KUALA LUMPUR: Pendapatan penengah bulanan isi rumah negara telah melonjak kepada hampir RM3,000, meningkat 32 peratus berbanding tahap sebelum COVID-19, manakala kadar pengangguran pula menurun dari 12 peratus pada awal 2021, kepada 5.9 peratus pada Oktober tahun lalu.
Biarpun ini menandakan pemulihan yang ketara dalam usaha menangani kesan ekonomi akibat pandemik, kemiskinan masih ketara, terutamanya dalam kalangan wanita, kanak-kanak, dan individu kurang upaya (OKU).
Itu dapatan tinjauan bertajuk 'Ranjau Sepanjang Jalan: Tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur', yang dijalankan UNICEF dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023.
Kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Okt 2023, walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021.
Dalam kalangan ketua isi rumah wanita, kadar kemiskinan adalah pada 59 peratus, manakala kadar kemiskinan tertinggi direkod dalam kalangan isi rumah yang diketuai oleh orang kurang upaya, iaitu 67 peratus.
Kadar kemiskinan tegar ialah 8 peratus, dan tertinggi dalam kalangan isi rumah yang diketuai oleh orang kurang upaya, iaitu 17 peratus
"Walaupun peningkatan dalam pasaran buruh dan pendapatan, kemiskinan kekal tinggi, anda harus ingat kadar kemiskinan di KL, negeri terkaya di Malaysia adalah kurang daripada dua peratus, kira-kira 1.4 atau 1.5 peratus kadar kemiskinan, tetapi di rumah pangsa kos rendah di KL adalah 41 peratus, ia jauh lebih tinggi, walaupun ia telah berkurangan berbanding 45 peratus semasa pandemik, ia amat membimbangkan.
"Dalam kalangan ketua keluarga wanita, kemiskinan adalah kira-kira 60 peratus, bermakna 6 daripada 10 hidup di bawah garis kemiskinan, dalam kalangan orang kurang upaya isi rumah ialah 67 peratus.
"Jadi pendapatan dan peluang pekerjaan telah bertambah baik tetapi masih ramai miskin, jauh lebih tinggi daripada tahap nasional atau negeri," kata Ketua Penyelidik UNICEF, Dr Muhammed Abdul Khalid.
Tinjauan tersebut turut mendapati terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan perlindungan sosial dan program bantuan, terutamanya dengan 40 peratus pekerja tidak mempunyai perlindungan sosial berasaskan pekerjaan dengan kadar tertinggi dicatat dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri iaitu 92 peratus.
"Dalam kalangan sampel pekerja kami, 40 peratus tidak mempunyai perlindungan sosial dan paling teruk di kalangan mereka yang bekerja sendiri.
"Untuk mudah ingat ialah Makcik Kiah. 92 peratus Makcik Kiah tidak dilindungi, maknanya apabila kita buat akaun 3 contohnya, pengeluaran KWSP, majoriti mereka tidak mendapat manfaat daripadanya, jika mereka pergi bekerja, sesuatu berlaku kepada mereka, mereka tidak dilindungi," ujarnya.
Kenaikan harga juga makanan menyebabkan tekanan kewangan yang ketara kepada isi rumah. Lapan daripada 10 isi rumah bergelut untuk menjana pendapatan yang mencukupi bagi memenuhi keperluan asas mereka, dan jumlah itu lebih tinggi berbanding 7 daripada 10 yang dilaporkan semasa pandemik.
Sejumlah 90 peratus isi rumah sedang bergelut dengan kesan kenaikan kos sara hidup, terutamanya mengenai harga makanan, manakala kira-kira 50 peratus menganggap keadaan kewangan mereka semakin merosot berbanding 2022.
"Apabila ditanya bagaimana mereka menguruskan kenaikan kos sara hidup, kata mereka, 'saya kerja lebih kuat, lebih lama, saya melakukan kerja dua kali ganda, saya mengurangkan perbelanjaan saya sama ada untuk barangan tidak penting atau pengambilan makanan'.
"Ini akan diterjemahkan kepada anak-anak, satu daripada dua kanak-kanak makan kurang daripada tiga kali sehari, sekali gus akan memberi impak kepada kesejahteraan kanak-kanak di masa hadapan," tambahnya.
Lain-lain dapatan tinjauan itu juga menggariskan beberapa isu lain seperti cabaran dalam kebolehcapaian dan kualiti pendidikan dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, tekanan mental ibu bapa yang melebihi tahap semasa pandemik, serta bantuan tunai dan kawalan harga ke atas barangan makanan dianggap sebagai yang paling dimahukan isi rumah, berbanding subsidi petrol.
Justeru, bagi menangani isu-isu yang dibangkitkan, UNICEF menggariskan beberapa cadangan dan dasar, antaranya elaun sejagat untuk semua kanak-kanak dan orang kurang upaya.
Ini dilihat perkara terpenting dalam menyediakan tahap jaminan pendidikan dan pendapatan, selain melengkapkan perlindungan penjagaan kesihatan dan pekerjaan yang sedia ada.
Bagi kanak-kanak, UNICEF mencadangkan RM200 elaun untuk semua ibu mengandung setiap bulan, sehinggalah usia 2 tahun dan ini memerlukan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion setahun, bersamaan 0.12 peratus daripada KDNK.
Manakala untuk OKU, kos yang dianggarkan ialah kira-kira RM3.2 bilion atau 0.17 peratus daripada KDNK, berdasarkan jumlah OKU yang berdaftar ketika ini.
Selain itu, UNICEF turut mencadangkan agar kadar gaji minimum baharu disemak semula, dengan kadar gaji minimum yang sepatutnya adalah RM2,102.27, berdasarkan kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan, gaji penengah, dan produktiviti semasa.
Turut dicadangkan ialah penambahbaikan perlindungan sosial seperti KWSP dan Perkeso, mengukuhkan bantuan sosial terutamanya program bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan pemerluasan kesedaran tentang kesihatan seksual dan reproduktif melalui program khidmat masyarakat dan program sokongan kesihatan mental.
Madiha Abdullah
Wed May 08 2024
Kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Okt 2023, walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021. -Gambar hiasan/Bernama
TVET berperanan besar kepada pembangunan negara - Zambry
Zambry berkata adalah mustahak untuk dasar-dasar yang dilaksana oleh kerajaan memberi tumpuan khusus kepada kepentingan TVET.
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul emas pada Olimpik Paris
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan bersara dengan tenang sekiranya berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadual bermula Julai ini.
Dunia pecah rekod terpanas 12 bulan berturut-turut
Dunia merekodkan suhu ekstrem terpaksa bagi tempoh 12 bulan berturut-turut. Rekod ini sekali gus menjadikan ia yang pertama pernah berlaku sejak tahun 1940.
Israel lipat ganda persiapan untuk serangan kuat di Utara
'Dalam apa cara sekali, kita akan mengembalikan keselamatan di kawasan utara...' Tegas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dalam masa sama memberitahu bahawa pasukan ketenteraannya sedang bersiap siaga melipat gandakan serangan di bahagian utara, yang hanya bersebelahan dengan Lubnan. Pasukan pertahanan Hezbollah yang menjaga perbatasan Lubnan berbalas serangan tentera rejim zionis Israel yang melancarkan serangan misil serta dron yang dahsyat kebelakangan ini.
Duka tidak berpenyudah, Gaza terus digenangi air mata
Tatkala Israel sedang rancak menggiatkan serangan ketenteraannya di pelbagai penjuru termasuk kawasan diberi tumpuan di sempadan Israel-Lubnan.
Lelaki dihukum penjara cuba 'hidup' semangat Nazi di Rusia
Seorang lelaki dengan dua kewarganegaraan (Amerika Syarikat dan Rusia) dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun atas kesalahan cuba menghidupkan sentimen Nazi di Rusia. Yuri Malev ditahan pada December tahun lalu kerana perkongsian di media sosial yang didakwa berbaur memulihkan Nazisme di negara bekas Soviet itu.
Kokain, 'ecstasy' jadi ancaman hidupan Marin di pesisir UK
Pelik tetapi benar, tapi ini yang berlaku berdasarkan kajian yang dibuat pakar dari Universiti Portsmouth dan Universiti Brunel di London. Kokain, ekstasi dan beberapa jenis dadah lain, dikesan pada ratusan sampel hidupan marin di pesisir United Kingdom (UK).
Mesin ATM ditambah, mudahkan jemaah keluarkan wang
Kemudahan mesin ATM ketiga di hotel penginapan jemaah haji Land Premium di Mekah akan memberikan manfaat kepada 4,500 jemaah yang menginap di situ untuk mengeluarkan wang tanpa berjalan jauh.
Jemaah Haji Malaysia diseru bersatu tentang kekejaman Israel
Jemaah Haji Malaysia yang kini berkumpul di Tanah Suci Baitul Haram diseru menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu penjajahan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa oleh rejim Zionis.
Berteras prinsip perlembagaan, ambil kira tuntutan zaman - PM
Katanya, menerusi modul berkenaan, rakyat perlu kenal sejarah negara termasuk mengecapi kemerdekaan hasil sumbangan dan penyertaan semua kaum.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi
Cadangan UNICEF agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini akan dipertimbang oleh kerajaan secara menyeuruh.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNICEF gesa supaya pemindahan untuk merawat kanak-kanak cedera di Gaza ditingkatkan
Kekurangan petugas dan bekalan memberikan kesan negatif terhadap penjagaan yang mereka boleh berikan, terutamanya untuk pembedahan.
Gelombang haba menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak di Asia berisiko
Tahun 2024 bakal menjadi tahun paling panas dalam rekod, diburukkan lagi dengan iklim ekstrem dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau.
PBB pertimbang keahlian penuh negara Palestin
UNSC sedang mempertimbangkan keahlian penuh negara Palestin yang berdaulat ke PBB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.