Below is a snapshot of the Web page as it appeared on 26/05/2024 (the last time our crawler visited it). This is the version of the page that was used for ranking your search results. The page may have changed since we last cached it. To see what might have changed (without the highlights), go to the current page.
Bing is not responsible for the content of this page.
Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu! | WapCar
Beli kereta terpakai/recond? Awas, ini caj-caj tersembunyi yang anda perlu tahu!
Pasaran kereta terpakai dan ‘recond’ ternyata semakin rancak. Memang rambang mata melihat model-model menarik yang dijual dalam pasaran ini, terutamanya apabila kenderaan terpakai/recond dijual pada harga menarik dan lebih murah.
Tapi, awas! Walaupun harganya ‘meracun’ jiwa, ia barangkali tidak merangkumi fi atau caj tersembunyi secara menyeluruh yang kadangkala boleh mencecah tambahan RM 3,000 – RM 5,000 atas harga kereta. Apa caj tersembunyi yang boleh menyebabkan anda terpaksa membayar lebih daripada harga yang dipaparkan dan berapa banyakkah anggaran kos tambahan ini?
Fi pemprosesan
Antara caj tambahan yang paling samar-samar kepastiannya adalah fi pemprosesan (processing fees). Fi ini seringkali dikenakan oleh penjual kereta – kadangkala boleh mencecah antara RM 500 hingga RM 700 – semata-mata untuk pengumpulan dan fotostat dokumen serta penghantaran ke bank.
Lebih menjengkelkan, kos perkhidmatan ini selalunya jauh lebih rendah daripada caj yang ditetapkan.
Walaupun setiap kenderaan terpakai/recond wajib diperiksa oleh Puspakom sebelum hakmilik dipindahkan kepada pembeli, penjual kenderaan ini selalunya mengenakan caj yang terlalu tinggi dan tidak masuk akal terutama sekali kepada pembeli yang kurang berpengetahuan.
Terdapat dua jenis pemeriksaan Puspakom bagi tujuan ini, iaitu B5 (pemindahan hakmilik) dan B7 (pemindahan hakmilik dengan pinjaman sewa-beli) – masing-masing memakan kos RM 30 dan RM 60. Bagaimanapun, penjual ‘cekik darah’ selalunya meminta bayaran RM 500 – kadangkala setinggi RM 750 dalam kes-kes tertentu – bagi kedua-dua jenis pemeriksaan ini.
Fi pemindahan
Fi pemindahan hakmilik kenderaan ini dibayar kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memindahkan hakmilik kenderaan terlibat kepada pemilik baharunya. Jika pembeli jalankan sendiri proses ini di kaunter JPJ, ia memakan kos RM 100 sahaja.
Bagaimanapun, segelintir penjual akan meminta sehingga RM 500 dari pembeli untuk tujuan pemindahan hak pemilikan ini, dan fi ini kekal sama tanpa mengira jenis kereta yang dijual – tak kisahlah untuk Toyota Alphard mahupun Perodua Myvi.
eAuto merupakan satu platform atas-talian yang membolehkan pengesahan biometrik jarak-jauh dibuat antara penjual dan pembeli. Sistem eAuto ini membolehkan kedua-dua pihak mengesahkan pemindahan hakmilik di pejabat atau kedai penjual tanpa perlu pergi ke kaunter JPJ.
Lagi sekali, kemudahan ini seringkali didatangkan dengan caj melampau. Pihak penjual selalunya meminta sehingga RM 400 untuk perkhidmatan eAuto ini, sedangkan penjual hanya perlu membayar RM 30 bagi setiap transaksi di platform ini.
Baru-baru ini, caj-caj dikenakan eAuto digabungkan sekali dengan fi pemindahan – seperti yang digambarkan dalam kes pemindahan hakmilik Honda City terpakai dalam rajah di atas – yang memakan kos RM 900.
Fi perjanjian
Selain daripada fi-fi pemprosesan, segelintir penjual juga akan meminta ‘fi perjanjian’ untuk perjanjian pinjaman yang diproses oleh bank. Penjual hanya perlu mengeluarkan kos yang amat kecil untuk ‘stamping’ dokumen iaitu kira-kira RM 20, tapi ada kes dimana mereka meminta sehingga RM 500 untuk ‘perkhidmatan’ ini!
Penjual akan memberi alasan yang bayaran ini akan merangkumi penghantaran, mengamankan, dan menyusun dokumen sewa beli. Apa jua justifikasi yang diberi, caj 3 angka ini sememangnya tak masuk akal.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
Jaga-jaga, segelintir penjual tamak sengaja mengenakan caj SST ketika menjual kereta terpakai. Usah tertipu – SST hanya boleh dikenakan untuk jual-beli kenderaan serba baharu. Tak perlu pandai-pandai bayar SST untuk kereta terpakai.
Dalam kes-kes sebegini, penjual akan mengenakan SST keatas harga tawaran kenderaan terpakai berkenaan yang bakal melonjakkan harganya 5 - 10 peratus daripada harga asal – ditambah pula dengan caj-caj lain yang dikenakan.
Apabila dicampur semua sekali, caj-caj tambahan ini boleh mencecah kira-kira RM 4,000 – RM 5,000 – tidak termasuk harga kereta.
Terdapat dua sebab utama kenapa pembeli boleh ‘terperangkap’ dengan caj/fi melampau dalam urusan jual-beli kereta terpakai/recond.
Pertama; pembeli kurang berpengetahuan sehinggakan mereka percaya yang segala caj ini sama di mana-mana saja. Kedua; pembeli terlalu fokus kepada harga keseluruhan kereta yang dimahukan serta bayaran bulanannya sehingga tidak sedar akan caj-caj tersembunyi ini.
Jika anda masih was-was, kami nasihatkan anda beli saja dari Carsome.
Walaupun kadangkala harga kereta yang diiklankan lebih mahal sedikit berbanding senarai harga yang dipaparkan dalam pasaran kereta terpakai, setiap satu kenderaan dari Carsome disertakan sekali dengan harga yang telus dan menyeluruh.
Ia termasuk sekali dengan segala kos-kos pemindahan dan hakmilik, melainkan kos-kos insurans yang berbeza mengikut kenderaan. Yang penting, harganya tidaklah begitu melampau dan semua kenderaan dipastikan berada dalam keadaan baik dan selamat.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Berikutan isu dengan BJAK tempoh hari, JPJ memandang serius akan kandungan iklan yang dikeluarkan melalui laman sesawang dan media sosial pihak tersebut berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan secara dalam talian yang ditawarkan kepada orang awam termasuk program pemberian cukai jalan secara percuma. Menariknya, Kementerian Pengangkutan (MoT) semalam berkongsi bahawa mereka tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau s
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan semalam bahawa ia telah menjual sebanyak 7,345 unit kenderaan Toyota dan Lexus pada April 2024. Toyota menyumbang jualan sebanyak 7,213 unit, manakala Lexus yang diimport hanya menyumbang sebanyak 132 unit. Sehingga kini, UMWT telah menjual sebanyak 30,789 unit kenderaan dalam empat bulan pertama. UMWT tidak berkongsi nombor jualan untuk Mac 2024 tetapi angka yang dikumpulkan oleh RHB Investment Bank menunjukkan ia adalah sebanyak 9,688 unit. Ini adalah penuru
Sejak Operasi Khas Ulat dijalankan dari 2022 hingga April lalu, sebanyak 312 'ulat' atau pihak yang memujuk atau mendesak pengguna dengan menawarkan perkhidmatan yang berkait dengan urusan pengangkutan tanpa kebenaran telah ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menurut JPJ, tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekal
Harga minyak RON97 pada minggu lepas dilaporkan kekal. Bermula 12.01 am tengah malam ini, harga minyak RON97 kekal pada RM 3.47. Oleh itu, harga minyak minggu seterusnya iaitu dari 9 - 14 Mei 2024 adalah seperti berikut: Harga Minyak Terkini Malaysia 9 - 14 Mei 2024 Jenis Harga/liter RON 95 RM 2.05 RON 97 RM 3.47 (0.00) RON 100 RM 5.00 VPR RM 6.10 Diesel EURO 5 B10 RM 2.15 Diesel EURO 5 B7 RM 2.35 Ikuti kemas kini langsung harga minyak: Petrol Price Malaysia Ikuti WapCar – BM di Facebook untuk k
Sime Darby Auto Hyundai telah membuka cawangan baru di Balakong khusus untuk para pelanggan di kawasan Balakong dan Cheras. Fasiliti dua setengah tingkat ini juga dilengkapi dengan kemudahan pengecasan AC 11 kW. "Kami gembira untuk memperkenalkan cawangan Balakong ke dalam keluarga Sime Darby Auto Hyundai. Pembukaan ini memenuhi peranan penting dalam mengukuhkan liputan kami di rantau Lembah Klang. Lokasi strategik ini mempunyai banyak potensi yang belum diterokai bagi kami.” "Kami berjanji untu