Semakan Penyata Gaji Online e-Penyata Penjawat Awam

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan

Sistem e Penyata Gaji dan Laporan digunakan secara rasmi oleh penjawat awam untuk semak slip gaji mereka mulai bulan Oktober tahun 2010. Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.

slip gaji online

Salinan e-Penyata Gaji JANM melalui QR KOD

Cara untuk mendapatkan salinan e-Penyata Gaji Online JANM dengan QR kod untuk tujuan pinjaman

  • Klik pada submenu “Penyata Gaji” di bawah menu “Penyata Untuk Pinjaman”
  • Skrin pengesahan untuk masuk ke “Penyata Untuk Pinjaman” akan dipaparkan untuk memastikan anda ingin memuat turun penyata untuk pinjaman
  • Klik pada butang “YA” akan membawa anda ke skrin “Penyata Untuk Pinjaman” manakala klik pada butang “TIDAK” akan menghantar anda balik kepada skrin sebelum tekan ke menu “Penyata Untuk Pinjaman”
  • Pilih No. Gaji supaya penyata 3 bulan yang terkini akan dipaparkan di dalam jadual Penyata Gaji
  • Klik butang “OK” akan menjana penyata untuk pinjaman untuk bulan tersebut
  • Seperti yang disebutkan di dalam skrin, anda perlu memuat turun e penyata untuk pinjaman tersebut dan membawa ke institusi kewangan seperti (LPPSA, bank, koperasi) untuk rujukan sebelum Tarikh Luput

Untuk Cara-Cara Login e-Penyata Semakan Slip Gaji Online Boleh baca: Login e-Penyata Semakan Slip Gaji

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan

penyata gaji penjawat awam online


PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya boleh menggunakan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan untuk untuk menyemak, mengakses, serta mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.

Sistem ePenyata Slip Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan, Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja.

Kesimpulannya mana-mana pegawai kerajaan boleh menggunakan Sistem ePenyata Gaji secara online dan Laporan untuk semak slip gaji secara online .

E Penyata Gaji Bulanan

E Penyata gaji kerajaan bulanan diproses setelah Unit ePayslip mendapat maklumat gaji dari Pejabat Perakaunan. EPenyata gaji penjawat awam tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.

Ianya boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan berkenaan.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2022

Sila layari http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji

untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.

Tempoh Simpanan Data Sistem ePenyata Gaji dan Laporan

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Jadi make sure anda download Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan setiap bulan selepas dikeluarkan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan mengikut tempoh yang dinyatakan di atas.

Tatacara Penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan

TATACARA PENGGUNAAN SISTEM penyata gaji online

Klik sini untuk Tatacara Penggunaan

Semakan ANGKASA

Untuk semakan pemotongan gaji ANGKASA, anda boleh layari http://angkasa.coop/bm/index.php/spga/semakan-potongan-gaji-semenanjung untuk menyemak maklumat potongan gaji ANGKASA anda.

Aduan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan

Cara Buat Aduan Penyata Gaji

Pengguna boleh mengemukakan aduan/pertanyaan/kemusykilan/masalah mengenai Sistem e-Penyata Gaji & Laporan kepada emel rasmi Pentadbir Sistem iaitu epayslip@anm.gov.my dan hendaklah disertakan maklumat seperti nama penuh, No. KP, No. Gaji, No. Kod Pejabat Perakaunan, No. Kod Jabatan dan Kod Pusat Pembayar pengadu atau sekurang-kurangnya No. KP dan No. Gaji bagi memudahkan semakan.

Sekian sahaja perkongsian mengenai sistem penyata gaji penjawat awam dari kami. Moga bermanfaat untuk rujukan mereka yang mencari mengenai sistem penyata gaji.

Bagi yang bekerja sendiri, untuk buat slip gaji boleh baca contoh slip gaji kerja sendiri

1 thought on “Sistem ePenyata Gaji dan Laporan”

  1. Selamat Malam, hampir dua minggu saya cuba buka e-penyata gaji tetapi tidak berjaya. Ada diminta untuk masukkan ic dan no gaji, tetapi saya tidak menerima sebarang emel atau mesej berikutan nombor telefon yang pernah digunakan semasa pertama kali mendaftar itu sudah tidak digunakan. Dan, emel yang pernah digunakan semasa mendaftar kali pertama hari itu sudah tidak aktif. Masalah ini sangat mengganggu untuk saya buat semakan terhadap akaun penyata gaji saya. Tolong bagi penjelasan dan pencerahan terhadap permasalahan saya ini, saya berharap pihak Jabatan Akauntan Negara dapat memberi maklum balas berkenaan masalah ini dalam tempoh seberapa cepat yang mungkin dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Reply

Leave a Comment