spgatm : Login Sistem Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera

spgatm : Login Sistem Semakan Penyata Gaji Angkatan Tentera

SPGATM adalah Sistem khas Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia yang membolehkan semua angkatan tentera Malaysia (ATM) membuat semakan penyata gaji bulanan masing-masing. Ia juga merupakan sistem khas yang diwujudkan bagi memudahkan pegawai dan anggota ATM membuat semakan gaji.

spgatm

SPGATM

Sistem SPGATM diwujudkan pada tahun 2019 oleh kerajaan Malaysia bagi memudahkan anggota tentera menyemak dan mendapatkan slip gaji mereka.

Pengenalan Skim Gaji ATM

Terdapat pelbagai jenis tangga gaji ATM. Berikut merupakan skim gaji ATM mengikut sijil

AkademikGaji Permulaan
SPMRM1,459.00
SPMVRM1,564.00
SKM Tahap 2RM1,630.01
SKM Tahap 3RM1,696.02
DIPLOMA PERUBATANRM1,894.05
DIPLOMA KEJURUTERAANRM2,026.07

Elaun Tentera

Antara elaun tentera yang boleh didapati dan akan ada tertera dalam payslip gaji ATM SPGATM ialah

  • Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM 1500.00 setiap 3 tahun sekali
  • Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM 500.00 setahun
  • Tuntutan perjalanan ke tempat kerja
  • Elaun Bantuan Sara Hidup
  • Elaun Kepakaran bagi yang layak
  • Elaun insentif khas ATM RM 200.00 sebulan

Kemudahan Yang Diberikan

Pelbagai kemudahan dinikmati dan diberikan pada anggotat entera. Antaranya ialah

  1. Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
  2. Rawatan Perubatan
  3. Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  4. Insurans Kelompok Angkatan Tentera
  5. Peluang melanjutkan pelajaran
  6. Kemudahan Kediaman
  7. Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.
  8. Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
  9. Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
  10. Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
  11. Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
  12. Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) –Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
  13. Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Jika ada anggota tentera yang dimasukkan ke hospital, mereka akan menerima

  • Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
  • Rawatan di Institut Jantung Negara.
  • Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.
  • Rawatan kemandulan primer.
  • Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
  • Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)
  • Bantuan perbekalan alatan.
    • Pembekalan lat Ortopedik.
    • Pembekalan kerusi roda.
    • Alatbantu pendengaran.
    • Pembekalan alat-alat lain.

INSENTIF

Terdapat juga insentif untuk anggota tentera. Berikut merupakan insentif yang diterima

  • Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
  • Bonus tahunan (jika ada).
  • Khairat kematian RM3000.00.

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji ATM

Untuk jadual tarikh pembayaran gaji ATM boleh disemak seperti yang dikongsikan pada gambar dibawah ini. Ia berbeza dengan tarikh gaji penjawat awam dan juga tarikh bayaran pencen pesara.

spgatm Jadual Tarikh Pembayaran Gaji ATM

Cara Login SPGATM

Berikut merupakan cara ATM untuk login menggunakan website SPGATM dan melihat slip gaji mereka secara online.

  • Sila layari https://spgatm.ugat.mil.my/ untuk login secara online
  • Masukan nombor tentera, nombor kad pengenalan awam dan emel yang sah untuk login SPGATM UGAT buat kali pertama.
  • Kemudian sila tukar nama pengguna dan kata laluan
  • Jika anda terlupa nama pengguna boleh klik bahagian ‘Lupa nama pengguna.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang persoalan mengenai gaji angkatan tentera Malaysia, bolehlah hubungi:

MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
Sekretariat, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur, Malaysia
Email: ugat.aduan@mod.gov.my Telefon:  +603 – 20712004 | 2014    

Soalan Lazim (FAQ)

Saya terlupa kata laluan SPGATM

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh mengakses menu terlupa kata laluan dan pautan terlupa kata laluan sementara akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan.

Saya telah menekan lupa katalaluan, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?

Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh alamat emel yang didaftarkan di dalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan anda menyebabkan maklumbalas tidak sampai kepada anda. Anda perlu melaporkan perkara ini kepada Pegawai Gaji Pasukan anda bagi membolehkan anda mendaftar semula ke dalam sistem.

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya saya gagal untuk mendaftar menggunakan nombor tentera dan nombor kad pengenalan awam saya sendiri?

Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai gaji pasukan anda supaya mengemaskini maklumat nombor tentera anda yang terkini. Kegagalan pengemaskinian data anda akan menjejaskan capaian anda kepada SPGATM.

Siapa pengguna SPGATM?

Pengguna SPGATM terdiri daripada semua pegawai dan anggota tentera yang masih berstatus aktif dan masih berkhidmat dalam perkhidmatan KDYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong.

Baca juga

Leave a Comment