PM Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15%. - Malaysiaku Baru

PM Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15%.

2024-05-15

PM Umum Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15%. | MALAYSIAKU BARU : Seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Kerajaan mengumumkan beberapa berita gembira kepada penjawat awam dan pesara pada tahun 2024, di mana salah satu antaranya adalah berkaitan kenaikan gaji.

YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Mengumumkan penambahbaikan gaji, termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam pada Perhimpunan Hari Pekerja nanti. Ini adalah hasil daripada Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

 

BAJET 2023

Sebelum ini dalam Bajet 2023. Kerajaan terdahulu mengumumkan untuk memberikan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM1.5 bilion.

Berikut dikongsikan laporan penuh berkaitan kenaikan gaji yang bakal diumumkan oleh pihak Kerajaan bagi tahun 2024.

 

UMUM KENAIKAN GAJI 15%

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Mengumumkan berita gembira buat penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus. Iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember 2024.

Sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus. Oleh itu, Kerajaan MADANI akan memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada itu. Dan akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Tambah beliau lagi, ia kenaikan paling baik dalam negara. Kewangan akan diteliti bagi melihat bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih daripada sepatutnya.

Jika anda nak tahu tempat makan best boleh ke website kami : TEMPAT MAKAN BEST

Pada 7 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat berikutan tiada kenaikan dalam tempoh yang agak lama dan kali terakhir ia disemak ialah pada 2013.

 

JAMINAN PM

Anwar turut memberi jaminan akan menawarkan apa jua perkara yang munasabah dan adil untuk penjawat awam di negara ini.

Beliau berkata, selain itu, persepsi kononnya bilangan penjawat awam di negara ini sudah ramai perlu diperbetul kerana mereka tidak sepatutnya disekalikan dengan anggota penguat kuasa.

Sementara itu, Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini telahpun dibuat pada Februari lalu bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

Leave the first comment

Artikel Lain