Cara-Cara Menggunakan Paypal (Bagi Pengguna Malaysia)

Cara-Cara Menggunakan Paypal (Bagi Pengguna Malaysia)

Paypal merupakan salah satu cara yang popular dan dipercayai dalam menghantar dan menerima duit secara online.

Namun, ianya tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia kerana pembelian online dan transaksi secara alam maya ini mungkin sesetengah masih ragu-ragu untuk menggunakannya.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan Paypal, tetapi tidak tahu cara yang betul untuk membuka akaun, artikel ini adalah jawapannya!

Ikuti cara-cara menggunakan Paypal ini.

Perkara 1: Membuka Akaun Paypal

Pertama sekali, anda perlulah mempunyai akaun di Paypal untuk menggunakan servisnya. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu. Dan saya juga ada masukkan langkah demi langkah untuk membuka akaun di Paypal di bawah.

1. Ketahui Servis yang Disediakan

Laman utama Paypal tidak lain daripada Paypal.com. Dari situ, anda boleh membuat akuan, ataupun meneroka dan mempelajari serba sedikit tentang Paypal ini. Ini adalah servis dan apa yang anda perlu tahu tentang Paypal:

Paypal adalah servis perbankan online. Sebagai salah satu platform dalam perbankan internet yang sudah lama, Paypal menjadi salah satu perantaian yang sangat popular dan menerima perbagai transaksi dari pelbagai merchant. Anda boleh menghantar dan menerima duit dari pengguna Paypal, kad kredit, kad debit dan lain-lain.

Paypal mempunyai banyak jenis akaun. Antara yang paling biasa adalah akaun Personal. Ianya percuma dan ada sedikit had pengeluaran.Ramai orang memilih akaun ini kerana ianya mudah untuk digunakan dalam urusan jual beli online.

Terdapat juga akaun Premier, yang mana akan dikenakan bayaran. Antara kebaikan akaun ini adalah anda tidak terikat dengan had pengeluaran, membenarkan pemilik akaun menerima kad kredit dan kad debit sebagai satu pembayaran, dan anda juga akan mendapat sokongan pelanggan yang baik. Saya cadangkan anda menggunakan akaun ini kerana dapat banyak manfaat.

Akaun Business adalah yang paling mahal dan mempunyai kelebihan yang penuh dari Paypal. Seperti namanya, akaun ini adalah sangat sesuai jika anda ingin melakukan busines secara online. Antara kebaikan akaun ini adalah:

  • Akses kepada advanced tools dan laporan lengkap dari Paypal
  • Akaun di atas nama syarikat, bukannya atas nama persendirian
  • Akaun boleh dikongsi dengan beberapa orang (ada had jumlah)
  • Boleh menerima pembayaran dari orang yang tidak mempunyai Paypal

Selain itu, Paypal juga ada menyediakan kad kredit dan kad debit mereka sendiri. Ianya tidak lain daripada kad yang anda sedia ada sekarang. Dengan menggunakan mMstercard ataupun Visa, anda akan dikenakan sedikit bayaran servis sekiranya menggunakan kad mereka semasa membeli belah.

Paypal datang dengan jaminan. Salah satu ramai orang menggunakan Paypal berbanding dengan kad kredit semasa berurusan niaga adalah online adalaj disebabkan oleh jaminan ini. Paypal menjamin untuk melindungi pengguna/pembeli dan penjual daripada scam dan masalah transaksi.

2. Daftar Akaun Paypal

Setelah anda bersedia untuk mendaftar Paypal, klik pada butang biru pada bahagian atas kanan laman utama Paypal. Ia tertulis “Sign Up” ataupun anda boleh klik di sini.

Pilih jenis akaun yang anda rasa sesuai dengan keperluan anda. Pada laman pertama, isikan butiran diri anda, dan tentukan jenis akaun; sama ada akaun adalah personal, busines atau untuk organisasi nonprofit.

Anda boleh menaiktaraf (upgrade) akaun anda pada kemudian hari, oleh itu anda bolehlah mencubanya terlebih dahulu dengan akaun persendirian. Jika anda berminat, barulah upgrade.

Semasa proses pendaftaran, anda akan ditayangkan dengan beberapa terma dan syarat serta polisi, pastikan anda membacanya walaupun sepintas lalu. Paypal agak kerap juga mengubah polisi mereka.

Memuktamadkan akaun anda dengan tik kotak yang membawa maksud anda sudah membaca terma dan kemudian klik pada butang kuning pada bahagian bawah laman “Agree and Sign Up.

Paypal hanya membenarkan satu individu untuk seorang. Jika anda ingin membuka satu lagi akaun, anda perlu tutup akaun ini terlebih dahulu.

3. Upgrade Jika Anda Mahu

Setelah akaun anda sudah dibuka, anda boleh login dengan menggunakan informasi yang anda tetapkan. Laman utama yang anda akan lihat adalah overview akaun anda. Di bawah nama anda, akan ada satu link yang tertulis “Upgrade“. Ikuti link tersebut ika anda teringin untuk upgrade akaun anda. Jika tidak mahu, gunakan akaun anda seperti biasa.

4. Sahkan Akaun

Selepas anda membuka akaun, Paypal akan menyuruh anda untuk mengesahkan akaun anda. Satu-satunya cara adalah dengan memasukkan akaun bank anda ke dalam Paypal.

Paypal bukanlah bank. Ia sebagai satu platform memudahkan transaksi online, oleh itu anda tidak boleh menganggap Paypal sebagai bank yang biasa. Anda perlu link Paypal ke bank anda untuk menggunakannya.

Beberapa sevis yang disediakan oleh Paypal sangat tegas dalam hal ini dan adalah terbaik jika anda mengikuti beberapa langkah yang mudah ini untuk mula menggunakan Paypal dengan sempurna.

Perkara 2: Menggunakan Akaun Paypal

manfaatkan paypal

Setelah mempunyai akaun yang sudah disahkan, sudah tiba masa untuk anda memanfaatkan semua (ataupun kebanyakan) servis-servis yang ditawarkan. Berikut adalah beberapa yang boleh tolong anda dalam menggunakan akaun Paypal anda:

1. Deposit Duit

Jika anda ingin membuat pembayaran melalui Paypal, anda perlu depositkan duit ke dalamnya terlebih dahulu. Klik pada link yang tertera “Add Money.”

Sahkan maklumat. Paypal akan meminta anda memberikan sedikit maklumat sebelum membenarkan anda deposit duit. Berikan maklumat tersebut dan klik pada butang “Submit.”

Pilih bagaimana anda mahu masukkan duit. Anda boleh deposit duit ke Paypal dengan menggunakan RHB Paypal Top Up (hanya kepada pengguna RHB).

Namun, jika anda seorang pemegang akaun Premier, anda tidak semestinya mempunyai duit di dalam akaun Paypal untuk melakukan transaksi. Hal ini kerana anda boleh link akaun paypal anda dengan kredit kad dan debit kad yang anda sedia ada.

Oleh sebab itu, saya cadangkan anda mendapatkan akaun premier.

2. Keluarkan Duit

Jika anda ada menerima transaksi ke dalam akaun Paypal, anda boleh mengeluarkannya dengan pergi ke laman utama, dan klik pada link yang tertera “Withdraw”.

Sahkan maklumat. Setiap deposit duit, anda perlu memberikan maklumat asas, termasuklah jumlah pengeluaran.

Kemudian, kaedah pengeluaran. Paypal ada menyediakan beberapa pilihan dalam pengeluaran duitnya. Antaranya adalah:

i. Bank Transfer. Anda boleh pindahkan duit yang anda ada di dalam paypal terus ke dalam bank akaun anda. Ia mengambil masa antara 3-7 hari. Percuma sahaja.

ii. Chek. Ia mengambil masa 10 hari untuk menerimanya dan dikenakan kos. Mata wang mungkin dalam USD, pastikan anda periksa butiran kaedah pengeluaran ini terlebih dahulu sebelum mencuba.

iii. Debit Kad Paypal. Anda boleh menggunakan duit yang anda ada di dalam Paypal dengan menggunakan kad kredit ataupun kad debit. Anda perlu memintanya terlebih dahulu. kad tidak diberikan secara default semasa mendaftar akaun.

3. Hantar dan Meminta Duit

Terdapat banyak merchant yang menggunakan Paypal, dan mereka boleh menetapkan banyak cara untuk menghantar dan meminta duit. Bagi pengguna yang biasa-biasa sahaja, berikut adalah cara untuk anda menghantar atau meminta duit.

Anda boleh ke laman berkaitan dengan mencari tab yang tertera “Send money” dan “Request money.” Pilih apa yang anda mahu.

Hantar Duit. Anda boleh pilih kepada siapa yang anda ingin hantarkan. Biasanya dari akaun ke akaun Paypal juga. Masukkan alamat emel penerima dan nilai yang anda mahu hantar. Kemudian klik pada butang yang berkaitan untuk sahkan transaksi.

Meminta Duit. Anda boleh lakukan ini dengan menghantar invois ataupun memintanya dengan cara yang tidak formal. Invois akan disediakan oleh Paypal. Mungkin ada kos di sebalik transaksi ini, pastikan anda memeriksanya sebelum menggunakannya.

4. Servis-Servis yang Lain

Paypal menawarkan banyak servis, terutama untuk kemudahan dalam busines dan perniagaan. Antaranya adalah membuat butang “Buy Now‘, membuat butang “Donation“,membuat bayaran bulanan dan lain-lain.
Sebelum akhir, saya ingin memberitahu seara ringkas susun atur laman utama Paypal ini. Lazimnya terdapat 5 tab dalam bar setelah anda sign in. Setiap tab mempunyai beberapa sub untuk pilihan yang lebih terperinci.

Antara tab-tab yang disediakan adalah:

  • My Account
  • Send Money
  • Request Money
  • Merchant Services
  • Products & Services

Cuba biasakan dengan tab My Account, kerana paling banyak perkara yang anda akan lakukan adalah berpusat di My Account. Di dalam My Account, akan terdapat beberapa sub-page termasuklah:

Overview – memberitahu status, baki dan lain-lain tentang akaun anda.

Add Money – dimana anda boleh menambah nilai di dalam akaun anda. Ada dinyatakan di atas.

Withdraw – dimana anda boleh mengeluarkan duit dari Paypal. Ada dinyatakan di atas.

History – mengandungi transaksi-transaksi yang sudah dilakukan.

Statements – dimana anda boleh mencetak penyata kewangan (untuk 3 bulan) anda.

Resolution Center – tempat anda rujuk sekiranya mengalami masalah transaksi ataupun sebagainya.

Profile – menyatakan semua butiran akaun anda, maklumat peribadi dan sebagainya. Anda boleh mengubahnya jika mahu.

Bantuan Video

Jika teks di atas tidak membantu anda dalam membuka akaun ataupun menggunakan Paypal, video di bawah ini boleh memberikan anda bantuan dari segi visual. Harap membantu.

Kesimpulan

Walaupun tidak ramai pengguna Paypal di Malaysia tidak bermakna anda tidak boleh menggunakannya. Bahkan ada bank seperti RHB Bank menawarkan servis top-up Paypal, ini bermaksud terdapat pasarannya di Malaysia.

Sebagai satu platform transaksi terbesar di dunia, amatlah rugi jika kita mencubanya, malah ianya percuma (bergantung kepada jenis akaun). Selain membantu, Paypal juga menjamin transaksi kita tidak digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai pengguna internet yang banyak transaksi online, saya amat menggalakkan anda mendapatkan akaun Paypal.

Harap artikel cara-cara menggunakan Paypal ini membantu anda. Sila ajukan sebarang soalan sekiranya ada di bahagian komen di bawah.

Sekian~