[Video] Jangan Makan Dari Tin Kemek, Ini Yang Terjadi Di Bahagian Dalam Rupa-Rupanya | TRP
Now Reading
[Video] Jangan Makan Dari Tin Kemek, Ini Yang Terjadi Di Bahagian Dalam Rupa-Rupanya

[Video] Jangan Makan Dari Tin Kemek, Ini Yang Terjadi Di Bahagian Dalam Rupa-Rupanya

Selain daripada tin kemek, orang ramai juga diingatkan agar tidak makan daripada tin yang berkarat, gelembung atau telah tamat tarikh luput.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Makanan dalam tin merupakan salah satu pilihan kerana ia mudah dimasak dan tahan lama.

Di samping itu, bertentangan dengan tanggapan ramai, sesetengah makanan dalam tin boleh mempunyai kandungan khasiat lebih tinggi berbanding yang segar.

Baca Artikel Berkaitan: Benarkah Makanan Dalam Tin Tidak Mempunyai Khasiat?

Namun begitu, makanan dari tin yang telah rosak tidak sepatutnya lagi dimakan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tin yang kemek, berkarat, gelembung atau tamat tarikh luput perlu dibuang.

KKM juga meningatkan orang ramai agar menyimpan makanan tin yang telah dibuka di dalam bekas lain untuk disimpan ke dalam peti sejuk.


Apa Jadi Apabila Tin Makanan Kemek?

Pasti ramai yang tahu bahawa tin kemek tidak boleh digunakan lagi, tetapi apakah penjelasannya?

Satu perkongsian di TikTok oleh pengguna @ashlea_nichole menunjukkan apa yang terjadi pada bahagian dalam tin makanan kemek.

Menurut Ashlea, tin yang kemek akan mempunyai perubahan warna pada bahagian dalamnya. Malah, terdapat kesan belahan atau pecah pada bahagian dalam tin, terutamanya yang telah kemek teruk.

Selain itu, lapisan pada bahagian dalam tin juga boleh tertanggal apabila tin kemek dan boleh termasuk ke dalam makanan.

Untuk makluman, bahagian dalaman tin selalunya diselaputi satu lapisan untuk mengawet makanan dan melindungi besi daripada terhakis. Lapisan ini kebanyakannya diperbuat daripada bahan epoksi BPA.


Makanan Tin Yang Tercemar Berbahaya

Selain daripada bahaya fizikal, tin yang telah kemek juga boleh tercemar dengan bakteria. Ini terjadi apabila terdapat belahan yang memberi ruang bagi bakteria masuk ke dalam tin.

Salah satu bakteria tersebut adalah Clostridium botulinum yang menghasilkan spora yang menyebabkan penghasilan toksin mampu bunuh (lethal toxin) dalam persekitaran kurang atau tanpa oksigen, kurang berasid, kurang gula, dan kurang garam.

Di samping itu, bakteria boleh juga mencemarkan tin yang tidak kemek seterusnya boleh menyebabkannya menjadi gelembung.

Walau bagaimanapun, tin juga boleh menjadi gelembung jika diisi terlalu penuh, melengkung, kemek atau ditutup ketika makanan telah sejuk.

Makanan tin yang telah tercemar juga boleh dikenal pasti menerusi kandungannya. Jika makanan mempunyai buih atau gelembung udara dan warnanya kelihatan pelik, ia kemungkinan besar telah rosak.

Makanan dalam tin yang telah rosak juga mempunyai bau yang busuk atau pelik dan boleh dinaiki kulat pada bahagian atasnya.

Sumber gambar: Pexels

Kenal Pasti Tanda Keracunan Botulinum

Toksin botulinum amat berbahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat dengan serta-merta.

Untuk makluman, gejala keracunan toksin ini boleh muncul dalam tempoh empat jam hingga lapan hari, dan kebiasannya dalam masa 12 hingga 36 jam.

Kelumpuhan yang bermula dari atas ke bawah badan merupakan gejala utama keracunan botulinum. Perkara ini juga boleh menyebabkan pesakit gagal bernafas.

Gejala lain keracunan botulinum adalah:

  • Badan berasa sangat letih
  • Pening kepala
  • Penglihatan kabur
  • Mulut kering
  • Sukar menelan
  • Sukar bercakap
  • Muntah
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Perut bengkak

Tidak seperti jangkitan kuman lain, keracunan botulinum tidak menyebabkan demam.

Sumber gambar: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd