MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: SEMPENA ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-41 - YUSOF HASLAM KONGSI KISAH ISTERI 'HILANGKAN DIRI' SELAMA SEBULAN AKIB4T KHABAR ANGIN TIDAK BENAR KATA DIRINYA CUR4NG

14 May 2024

SEMPENA ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-41 - YUSOF HASLAM KONGSI KISAH ISTERI 'HILANGKAN DIRI' SELAMA SEBULAN AKIB4T KHABAR ANGIN TIDAK BENAR KATA DIRINYA CUR4NG



Sempena majlis ulang tahun perkahwinan yang ke-41 baru-baru ini, penerbit dan pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam telah berkongsi satu kisah dimana isterinya, Datin Patimah Ismail pernah mengambil keputusan untuk 'menghil@ngkan diri' selama sebulan tanpa sebarang khabar berita.
Tind@kan Patimah 'menghil@ngkan diri' itu adalah disebabkan khabar angin yang tidak benar mengenai suaminya yang dikatakan cur@ng.

Ujar Yusof lagi, lagu 'Permata Untuk Isteri' nyanyian kumpulan Kopratasa itu mempunyai makna yang cukup mendalam untuk dia dan isteri apabila berlaku satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

"Akib@t sal@h sangka isteri saya merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama. Ketika itu, saya dan keluarga buntu kerana tidak tahu ke mana lokasi isteri saya mel@rikan diri. Waktu itu, telefon bimbit pun dia tak bawa.

"Sudahlah ketika itu anak-anak masih kecil dan kami baru saja pindah ke rumah baru. Apabila terkenang segala usaha dan penat lelah membina rumah ini, saya n£kad untuk mempertahankan rumah tangga ini walau apa saja dug@an yang datang.

"Lagipun saya tidak melakukan kesalahan yang besar atau benar-benar curang, sebaliknya hanya khabar angin kerana menerima banyak surat layang. Jadi sepanjang ketiadaan isteri, sayalah yang menguruskan anak-anak bersama pembantu peribadi.

"Nak dijadikan cerita satu hari ketika saya selesai solat Subuh dan duduk di balkoni rumah, saya terdengar lagu 'Permata Untuk Isteri' dari pondok keselamatan. Tanpa saya sedar air mata saya berguguran jatuh dan lagu itu begitu menyentuh jiwa saya," kongsinya.

Dalam pada itu, Yusof meluahkan rasa syukur hasil bantuan bapa mentuanya, dia berjaya menemui keberadaan isteri dan mengajaknya pulang ke rumah, walaupun proses memujuk memakan masa bertahun.

"Pada awalnya dia masih 'k£ras', tapi Alhamdulillah selepas saya meyakinkan dia dengan mengatakan sekiranya saya melakukan d0sa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah.

"Kebetulan waktu itu filem 'Gerak Khas The Movie' nak tayang di pawagam. Isteri saya pun terus p£rli dengan mengatakan biasanya filem saya selalu mendapat sambutan, jadi dia nak tengok sama ada filem ini berjaya atau tidak.

"Alhamdulillah dengan izin Allah dan saya bert£gas dengan pendirian tidak melakukan hal yang tidak baik di belakangnya, filem itu sukses apabila meraih kutipan p£cah panggung.

"Jujur proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak sal@hkan dia sebab sudah tentu dalam bidang hiburan ini kami terdedah dengan macam-macam g0sip. Tambah pula saya selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghad@pinya," katanya.

Sementara itu, Patimah memberitahu, sepanjang sebulan 'menghilangkan diri', banyak pengajaran yang dipelajari.

"Ketika belajar di sekolah pondok, rata-rata tenaga pengajar saya memiliki dua atau tiga isteri, sedangkan saya baru saja dengar go0sip terus mel@rikan ke hujung dunia.

"Jadi ins1den itu memberi pengajaran dalam hidup saya. Alhamdulillah suami saya mempunyai kesabaran yang tinggi, walaupun dia nampak agak panas bar@n tapi hatinya cukup lembut dan penyayang," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: