Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB Online / eStatement (2021)

Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB Online / eStatement (2021)

CARA DAPATKAN PENYATA BANK CIMB ONLINE (2021)

Kalau nak mohon pinjaman, bantuan atau membuktikan hasil pendapatan, penyata bank adalah dokumen yang sangat penting untuk seseorang individu.

Bagi pengguna CIMBCLICKS, anda boleh mendapatkan penyata bank CIMB dengan mudah dan cepat secara online melalui laman web rasmi CIMB.

Untuk makluman, sekarang ni kebanyakan bank dah gunakan e-Statement saja untuk menjimatkan kertas (paperless) dan memudahkan urusan harian.

Baca juga: Cara Dapatkan Penyata Maybank Online (e-Statement) & Print Sendiri

Jadi, kita tak perlu lagi pergi ke bank untuk mendapatkan penyata bank terkini. Sebabnya lagi senang buat sendiri dan boleh print di rumah je!

Di sini kami kongsikan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan penyata bank CIMB.

Cara Dapatkan Penyata Bank CIMB (2021)

Untuk mendapatkan penyata bank / eStatement, anda boleh pilih sama ada untuk dowload dari laman web atau menerima e-mel dari CIMB.

i) Cara print eStatement CIMB melalui CIMBCLICKS

  • Langkah 1: Login ke CIMB Clicks at www.cimbclicks.com.my melalui laman web
  • Langkah 2: Pilih menu Services
  • Langkah 3: Pilih eStatement > Klik ‘View eStatement’
  • Langkah 4: Pilih bulan yang kita nak
  • Langkah 5: Download penyata bank tersebut
  • Selesai

Rujuk langkah bergambar di bawah ini:

Login dulu, lepas tu pergi ke bahagian SERVICES di menu sebelah kiri. Klik dekat situ.

Kemudian akan dipaparkan senarai macam di bawah ni.

Klik pada eStatement di bawah.

Buat pilihan penyata bank bulan mana yang kita nak download.

Siap.

Ini sampelnya.

cimb penyata online estatement

ii) Cara dapatkan penyata CIMB melalui e-mel

  • Langkah 1: Login ke CIMB Clicks at www.cimbclicks.com.my melalui laman web
  • Langkah 2: Pilih menu Services
  • Langkah 3: Klik pada ‘Email Statement Delivery’
  • Langkah 4: Masukkan alamat e-mel dan password yang lengkap
  • Langkah 5: Pilih ‘Yes’ untuk menerima Terma & Syarat > ‘I Agree & Confirm’
  • Langkah 6: Buat pengesahan TAC dan klik ‘Confirm’
  • Selesai

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi CIMB Bank berkaitan eStatement di pautan https://www.cimbbank.com.my/en/personal/banking-with-us/ways-to-bank/online-banking/estatement.html

Rujuk Soalan Lazim eStatement / FAQ Penyata Bank CIMB di sini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: