PENAMBAHBAIKAN TERHADAP SOP PERISIKAN TUDM DIFOKUSKAN SEMASA BENGKEL PERISIKAN TUDM

1 2 3
4A 5 6

 

PULAU PINANG, 10 Sep 21 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini telah merasmikan Penutup Bengkel Perisikan TUDM Tahun 2021 di Pusat Hospitaliti Tentera Udara (PHU), Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Bengkel yang bermula pada 7 hingga 10 Sep 21 ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Risik Markas/Pangkalan/Unit/Skuadron. Timbalan Panglima Tentera Udara turut bersama peserta bengkel di dalam sesi dialog yang memberi peluang kepada peserta untuk mengetengahkan cabaran semasa perisikan sama ada operasi mahupun risik balas.

Antara objektif yang digariskan di dalam bengkel ini adalah:

1. Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap Standard Operating Procedure (SOP) Perisikan TUDM sama ada di peringkat strategik, operasi dan taktikal yang melibatkan Perisikan Operasi dan Risik Balas.
2. Menambahbaik Modul dan Silibus bagi pelaksanaan Kursus Perisikan Pegawai dan LLP TUDM seiring dengan perkembangan semasa.
3. Membincangkan dan mendapatkan maklum balas berkenaan permasalahan, cabaran dan kekangan dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai Risik Pangkalan (PRP) serta mencari solusi terbaik bagi menanganinya.

Turut hadir di bengkel ini adalah Pengarah Perisikan TUDM, Kol Anuar bin Che Mi TUDM dan Pegawai Memerintah PHU, Lt Kol Abdul Rahim bin Ahmad TUDM. Pelaksanaan bengkel diharap boleh meningkatkan lagi kefahaman kepada peserta dan dapat dipraktikkan semasa melaksanakan tugas.