Delima 2.0 : Login Aplikasi KPM Online (Guru dan Murid) - APDM

Delima 2.0 : Login Aplikasi KPM Online (Guru dan Murid)

Bagi memenuhi permintaan semasa, DELIMa telah dinaiktaraf dengan mengintegrasikan tiga perkara penting: pembelajaran peribadi, peningkatan pengalaman pengguna, dan penggunaan analisis data.Dengan penaiktarafan ini, platform tersebut telah menjadi lebih kedepan dan menyumbang manfaat yang lebih besar kepada semua penggunanya.

Artikel kali ini berkongsi berkenaan DELIMa 2.0 dan cara login ke dalam sistem ini.

Apakah DELIMa 2.0 KPM?

DELIMa adalah singkatan bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang merupakan satu platform pengurusan pembelajaran online yang membolehkan murid-murid mengaksesnya dengan mudah melalui akaun Google mereka.

Platform ini diperkenalkan sekali dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), melalui Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), telah mengambil inisiatif untuk menerapkan inovasi sebagai elemen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Melalui langkah ini akan mendorong perkembangan budaya inovasi, khususnya di kalangan murid, yang merangkumi aspek-aspek seperti penciptaan bahan pengajaran, teknik pengajaran dan pembelajaran, serta penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

Sumber Pendidikan DELIMa 2.0

Melalui Delima, sumber pendidikan seperti berikut dapat diakses.

  • Buku Teks Digital
  • Bahan Interaktif
  • Aktiviti Pengajaran
  • Pusat Sumber
  • Sumber Rujukan PdP
  • Aplikasi Pengajaran
  • Ruang Ilmu
  • Pembelajaran Hibrid
  • Pembelajaran Digital/PdPR
  • Portal JPN
  • Peraduan
  • DELIMa Certified Training Programme
  • Tonton DiDik TV
  • Pembangunan Profesional Guru
  • Rakan DELIMa

Cara Login DELIMa 2.0

Berikut adalah cara untuk login ke dalam Delima 2.0

  1. Layari laman webย https://d2.delima.edu.my/login.
  2. Sila tandakan pada kotak  โ€˜Accept Terms & Conditionsโ€™.
  3. Kemudian, klik pada โ€˜Click Here To Loginโ€™.
  4. Setelah itu, pilih โ€œGoogle Accountโ€
  5. Masukkan username dan password yang diberikan sekolah.

Kesimpulannya, DELIMa adalah satu inisiatif yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberikan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan dalam format digital. Ini akan menjadikan pengalaman guru dan pelajar lebih interaktif dan menarik , dengan menyediakan satu platform digital yang mengandungi pelbagai aspek pembelajaran.


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *