Bersungguh mop tapi lantai tetap tak bersih... Pemuda kongsi cara mudah, guna sabun cuci pinggan je! - I-suke | mStar
suria

Bersungguh mop tapi lantai tetap tak bersih... Pemuda kongsi cara mudah, guna sabun cuci pinggan je!

Membersihkan kediaman dan bilik air lebih mudah dengan teknik yang betul.

MENYENTAL seluruh kediaman pastinya melelahkan sesiapa sahaja.

Kadang kala, cuti hujung minggu dihabiskan untuk mengemas dan membersihkan rumah semata-mata sehingga tidak dapat memberi perhatian kepada aktiviti lain mahupun bersama keluarga.

Tekanan sedikit dirasai oleh mereka yang memiliki anak kecil kerana kebersihan rumah adalah perkara utama yang perlu dilakukan.

Bagi mengelakkan masa anda dihabiskan dengan menyental kediaman, ini beberapa tip daripada peserta Laman Facebook Tukang Apa Hari ini, Danial Zian yang boleh dilakukan.

Malah katanya, perkongsian tersebut dibuat berdasarkan pengalamannya sendiri.

1. Tugasan mencuci tandas lebih mudah apabila menggunakan sabun cuci pinggan

Penggunaan pencuci lantai yang terdapat di pasaran akan menyebabkan jubin menjadi kesat serta mudah kotor.

Jika menggunakan sabun cuci pinggan, jubin akan kelihatan lebih bersih dan kotoran mahupun kulat lambat naik.

Paling penting, kaedah ini menjimatkan poket anda dan jubin juga tidak cepat rosak.

2. Degreaser adalah cara mudah untuk hilangkan kesan kotoran minyak di dapur

Ia merupakan pencuci yang disediakan khusus untuk membersihkn grease dan minyak.

Selain mudah digunakan, tangan anda juga kekal terjaga serta tidak mudah mengelupas dan kering.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain