Sebagai majikan, sebahagian daripada tanggungjawab anda adalah untuk membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja anda, di bawah Kontrak Perkhidmatan atau Perantisan. Anda perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP.
Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 52, tiap-tiap pekerja dan majikan kepada seseorang yang merupakan seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini hendaklah bertanggungjawab membayar caruman bulanan berkenaan dengan amaun upah bagi bulan itu pada kadar yang masing-masingnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991

Bila Dan Apa Yang Dicarumkan

Majikan hendaklah membayar caruman untuk sesuatu bulan upah pada atau sebelum 15 haribulan bulan berikutnya.

Contoh:
Gaji bulan Januari 2024
Maka Bulan Caruman adalah Februari 2024 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 Februari 2024.

Anda dikehendaki membayar syer pekerja dan majikan kepada KWSP.  Anda boleh memotong syer pekerja daripada gaji pekerja.


Kadar Caruman

Status Pekerja Kadar Gaji Bulanan Pekerja Peringkat 1 (Umur bawah 60 tahun) Peringkat 2 (Umur 60 dan ke atas)

Nota:
1. Umur minimum caruman adalah adalah tertakluk kepada umur pekerjaan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 dan umur maksimum caruman adalah 75 tahun.
2. Majikan tidak dibenarkan membuat pengiraan syer majikan dan syer pekerja berdasarkan peratusan tepat KECUALI bagi jumlah upah melebihi RM20,000.00.Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.
3. Berkuat kuasa mulai gaji/upah Julai 2022 (bulan caruman Ogos 2022)

 

Contoh Pengiraan
Perkara Gaji Syer Majikan (12%) Syer Pekerja (11%) Jumlah (23%) Jenis Pengiraan

Caruman KWSP hendaklah dibayar dalam nilai ringgit penuh dan tiada nilai sen dibenarkan.

Kadar Caruman Bulanan (Jadual Ketiga)

Kadar caruman bagi majikan dan pekerja terkini yang berkuat kuasa mulai gaji/ upah Julai 2022 boleh dirujuk di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. Majikan dikehendaki membayar caruman KWSP berdasarkan jadual ini.
 
Majikan dikehendaki menggunakan Jadual ketiga seperti berikut bagi caruman yang lewat dibayar mengikut tarikh kuat kuasa pada waktu itu. Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat kadar caruman majikan dan pekerja:

Overdue Contributions Accordion

Caruman Tertunggak

back chevron

Dalam keadaan majikan gagal membayar caruman dalam tempoh ditetapkan, caruman ini adalah dianggap sebagai caruman tertunggak. Dalam keadaan tertentu, KWSP akan membuat taksiran terhadap caruman tersebut.

Pegawai Pemeriksa KWSP akan menyerahkan Borang KWSP 7 (Borang E) dan Borang KWSP 8 (Borang F). Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang KWSP 8 (Borang F).

Caj Lewat Bayar

Dividen

Kadar caj lewat yang dikenakan adalah dikira berdasarkan dividen terendah antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi setiap tahun berkenaan dengan ditambah satu (1) peratus.

Jumlah minimum caj lewat bayar dikenakan adalah RM10. Mana-mana jumlah caj lewat bayar yang mempunyai nilai sen hendaklah digenapkan kepada nilai ringgit yang lebih tinggi.

Contoh:

Caj lewat bayar yang dikenakan ialah RM13.21 dan ianya hendaklah digenapkan kepada RM14 (ringgit yang lebih tinggi)

Kadar dividen yang dikenakan adalah kadar dividen terendah antara kadar dividen Simpanan Konvensional dan kadar dividen Simpanan Shariah.

Bagi tahun 2016 dan sebelum, kadar dividen Konvensional digunakan bagi pengiraan caj lewat bayar dan dividen.

 


Overdue Contributions Accordion

Caruman Tertunggak

back chevron

Dalam keadaan majikan gagal membayar caruman dalam tempoh ditetapkan, caruman ini adalah dianggap sebagai caruman tertunggak. Dalam keadaan tertentu, KWSP akan membuat taksiran terhadap caruman tersebut.

Pegawai Pemeriksa KWSP akan menyerahkan Borang KWSP 7 (Borang E) dan Borang KWSP 8 (Borang F). Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang KWSP 8 (Borang F).

Caj Lewat Bayar

Dividen

Kadar caj lewat yang dikenakan adalah dikira berdasarkan dividen terendah antara Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi setiap tahun berkenaan dengan ditambah satu (1) peratus.

Jumlah minimum caj lewat bayar dikenakan adalah RM10. Mana-mana jumlah caj lewat bayar yang mempunyai nilai sen hendaklah digenapkan kepada nilai ringgit yang lebih tinggi.

Contoh:

Caj lewat bayar yang dikenakan ialah RM13.21 dan ianya hendaklah digenapkan kepada RM14 (ringgit yang lebih tinggi)

Kadar dividen yang dikenakan adalah kadar dividen terendah antara kadar dividen Simpanan Konvensional dan kadar dividen Simpanan Shariah.

Bagi tahun 2016 dan sebelum, kadar dividen Konvensional digunakan bagi pengiraan caj lewat bayar dan dividen.

 


Soalan Lazim

Frequently Asked Question

Majikan - Semua Tentang Tanggungjawab Anda

Apakah definisi 'Majikan'?

back chevron

Majikan adalah orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan atau perantisan.

Majikan termasuklah:

a. Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang 'pekerja'.

b. Mana-mana kumpulan orang sama ada atau tidak berkanun atau diperbadankan

c. Mana-mana Kerajaan, jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau badan-badan lain yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Akta KWSP 1991.


Apakah definisi 'Pekerja'?

back chevron

Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat.


Adakah ditetapkan umur minimum yang diwajibkan mencarum?

back chevron

Tiada had umur minimum yang ditetapkan. Setiap pekerja adalah bertanggung (liable) untuk mencarum. Walau bagaimanapun di bawah Act 350, Child And Young Persons (Employment) Act 1966 (Revised 1998) Employment - had umur minimum bekerja adalah 14 tahun.


Apakah maksud caj lewat bayar dan dividen atas kelewatan bayaran caruman?

back chevron

Caj Lewat Bayar merupakan denda yang dikenakan kepada majikan mengikut peruntukan Seksyen 49(1) Akta KWSP 1991 kerana gagal membayar caruman dalam tempoh yang ditetapkan oleh KWSP.

Selain daripada Caj Lewat Bayar, majikan juga dikehendaki membayar dividen yang sepatutnya terakru ke atas caruman yang lewat diterima bagi tiap-tiap satu bulan mengikut kadar dividen semasa yang ditetapkan oleh Lembaga KWSP bagi tahun berkenaan.


Apakah maksud 'Caruman'?

back chevron

Caruman adalah potongan wajib dari gaji pekerja yang merupakan syer pekerja beserta dengan tambahan syer majikan yang perlu dicarumkan dalam tempoh yang ditetapkan. Caruman bagi sesuatu bulan merupakan potongan gaji bulan sebelumnya. Majikan hendaklah membayar caruman berdasarkan kadar yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991. (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)

Contoh: Syer pekerja bagi potongan gaji bulan Januari 2014 bersama-sama dengan syer majikan hendaklah dibayar sebagai caruman Februari pada atau sebelum 15 Februari 2014.


Apakah maksud 'Orang gaji domestik'?

back chevron

Orang gaji domestik adalah sepertimana yang ditakrifkan oleh Seksyen 3, Akta Pampasan Pekerja 1952. Antara lainnya:

Pembantu rumah, Tukang masak, Tukang kebun, Tukang cuci, Pengasuh (babysitter), pemandu dan seumpamanya.


Apakah maksud 'Bulan Caruman'?

back chevron

Bulan caruman bermaksud bulan di mana caruman wajib dibayar berdasarkan bulan gaji sebelumnya. Sebagai contoh untuk gaji bulan Januari 2014, bulan caruman adalah Februari 2014 dan hendaklah dibayar sebelum atau pada 15 Februari 2014.


Apakah 'Komponen Upah'?

back chevron

Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP:

  • Gaji
  • Bonus
  • Elaun
  • Komisen
  • Insentif
  • Tunggakan upah
  • Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
  • Upah yang dibayar semasa cuti bersalin
  • Upah yang dibayar semasa cuti belajar

Apakah maksud 'Upah'?

back chevron

Upah ialah semua saraan dalam bentuk wang yang dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan sama ada ia dipersetujui untuk dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya.


Apakah yang dimaksudkan Kontrak Perkhidmatan dan Kontrak untuk Perkhidmatan?

back chevron

Kontrak Perkhidmatan ialah suatu perjanjian, yang dipersetujui bersama antara majikan dengan pekerja untuk menyempurnakan sesuatu perkhidmatan. Perjanjian boleh dibuat secara bertulis, lisan, nyata atau tersirat.

Kontrak untuk Perkhidmatan ialah suatu perjanjian untuk memberi perkhidmatan kepada seseorang atau kumpulan orang. Orang yang memberi perkhidmatan adalah bebas dari kawalan dan pengawasan orang atau kumpulan orang yang mendapat perkhidmatan.


Apakah maksud 'Bukan Upah'?

back chevron

Bayaran yang Dikecualikan Caruman KWSP:

  • Caj perkhidmatan
  • Bayaran kerja lebih masa
  • Ganjaran
  • Faedah persaraan
  • Faedah pengurangan pekerja
  • Pemberhentian sementara atau penamatan
  • Bayaran sebagai ganti notis penamatan perkhidmatan
  • Elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan. 

Senarai diatas adalah tidak terhad.


Siapakah Pemeriksa KWSP?

back chevron

Pemeriksa KWSP adalah pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 34, Akta KWSP 1991  yang diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas majikan.


Bolehkah caruman bulanan dibayar dua bulan sekali atau digabungkan sebagai satu bulan?

back chevron

Tidak boleh. Berdasarkan Seksyen 43(1), Akta KWSP 1991, majikan wajib membayar caruman secara bulanan.


Bagaimanakah caranya jika majikan ingin mencarum melebihi kadar syer majikan?

back chevron

Tiada borang diperlukan bagi permohonan VE (Syer Majikan). Majikan perlu mengunci masuk permohonan VE (Syer Pekerja) dan VE (Syer Majikan) melalui i-Akaun (Majikan).


Jika pekerja memilih untuk mencarum melebihi kadar bagi syer pekerja, bolehkah majikan memotong gaji pekerja untuk tujuan tersebut?

back chevron

Ya, jika pekerja tersebut telah membuat pilihan Caruman Sukarela (VE) dengan mengisi Borang KWSP 17A (AHL)/ 18A (AHL)- Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun (Syer Pekerja).


Bagaimanakah pengiraan syer majikan dan pekerja bagi amaun upah melebihi RM20,000.00?

back chevron

Bagi bulan-bulan apabila upahnya melebihi RM20,000.00, kadar caruman oleh pekerja hendaklah dikira pada 11% daripada amaun upah bagi bulan itu, dan kadar caruman oleh majikan ialah 12% daripada amaun upah bagi bulan itu (Berkuat kuasa pada gaji/upah Januari 2021 hingga Disember 2021 (bulan caruman Februari 2021 hingga Januari 2022). Jumlah caruman yang termasuk wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit berikutnya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.


Adakah tunggakan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dikenakan caruman KWSP?

back chevron

Ya dan dibayar sebagai caruman bulan sebenar.

Rasional:
KGT adalah bayaran yang perlu dibayar bagi bulan sebenar berlakunya kenaikan gaji. Oleh itu, caruman bagi KGT hendaklah dibayar sebagai caruman bulan sebenar.


Adakah gaji yang dibayar mengikut jam dikenakan caruman KWSP?

back chevron

Ya, sekiranya bekerja dalam mana-mana hari dalam sesuatu bulan dan menerima upah melebihi RM10.00 (sama ada berbentuk gaji hari, jam atau piece rated) adalah dikenakan caruman KWSP.


Adakah bayaran kerja lebih masa dikenakan caruman KWSP?

back chevron

Bayaran kerja lebih masa tidak dikenakan caruman KWSP (Rujuk kategori Definisi - Bukan Upah : Bayaran Yang Dikecualikan Caruman KWSP)


Adakah pelarasan gaji dikenakan caruman KWSP?

back chevron

Ya dan dibayar sebagai caruman semasa.

Rasional:
Pelarasan gaji adalah bayaran yang dibuat bukan secara berjadual dan tidak tertakluk kepada mana-mana bulan. Oleh itu, caruman bagi pelarasan gaji hendaklah dibayar sebagai caruman bulan semasa.


Adakah upah yang dibayar jika bekerja pada hari cuti (cuti umum, cuti rehat) dikenakan bayaran caruman KWSP?

back chevron

Ya, kecuali kehadiran bekerja adalah dianggap sebagai kerja lebih masa.


Apakah maksud 'Pekerja Yang Diwajibkan Mencarum'?

back chevron
  1. Pekerja Tetap
  2. Pekerja Kontrak
  3. Pekerja Sambilan
  4. Pekerja Sementara
  5. Pekerja dalam tempoh Percubaan
  6. Pengarah Syarikat yang menerima gaji atau upah
  7. Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Hilang Upaya dan bekerja semula dalam mana-mana pekerjaan
  8. Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Umur 55 tahun dan belum mencapai 75 tahun dan bekerja dalam mana-mana pekerjaan
  9. Telah diberi taraf berpencen dan bekerja dengan majikan selain Kerajaan Persekutuan, Negeri atau pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan
  10. Telah mengeluarkan simpanan di bawah Pengeluaran Pekerja berpencen dan bekerja semula selepas umur persaraan.

Adakah elaun trip pemandu layak dicarumkan?

back chevron

Elaun trip adalah termasuk dalam elemen upah. Oleh itu, ia perlu dicarumkan.


Adakah pekerja sambilan atau bekerja lebih dari satu majikan dikenakan caruman KWSP?

back chevron

Ya, dikenakan caruman KWSP.


Bilakah seorang pekerja itu layak dibayar caruman KWSP?

back chevron

Apabila menerima upah lebih dari RM10.00 dalam suatu bulan atau sebahagian daripadanya.

Contohnya, bekerja satu hari pada bulan Mac 2013 dan menerima upah RM10.01.


Adakah pekerja warganegara asing diwajibkan mencarum?

back chevron

Pekerja warganegara asing tidak wajib mencarum tetapi boleh membuat pilihan untuk mencarum. Jika telah memilih untuk mencarum, pekerja dan majikan wajib untuk mencarum dan tidak boleh membatalkan pemilihan yang telah dibuat.


Berapakah jumlah bilangan pekerja minimum yang wajib dicarum?

back chevron

Seorang.


Adakah syarikat asing yang mengambil warganegara Malaysia bekerja wajib mencarum?

back chevron

Ya, sekiranya syarikat asing berdaftar dan beroperasi di Malaysia.


Adakah pengarah syarikat perlu mendaftar sebagai ahli serta mencarum kepada KWSP?

back chevron

Wajib mendaftar sebagai ahli dan mencarum sekiranya Pengarah dibayar gaji.


Adakah tanggungan mencarum bagi pekerja yang meninggal dunia?

back chevron

Tidak layak mencarum bagi bulan berlakunya kematian (Seksyen 43(7), Akta KWSP 1991).


Dalam keadaan manakah majikan akan dikenakan Caj Lewat Bayar dan dividen?

back chevron

Caruman yang lewat dibayar akan dikenakan Caj Lewat Bayar dan dividen di mana Caj Lewat Bayar akan dikenakan apabila bayaran untuk sesuatu bulan caruman dibuat selepas 15hb bulan berkenaan. Dividen akan dikenakan apabila bayaran untuk sesuatu bulan caruman dibuat pada atau selepas 1 hb bulan berikutnya. Caruman yang lewat dibayar adalah:

a. Caruman tertunggak
b. Caruman terkurang bayar

Contoh:

Senario 1:
Majikan membuat bayaran caruman tertunggak bagi Feb 2014 pada 20 Feb 2014. Majikan akan dikenakan Caj Lewat Bayar sahaja.

Senario 2:
Majikan membuat bayaran caruman tertunggak bagi Feb 2014 pada 2 Mac 2014. Majikan akan dikenakan Caj Lewat Bayar dan dividen.


Sekiranya 15hb merupakan cuti umum, adakah majikan masih dikenakan Caj Lewat Bayar jika bayaran dibuat pada hari bekerja berikutnya?

back chevron

Tidak.


Bolehkah majikan memotong syer majikan daripada gaji pekerja?

back chevron

Tidak boleh. 

Seksyen 47(1), Akta KWSP 1991 Mana-mana majikan memotong atau cuba memotong daripada upah atau saraan mana-mana pekerja keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada caruman majikan, boleh dikenakan penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.


Bolehkah majikan memotong syer pekerja dari upah pekerja?

back chevron

Ya, majikan boleh memotong syer pekerja untuk upah yang dibayar bagi bulan itu sahaja.
Seksyen 48(3), Akta KWSP 1991 Mana-mana majikan yang memotong caruman pekerja daripada upah pekerja dan gagal membayar jumlah wang yang dipotong itu atau mana-mana bahagiannya kepada KWSP, boleh dikenakan tindakan penjara tidak melebihi 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.


Apakah tanggungjawab Majikan?

back chevron

1. Mendaftar sebagai Majikan KWSP dalam tempoh 7 hari dari tarikh menggaji pekerja

2. Mendaftar Pekerja sebagai Ahli KWSP

3. Menyimpan buku/Daftar Upah/Gaji

4. Menyediakan Penyata Upah/Gaji

5. Membayar Caruman KWSP

6. Memaklumkan KWSP perkara berikut: 

  • Maklumat dalam Penyata Caruman KWSP berbeza dengan rekod majikan
  • Pertukaran Alamat dan Nama/Status Majikan
  • Penamatan Tanggungjawab Mencarum
  • Tidak mempunyai tanggungan (tiada pekerja)

Apakah tanggungjawab Pengarah?

back chevron

Tanggungjawab Pengarah adalah sama sepertimana tanggungjawab majikan.


Apakah kuasa-kuasa Pemeriksa?

back chevron

Kuasa-kuasa pemeriksa adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 35, Akta KWSP 1991. Antara lain seperti berikut:

  • Memasuki mana-mana premis perniagaan yang mempunyai pekerja.
  • Membuat pemeriksaan dan siasatan bagi memastikan peruntukan-peruntukan Akta dipatuhi.
  • Membuat soal siasat sama ada secara bersendirian atau dengan kehadiran orang lain untuk mendapatkan maklumat.

Bolehkah Pegawai Pemeriksa KWSP menerima wang tunai?

back chevron

Pegawai Pemeriksa KWSP tidak boleh menerima bayaran tunai dari majikan atau wakil majikan.