Malaysia Pada Tangga Ke-4 Untuk Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara | TRP
Now Reading
Malaysia Pada Tangga Ke-4 Untuk Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara

Malaysia Pada Tangga Ke-4 Untuk Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara

Kajian mendedahkan bahawa purata gaji di Malaysia adalah sekitar RM6,160 (USD1,414) dengan faktor pelbagai peluang pekerjaan dari sektor berbeza untuk penduduk di negara ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak kiralah anda baru sahaja mula bekerja atau sudah bertahun-tahun, topik tentang gaji adalah satu perkara yang sering menjadi perbincangan.

Isu melibatkan gaji akan lebih hangat apabila terdapat kenaikan harga barangan yang sedikit sebanyak mengganggu pengurusan ekonomi seseorang lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkeluarga.

Setiap individu pastinya akan berusaha sedaya upaya untuk mencari pekerjaan yang mempunyai gaji setimpal dengan penat lelah mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Rakyat Malaysia ‘Cukup Makan’ Jadi Punca Sukar Tolak Tepi Duit Simpanan

Baca Artikel Berkaitan: 71% Pekerja Malaysia Jangka Kenaikan Gaji 10% Akibat Kos Sara Hidup Semakin Tinggi

Sumber: Pexels

Malaysia Negara Ke-4 Dengan Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara

Memetik laporan Business Today, purata gaji di Malaysia dikatakan antara yang tertinggi di Asia Tenggara selepas menduduki tangga ke-4 berbanding 11 negara lain sebagai penempatan yang memiliki gaji paling lumayan pada tahun 2023.

Kajian yang dilakukan mendedahkan bahawa purata gaji di Malaysia adalah sekitar RM6,160 (USD1,414) dengan faktor pelbagai peluang pekerjaan dari sektor berbeza untuk penduduk di negara ini.

Tiga negara lain yang berjaya mengatasi Malaysia adalah Singapura, Thailand dan Brunei.

Purata gaji yang paling tinggi di Asia Tenggara adalah Singapura iaitu RM29,631.48 (USD6,329) di mana purata ini turut mengatasi nilai purata gaji dunia.

Sumber: Pexels

Jika di Thailand, purata gaji untuk pekerja ‘entry-level’ adalah sekitar RM2,577 sehingga RM3,221 manakala bagi profesion yang pertengahan profesional pula berkisar antara RM6,443 hingga RM12,888.

Secara ringkasnya, purata gaji Thailand yang merupakan negara dengan ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara adalah sekitar RM12,792.93 (USD2,705.78)

Di Brunei, purata gaji semasa mereka adalah sekitar RM11,309 (USD2,391.92).

Senarai penuh tentang kedudukan negara dan purata gaji mereka adalah seperti berikut:

  1. Singapura (RM29,631.48)
  2. Thailand (RM12,792.93)
  3. Brunei (RM11,309)
  4. Malaysia (RM6,160)
  5. Filipina (RM3,782.97)
  6. Indonesia (RM3,593.28)
  7. Vietnam (RM3,371.06)
  8. Timor Leste (RM1,182)
  9. Kemboja (RM945.60)
  10. Myanmar (RM699.74)
  11. Laos (RM638.28)
Sumber: Pexels

Gaji Penjawat Awam Malaysia Dinaikkan

Terdahulu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata gaji penjawat awam dilihat tidak dapat menanggung peningkatan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu, CUEPACS merasakan wajar bagi gaji penjawat awam ditingkatkan tanpa menunggu pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), lapor Astro Awani.

Sumber: MalayMail

Susulan itu pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa penjawat awam bakal dinaikkan gaji melebihi 13% mulai 1 Disember 2024.

Jelasnya, peningkatan tersebut adalah kadar yang paling tinggi dalam sejarah perkhidmatan awam.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd