawai dan kakitangan dalam memaksimakan penggunaan pelbagai sumber dan idea dalam tindakan pemantapan integriti, tadbir urus dan antirasuah, Selain itu dengan adanya OACP di JKSP diharapkan ia dapat meningkatkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan dalam proses pentadbiran kerajaan sekaligus mengurangkan amalan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa; secara tidak langsung dapat meningkatkan imej JKSP sebagai sebuah Jabatan yang bebas rasuah dan berintegriti.
 
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃
17 Mei 2024 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Amanah Raya Berhad.
Kunjungan ini dihadiri oleh 8 orang dan diketuai oleh Encik Mohd Khairuddin bin Harun (Ketua Jabatan Pembangunan Produk , AmanahRaya) dan Encik Usman bin Haji Hamid (Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan AmanahRaya). Diikuti dengan Encik Amirul Hafizin bin Othman (Penolong Pengurus Jabatan Pembangunan Produk AmanahRaya), Encik MD Suhaimi bin Abd Wahab (Ketua Cawangan AmanahRaya Cawangan Temerloh, Pahang), Puan Noryana binti Yom (Ketua Cawangan AmanahRaya Cawangan Kuantan, Pahang), Encik Mohd Faizul bin Hussin (Eksekutif Kanan, AmanahRaya CAwangan Kuantan, Pahang), Encik Hilmi bin Abdul Hadi (Eksekutif, AmanahRaya CAwangan Kuantan, Pahang) dan Encik Hidayat Fikri (Eksekutif Jabatan Pembangunan Perniagaan AmanahRaya)
Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Dato' Abdul Walid bin Haji Abu Hassan dan dihadiri oleh beberapa orang kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
11-14 Mei 2024,2-5 Zulkaedah 1445H (Sabtu Sehingga Selasa) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang (JKSP) telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JKSK).
Delegasi lawatan kerja ini diketuai oleh YAA Dato’ Haji Abdul Walid Bin Haji Abu Hassan DIMP., DSPN., SAP., PJK. dan disertai oleh hakim-hakim Syarie Negeri Pahang, Pegawai dan kakitangan JKSP, ketibaan delegasi telah disambut oleh YAA Dato' Syeik H Hj. Abd Rahman B. Hj. Abdullah D.P.M.K, A.M.K, B.C.K,(Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah) dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran delegasi dan merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas usaha kerjasama dan kolaborasi yang baik di antara JKSP dan JKSK.
Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara Mahkamah Syariah di Malaysia. Selain itu juga kesempatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan berkaitan perlaksanaan Kaunter bersepadu (One Stop Centre) yang telah lama di dilaksanakan di JKSNK dan bakal dilaksankan di JKSP dalam masa terdekat. JKSK juga telah memberi penerangan berkaitan penggunaan sistem MYData bagi memudahkan perolehan data dan juga statistik berkaitan pendaftaran dan penyelesaian kes di JKSK – Taklimat telah disampaikan oleh Tuan Amirudin Putera B. Zainol Abidin (Ketua Pendaftar JKSK). Program 4 hari ini juga telah diisi dengan Mesyuarat Penyelarasan Aduan JKSP bil 1.tahun 2024, MPP JKSP bil 2 tahun 2024 dan Mesyuarat JKPAK JKSP dan JPKA JKSP bil 1 Tahun 2024.
YAA Dato' Syeik H Hj. Abd Rahman B. Hj. Abdullah mengucapkan terima kasih atas kesudian JKSP mengadakan lawatan kerja ini dan berharap pertemuan seperti ini menjadi medium dan platform ke arah memastikan perkhidmatan dan penyampaian terus cemerlang demi memartabatkan kewibawaan institusi kehakiman syariah.
Ketua Hakim Syarie Pahang dan seluruh delegasi lawatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga JKSK khususnya kepada YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, barisan pegawai dan kakitangan JKSK di atas sambutan lawatan yang penuh kemesraan dan bermanfaat. Program ini adalah satu lagi peristiwa bersejarah yang melambangkan iltizam dan komitmen bersama untuk merealisasikan aspirasi yang secara kebetulan berkongsi halatuju yang sama iaitu meningkatkan taraf sistem peyampaian kepada rakyat oleh Jabatan kehakiman Syariah Negeri. Usaha yang terancang dan bersepadu ini telah menepati matlamat dan mencapai objektif yang disasarkan. Kolaboratif dan komitmen yang konsisten ini juga diharapkan dapat memberi impak yang positif dalam hubungan dua hala antara kedua-dua Jabatan Kehakiman Syariah Negeri.
 
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐂𝐀𝐌𝐄𝐑𝐎𝐍 𝐇𝐈𝐆𝐇𝐋𝐀𝐍𝐃𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐎𝐍𝐆
10 Mei, Jumaat, Lobi utama Ibu Pejabat JKSP. Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. telah berlangsungnya majlis ringkas penyerahan kenderaan rasmi kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah Cameron Highlands,(Tuan Muhammad Syazwan bin Karim) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bentong, (Puan Farhana binti Md. Yusop). Majlis penyerahan kereta rasmi hakim ini dimulakan dengan ucapan dari YAA.Dato’ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan ,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang dan dihadiri oleh Ketua Pendaftar serta pegawai dan kakitangan ibu pejabat JKSP.
 
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐙𝐈𝐔𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Pekan, 08 MEI 2024 / 29 SYAWAL 1445, Satu Lawatan dan Kunjungan yang melibatkan Ahli Jawatankuasa Galeri Jabatan Kehakiman Syariah Pahang ke Perbadanan Muzium Negeri Pahang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Muzium Pekan, Pekan Pahang.
Mesyuarat tersebut telah disertai oleh 6 orang Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang selain turut hadir bersama wakil dari Perbadanan Muzium Negeri Pahang seramai 4 orang Pegawai Kurator Muzium Pekan.
Mesyuarat ini diadakan adalah sebagai wacana perbincangan dan penanda aras bagi Ahli Jawatankuasa Galeri Jabatan Kehakiman Syariah Pahang bersama Pegawai Kurator Perbadanan Muzium Negeri Pahang bagi bertukar-tukar pandangan, mendapatkan khidmat nasihat, serta cadangan bagi penubuhan galeri terutama sekali kerana ini adalah pertemuan kali pertama bersama pihak muzium dalam merangka dan menyusun atur pelan dan tindakan untuk menubuhkan galeri Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.
 
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐑𝐄𝐊𝐎𝐃 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 :
06- 07 Mei 2024, bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Maran, telah berlangsungnya Aktiviti Penjilidan dan Pengasingan Fail Fungsian Mal dan Jenayah bagi tujuan Penyimpanan dan Pelupusan Rekod.
Unit Rekod JKSP dengan kerjasama kakitangan MRS Maran telah menjalankan Aktiviti ini bersama-sama selama 2 hari. Unit Rekod mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu dan memudahkan urusan penjilidan dan pengasingan ini.
 
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐑𝐀𝐘𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋 𝟑 𝐃𝐀𝐍 𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍.
2 dan 3 Mei 2024, Khamis dan Jumaat . Bertempat di Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Tingkat tiga, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah,Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Bandar Indera Mahkota,Kuantan telah berlangsungnya Pendengaran Sidang Rayuan di Mahkamah Syariah Negeri Pahang. Bagi sidang hari pertama, Panel Rayuan Syariah tersebut telah dipengerusikan oleh YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK., Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang bersama tiga hakim Panel Mahkamah Rayuan Syariah yang lain iaitu YAA DATO’ HAJI WAN MOHD ZAKRI BIN WAN MOHD,Y.A DATO' SRI HJ. ABDUL RAHMAN BIN MD. YUNOS Dan YA PUAN HAJAH NOOR HADINA BINTI AHMAD ZABIDI.
Sidang hari kedua pula telah dipengerusikan oleh YAA.DATO’ HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK., Ketua Hakim Syarie Pahang bersama dua hakim Panel Mahkamah Rayuan Syariah yang lain iaitu YA DATO’ HAJI MOHD SHUKOR BIN SABUDIN dan YA PUAN HAJAH NOOR HADINA BINTI AHMAD ZABIDI
sidang kali ini juga telah dibantu oleh Ketua Pendaftar JKSP. Tuan Ahmad Zaim Bin Mohamed Hassim, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie Pahang Puan Nor Aidillah Binti Harun dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Aufa Bin Mohamed Saballah serta Hakim Mahkamah Rendah Syariah Rompin Tuan Mohd Mustaqim Bin Nordin, yang mana mereka ini berpengalaman dalam pengurusan Kes-Kes Rayuan Syariah di Negeri Pahang. Dengan adanya sidang Rayuan pada setiap bulan ini akan dapat membantu menyelesaikan Kes-kes Rayuan di JKSP.
 
𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀: 𝐍𝐎𝐓𝐈𝐒 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐅𝐎𝐍 𝐃𝐈 𝐈𝐁𝐔 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
29 Mac 2024. 17 Ramadan 1445H.Jumaat. Pelanggan yang dihormati, Kami ingin memaklumkan kepada anda tentang gangguan perkhidmatan telefon yang menjejaskan pelanggan JKSP di ibu pejabat yang melibatkan Unit Pentadbiran, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Bahagian Sokongan Keluarga, Unit Rekod dan Unit Teknologi Maklumat Kami sedang giat berusaha untuk memulihkan perkhidmatan kepada kapasiti penuh dengan segera dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku. Kesabaran dan pemahaman anda dalam perkara ini amatlah dihargai. salam mesra,
Terima Kasih.
08 Mac 2024, 27 Syaaban 1445H | Jumaat, Dewan Bicara Mahkamah Rayuan Syariah Pahang, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota. Telah berlangsungnya Sesi Peluncuran Prinsip 6A Jabatan Kehakiman Syariah Pahang sempana majlis Perhimpuan Bulanan JKSP bil 1 tahun 2024. Prinsip 6A JKSP telah dilancarkan oleh YAA.DATO’HAJI ABDUL WALID BIN HAJI ABU HASSAN,DIMP., DSPN., SAP., PJK. Ketua Hakim Syarie Pahang.
Prinsip 6A ini adalah : Accessible by Anyone at Anytime, Anywhere by Using Any Devices for Anything, yang mana secara ringkasannya adalah keboleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa dimana-mana sahaja dengan sebarang peranti untuk apa sahaja yang berkaitan dengan tugasan kerja.


MAKLUM BALAS PELANGGAN 2024 - SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN)

Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas pelanggan berhubung tahap pengamalan nilai-nilai murni di jabatan/agensi kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada tuan/puan.
Berdasarkan pengalaman atau pemerhatian semasa berurusan dengan jabatan/agensi ini, sila beri maklum balas kepada pernyataan-pernyataan yang berikut dalam konteks semasa. Kami menghargai maklum balas yang jujur dan rasional daripada anda. Maklum balas yang diberikan adalah SULIT..(Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengisi soal selidik ini.) >> Jawab Soal Selidik <<

PAUTAN LUAR

Sila taip cadangan anda berkaitan inovasi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang diruangan ini. Terima Kasih.