Gaji 2024 : Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam JANM
Advertisements

Gaji 2024 : Bayaran Gaji Bulanan Penjawat Awam JANM

PENTING: TARIKH BAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM BAGI TAHUN 2024

Berbeza dengan pekerja swasta yang mempunyai tarikh tetap untuk gaji bulanan mereka, penjawat awam akan di bayar pada tarikh berbeza setiap bulan mengikut tarikh pembayaran emolumen bulanan yang telah dikeluarkan JANM.

Oleh itu, untuk kakitangan kerajaan ingin mengetahui bilakah tarikh pembayaran gaji mereka pada setiap bulan bagi tahun hadapan, teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu JANM?

Jabatan Akauntan Negara Malaysia merupakan satu jabatan di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab dalam melakukan pembayaran gaji kakitangan kerajaan dan juga berfungsi dalam:

  • Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum.
  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
  • Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan.
  • Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan.
  • Menguruskan dana dan aliran tunai kerajaan.
  • Menguruskan skim perkhidmatan perakaunan di bawah Ketua Perkhidmatan ANM.
  • Menguruskan perkhidmatan perakaunan kerajaan.
  • Membangunkan modal insan dalam bidang perakaunan dan kewangan sektor awam.
  • Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965

Oleh itu bagi penjawat awam yang ingin mengetahui bilakah pembayaran gaji bagi tahun 2024 akan dilakukan, anda boleh menyemak perkara tersebut di laman rasmi JANM.

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2024

Berikut dikongsikan jadual tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024:

BulanTarikhHariCatatan
Januari17.01.2023Selasa
Tahun Baru Cina 22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)
Februari24.02.2023Jumaat
Mac24.03.2023Jumaat
April14.04.2023Jumaat
Hari Raya Puasa 22 & 23 April 2023 (Sabtu &Ahad)
Surat rujukan MOF.NBO(S)600-8/2/9(30)-bertarikh 10 April 2023
Mei19.05.2023Jumaat
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Surat rujukan MOF.BKSK(S)600-1/7/6 Jld.4(3)-bertarikh 10 April 2023
Jun23.06.2023Jumaat
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Hari Raya Haji 29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Julai25.07.2023Selasa
Ogos25.08.2023Jumaat
September25.09.2023Isnin
Oktober25.10.2023Rabu
November24.11.2023Jumaat
Hari Deepavali 12 November 2023 (Ahad)
Disember19.12.2023Selasa
Hari Krismas 25 Disember 2023 (Isnin)
JANM GAJI 2024

Tarikh & Peraturan Pembayaran Emolumen 2024

Anda boleh membaca surat pekeliling JANM.BKP.600-14/1/11 Jld.5 (14) di bawah untuk mengetahui tentang tarikh dan peraturan pembayara emolumen tahun 2024:

Beli perabot untuk rumah anda dengan harga yang lebih murah dan berpatutan di Shopee.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info lanjut mengenai pembayaran gaji / emolumen 2024 bagi penjawat awam, anda boleh menghubungi pihak bertanggungjawab dengan cara di bawah:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
email: [email protected]
No. Tel.: 03-8882 1624/1612/1622/1611

Atau layari laman web https://www.anm.gov.my/ untuk maklumat lanjut:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.