‘Empowering UUM Online Learning’ bawa impak luar biasa kepada komuniti akademik STML - UUM Today

UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

‘Empowering UUM Online Learning’ bawa impak luar biasa kepada komuniti akademik STML

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Prof. Madya Dr. Fadhilah Mat Yamin dan Prof. Madya Dr. Noorulsadiqin Azbiya Yaacob/UUM Today

SINTOK, 19 Mac – Jawatankuasa Global Online Learning, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menganjurkan bengkel bertajuk “Empowering UUM Online Learning”, semalam. 

Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), STML, Prof. Madya Dr. Norsiah Hami berkata, bengkel anjuran bersama Jawatankuasa Seminar dan Latihan, STML ini bertujuan untuk memastikan komuniti akademik STML sentiasa relevan dengan perkembangan terkini dalam platform UUM Online Learning dan meningkatkan keberkesanan penggunaan platform tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurutnya, bengkel “Empowering UUM Online Learning” adalah satu langkah penting dalam usaha STML untuk terus memperkasa pengajaran dan pembelajaran dalam talian bagi komuniti akademiknya.

Katanya, bengkel ini dijangka memberi impak positif kepada pengalaman pembelajaran pelajar di STML khususnya, dengan pensyarah yang lebih mahir dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan menguruskan kursus secara efisien melalui platform UUM Online Learning.

Penceramah iaitu Pengarah, Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC), UUM, Prof. Madya Ts. Dr. Izwan Nizal Mohd Shaharanee telah dijemput untuk menyampaikan ceramahnya dalam bengkel itu.

Menerusi bengkel ini, peserta juga telah diberi peluang untuk menjelajahi platform digital yang relevan dengan pengajaran dan pembelajaran di UUM serta berkongsi pengalaman dan amalan terbaik serta menggali strategi terkini amalan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.   

Antara topik yang dibincangkan termasuk teknik mengajar dalam talian yang efektif, penerapan alat bantu pengajaran digital dan penambahbaikan pengalaman pembelajaran dalam talian.

Peserta bengkel turut aktif dalam sesi dialog interaktif di mana mereka berpeluang bertukar pendapat, bertanya soalan dan memberi cadangan untuk meningkatkan landskap pembelajaran dalam talian di UUM.