BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (HRMIS) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) SIRI 2/2022 ZON UTARA

WhatsApp Image 2022 03 30 at 093045 WhatsApp Image 2022 03 30 at 093045 1 WhatsApp Image 2022 03 30 at 093046 1
WhatsApp Image 2022 03 30 at 093046 2 WhatsApp Image 2022 03 30 at 093047 WhatsApp Image 2022 03 30 at 093047 1

 

ALOR SETAR, 23 Mac 22 – Seksyen Rekod dan Pangkalan Data, Bahagian sumber Manusia, Markas tentera Udara telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penggunaan Human Resource Management Information System (HRMIS) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Siri 2/22 Zon Utara.

Bengkel ini yang dikoordinasikan oleh Seksyen Rekod & Pangkalan Data telah diadakan di Makmal Komputer ITAS, KTU Alor Setar pada 23 dan 24 Mac 2022. Ianya dikhaskan kepada pegawai dan anggota LLP yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan sistem HRMIS ATM bagi Pengurusan Sumber Manusia warga TUDM di Markas/Pangkalan/Unit TUDM.

Objektif bengkel ini adalah bagi memantapkan pengendalian sistem HRMIS ATM di setiap pasukan melalui latihan yang diberikan serta mengenal pasti permasalahan dan cabaran penggunaan sistem HRMIS ATM sedia ada dari segi aspek modul, aplikasi, teknikal dan capaian.

Senarai pasukan yang terlibat pada bengkel kali ini adalah PU Butterworth, KTU, ATU, PHU, DMU, Skn 323, MATRA 2 dan IPP TUDM. Seramai 19 peserta terdiri daripada (4 pegawai dan 15 LLP) telah mengikuti dan berjaya menamatkan bengkel pada kali ini dengan jayanya.

Skop pengajaran pada hari pertama adalah berkaitan dengan Tahap Pemahaman Sistem HRMIS ATM, Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Prestasi, Perolehan Sumber Manusia, Penilaian Kompetensi dan Perkhidmatan Maklumat. Seterusnya, skop pada hari kedua meliputi pengenalan Modul dan Sub Modul Pengurusan Elaun Tuntutan dan Faedah iaitu Pengurusan Cuti dan Pengurusan Perubatan. Kursus ini berakhir dengan sesi soal jawab di antara Tim HRMIS TUDM dan peserta bengkel di dalam menyelesaikan segala kemusykilan berkaitan sistem HRMIS ATM.