HARI RAYA Aidilfitri ini, PETRA Entertainment akan mempersembahkan sekuel rancangan permainan komedi popular ‘Betul ke Bohong?’ yang akan disiarkan secara eksklusif di saluran 127 dan107 (HD) Astro Warna dari 13 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 jam 5.30petang. Rancangan berjudul ‘Betul ke Bohong? Kuasa 2 (edisi khas Hari Raya) bakal menampilkan selebriti kegemaran anda yang akan dikenakan kejutan elektrik jika kalah.
Selebriti kegemaran anda bakal mendedahkan kisah-kisah aneh dan memalukan tentang diri mereka –ada yang benar dan ada yang tidak. Dan tugas pasukan lawan adalah untuk memastikan kebenaran (Betul) atau kepalsuan (Bohong) kisah tersebut. Tiap pasukan akan mendapat satu markah jika tekaan benar atau mereka mungkin akan dikenakan kejutan elektrik oleh pengacara kerana tekaan yang salah.
Untuk menjadikan program ini lebih menarik, rancangan ini telah dilanjutkan menjadi sejam yang penuh dengan jeritan dan kegilaan dengan dua pusingan permainan, seorang selebriti misteri dan sudah tentu denda yang paling dinantikan di mana seluruh pasukan yang kalah terpaksa duduk dan dikenakan kejutan elektrik!
Rancangan komedi ini pasti menghiburkan seisi keluarga dan akan menjanjikan hilai tawa tanpa henti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
PETRA Entertainment, yang juga sebahagian daripada divisi media di bawah PETRA Group, terdiri daripada pasukan berpengalaman luas dan berbakat yang fokus dalam menciptakan harta intelektual meliputi siaran berformat tradisional dan bukan tradisional buat tontonan tempatan serta antarabangsa.
“Kami ingin mempersembahkan Betul ke Bohong? Kuasa 2 semasa Hari Raya untuk membawa keriangan dan hiburan semasa perayaan ini, khasnya kerana ramai orang yang sedang menghadapi saat-saat sukar sebab tidak dapat melawat ahli keluarga mereka,” kata Datuk Afdlin Shauki, Ketua Eksekutif PETRA Media.
“PETRA Entertainment mempunyai banyak rancangan untuk bulan-bulan yang akan datang termasuk memberi fokus kepada jenama platform OTT (Over-The-Top/ kandungan program dalam talian) mereka sendiri disamping kandungan dan tajuk-tajuk lain. PETRA Entertainment juga ingin menerajui cara penyebaran bentuk kandungan baru termasuk Realiti Maya dan Penekanan (Virtual and Augmented Reality),” tambahnya.
Jangan lupa saksikan Betul Ke Bohong Kuasa 2, edisi khas Hari Raya 2021 di saluran 127 dan107 (HD) Astro Warna dari 13 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 jam 5.30 petang.
Kenyataan Media
Mon May 10 2021
Jangan lupa saksikan Betul Ke Bohong Kuasa 2, edisi khas Hari Raya 2021 di saluran 127 dan107 (HD) Astro Warna dari 13 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 jam 5.30 petang.
Lebih banyak program libatkan Orang Asli di Melaka - Exco
Lebih banyak program melibatkan penyertaan komuniti Orang Asli akan dilaksanakan di Melaka bagi mendedahkan mereka kepada masyarakat luar.
KPD Lahad Datu antara disiasat kes anak mati tertembak
Belum ada keputusan sama ada kematian anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ada kaitan dengan kecuaian atau sebaliknya.
Pekerja ladang digilis treler selepas tikam pengawal keselamatan
Insiden itu berlaku kira-kira jam 3.45 pagi dipercayai kerana suspek berusia 23 tahun itu enggan mengikut arahan mangsa supaya pulang ke rumah kongsinya.
Hong Kong tagih sentuhan pakar untuk Piala Thomas
Hong Kong, yang mempunyai bekas pemain antarabangsa Wong Choong Hann dan Choong Tan Fook dalam set kejurulatihan mereka, hanya membuat penampilan keenam mereka di pusingan akhir.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
AEON Bank mulakan operasi digital Islam pada suku kedua 2024
AEON Bank bersedia untuk memulakan operasi dan melancarkan aplikasi perbankannya pada akhir suku kedua 2024.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
F1: Lewis Hamilton akan 'berseronok' dari petak ke-18 di GP China
Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata dia berhasrat untuk "berseronok" dalam Grand Prix F1 China Ahad selepas berada di petak ke-18.
Pertambahan ahli baharu PKR di Kelantan catat pertambahan kedua tertinggi
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution ismail memaklumkan Kelantan menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah pertambahan keanggotan baharu parti PKR berdasarkan statistik pada 21 Mac lalu.
PKR dakwa PN ciplak idea, strategi parti di media sosial
Kedudukan PKR di platform media sosial tidak lagi di peringkat dominan seperti dulu kerana Perikatan Nasional (PN) didakwa menciplak idea dan strategik parti itu.
'Betul ke Bohong? Kuasa 2' edisi khas Aidilfitri di Astro Warna
PETRA Entertainment mempersembahkan sekuel rancangan permainan komedi popular di Astro Warna.