Biodata Founder Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman (Yaana / Yana Lee), Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya | Iluminasi

Kredit foto: Instagram Nur Liyana , Facebook Nur Liyana Abdul Rahman

         

Siapa Nur Liyana Abdul Rahman? Dia merupakan usahawan dan pengasas LeeyanaRahman (LR), yang membangunkan sebuah empayar fesyen amat dikenali di kalangan peminat fesyen Muslimah.

        

Biodata

Nama penuh: Nur Liyana binti Abdul Rahman

Nama komersial: Nur Liyana, Yana Lee, Yaana Lee

Umur: 34 tahun (2024)

Tarikh lahir: 2 Ogos 1990

Asal: Terengganu

Keluarga: Muhammad Hafiz bin Dato’ Abd Hamid (Suami)

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pekerjaan: Usahawan

Instagram (IG): @yaana.lee

Tiktok: @yaana.lee

       

Latar Belakang

Leeyanarahman memulakan perjalanan jenamanya pada tahun 2012, didirikan oleh dua sahabat yang merupakan pengasasnya, Nur Liyana dan Hafiz Hamid. Ketika itu, mereka berdua masih menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Walaupun memegang status sebagai pelajar, semangat keusahawanan yang tinggi mendorong mereka memulakan perniagaan sendiri.

Asalnya, Leeyanarahman lebih dikenali dengan koleksi pakaian Muslimah sebelum menceburi bidang rekaan tudung. Inspirasi untuk memulakan perniagaan datang apabila Liyana mereka sendiri busana hari rayanya dan memuat naik gambar di media sosial, menyebabkan ramai yang tertarik dan bertanya tentang busana tersebut. Dari situ, mereka memutuskan untuk mengeluarkan modal sebanyak RM1,500, yang diambil daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – RM900 daripada Hafiz dan RM600 daripada Liyana – dan menghasilkan 14 helai busana.

Dengan keuntungan yang diperoleh, mereka menggandakan pengeluaran busana sedikit demi sedikit, akhirnya mampu mengusahakannya dalam skala yang besar.

Pada 31 Disember 2012, pasangan ini mengasaskan Leeyanarahman Collection. Berkat usaha gigih, butik pertama mereka dibuka di Bangi, Selangor. Perniagaan ini berkembang pesat dengan memanfaatkan e-dagang dan pada 2016, mereka mendaftarkan syarikat sebagai Leeyanarahman Empire Sdn Bhd.

        

Fakta Menarik

1. Liyana seorang yang bertubuh genit dan mula menubuhkan perniagaan seawal usia 23 tahun.

2. Minat terhadap fesyen berkembang sejak kecil, yang mana dia sering menemani ibunya menjahit pakaian, mengajarnya memahami jenis kain dan cara memotong kain.

3. Ketika berumur 20-an, Liyana berjaya mengembangkan perniagaan Leeyanarahman selepas empat tahun menguruskannya secara underground.

4. Suami Liyana, Hafiz Hamid, juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan daripada UiTM.

5. Jenama mereka pernah menggunakan khidmat selebriti-selebriti terkenal seperti Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Hannah Delisha, Mariam Durian Kimchi, Farah Nabilah dan Sophia Albarakbah sebagai model mereka.

6. Leeyanarahman beroperasi di bawah syarikat Leeyanarahman Empire Sdn Bhd dan beribu pejabat di Hub Perindustrian Suntrack, Selangor.

7. Perniagaan mereka turut dikembangkan kepada pelbagai produk lain seperti busana lelaki dan kosmetik.

8. Liyana berkahwin dengan Hafiz Hamid, sebaik sahaja tamat belajar pada 2014 dan mereka dikurniakan dua orang anak, Tyara Luthfia (lahir 2019) dan Hanna Qhalisya (lahir 2022). Difahamkan, Liyana kini sedang hamil anak yang ketiga.

9. Pada awal 2023, dia menghadiahkan suaminya sebuah kereta mewah jenis Mercedes G63 bernilai sekitar RM1.4 juta, seperti yang ditunjukkan dalam hantaran video di akaun TikTok miliknya.

        

Foto

tudung leeyanarahman raya

leeyanarahman owner

leeyanarahman ig

leeyana rahman

leeyanarahman dan suami

nur liyana abdul rahman

yana lee

Ibu bapa Liyana

leeyanarahman

yaana lee

founder leeyanarahman

Pada waktu Liyana masih kecil, ibunya kerap menjahit baju untuknya dan adik beradik.

leeyanarahman didakwa bercerai

suami leeyanarahman

hafiz hamid

leeyanarahman wikipedia

Kredit foto: Instagram Nur Liyana , Facebook Nur Liyana Abdul Rahman

        

Sumber:

1. Rosalinda inspirasi keluaran tudung Leeyana Rahman

2. Jahit baju bermodalkan wang pinjaman belajar, ibu pencetus inspirasi Liyana Rahman bangunkan bisnes tudung

3. Terus niaga lepas terima ijazah

4. Pernah Jalani IVF & Rajin Bersedekah, Impian Nur Liyana Bina Empayar LEEYANARAHMAN Tercapai

5. Laman leeyanarahman

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)