DUA PEGAWAI KANAN TUDM TELAH DINAIKKAN PANGKAT

WhatsApp Image 2021 04 20 at 90901 PM WhatsApp Image 2021 04 20 at 90902 PM 1 WhatsApp Image 2021 04 20 at 90902 PM

 

KUANTAN, 20 April 2021 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat kepada dua orang pegawai kanan TUDM di Pangkalan Udara Kuantan, hari ini.

Dalam majlis ini menyaksikan Kolonel Zulkifli bin Hj Musa TUDM telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Brigedier Jeneral TUDM mulai 1 April dan memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Kuantan.

Manakala, Leftenan Kolonel Muhammad Hood bin Elias TUDM dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM mulai 11 April 2021 dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah Depoh Materiel Utama.

Seluruh warga TUDM mengucapkan sekalung tahniah kepada kedua-dua pegawai kanan TUDM yang dinaikkan pangkat. Semoga dengan pemakaian pangkat ini dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan terus memberi perkhidmatan terbaik khususnya di dalam perkhidmatan TUDM dan ATM amnya.