Jawatan Kosong MARA 2023 - Guru MRSM & Bahagian Perkhidmatan - Majalah Ilmu

Jawatan Kosong

Jawatan Kosong MARA 2023 – Guru MRSM & Bahagian Perkhidmatan

Avatar of Admin NP

Published

on

JAWATAN KOSONG MARA 2

Jawatan Kosong MARA 2023 – Guru MRSM & Bahagian Perkhidmatan 

Jawatan Kosong MARA 2023 Kini Dibuka!

Sukacita dimaklumkan, warganegara Malaysia yang berminat dipelawa untuk memohon pelbagai kekosongan jawatan kosong yang dibuka oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kekosongan pelbagai jawatan ini dibuka dari 16 hingga 31 Ogos 2023.

Baca info lebih lanjut di bawah. 

Jawatan Kosong MARA 2023

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA.

Unit Pengambilan dan Penempatan telah membuka iklan kekosongan jawatan berikut: 

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG41)
  • Pembantu Makmal (C19)
  • Juruteknik Komputer (FT19)
  • Pembantu Tadbir (P/O) (N19)
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) (W19)
  • Pembantu Operasi (N11)
  • Pemandu Kenderaan (H11)

BACA JUGA: Jawatan Kosong Bomba & Penyelamat 2023 (SPA) – Seluruh Malaysia

Syarat Lantikan – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (DG41)

Jawatan Kosong MARA 2023

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Kelayakan lantikan ke Gred DG41 secara kontrak :

a. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau

b. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,188.00); atau

c. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

d. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

e. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,391.94); atau

f. Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM2,902.98); atau

j. Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: RM3,209.60).

  1. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi luar negara juga boleh memohon jawatan ini jika kelayakan akademik tersebut diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
    Semakan pengiktirafan kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman web berikut : –
    https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm ; atau – https://www2.mqa.gov.my/mqr/
  2. Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau Diploma Pendidikan / Diploma Pascasiswazah Pendidikan juga boleh memohon. Walau bagaimanapun kelulusan pelantikan adalah tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat
  3. Pemohon yang memohon bidang / subjek Pendidikan Islam (Tahfiz), perlu memiliki Sijil Tahfiz Malaysia atau Diploma Tahfiz dari Institusi Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  4. Pemohon perlu memiliki tubuh yang sihat serta tiada rekod kesihatan mental
  5. Pemohon turut aktif dalam kegiatan kokurikulum
  6. Pemohon perlu memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan mempunyai sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon)
  7. Pemohon perlu mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain-lain
  8. Pemohon adalah bebas daripada tindakan disiplin atau disabitkan dengan kesalahan jenayah atau penyalahgunaan dadah.

Syarat Lantikan – Bahagian Perkhidmatan

Jawatan Kosong MARA 2023

Untuk syarat lantikan bagi bahagian perkhidmatan pula, sila rujuk pautan berikut >>> https://apps.mara.gov.my/vacancy/iklan/iklan.pdf 

Cara Permohonan Jawatan Kosong MARA 2023

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan berikut >>> https://www.mara.gov.my/peluang-kerjaya-bersama-mara-3/ 

Klik Permohonan Dalam Talian > Permohonan Baru

Tarikh Permohonan

  • Permohonan dibuka bermula:  16 Ogos 2023.
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2023.

Maklumat Lanjut

Bagi mengetahui maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi MARA di pautan berikut:  http://www.mara.gov.my  atau, ikuti Facebook MAJLIS AMANAH RAKYAT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU