Tentera Darat Malaysia - SISPAA ATM
WAWASAN KAMI ADALAH
Satu Angkatan Tentera Darat yang moden, kredibel, seimbang, mampu dan bersedia melaksanakan misinya sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
MISI KAMI ADALAH
Mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kepentingannya daripada ancaman luar serta membantu pihak berkuasa awam untuk mencapai keamanan dan kemakmuran negara
MATLAMAT KAMI ADALAH
Menentukan tahap kesiagaan yang tinggi (high state of readiness) dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi dalam pelbagai dimensi (multi mission capable) bagi mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan negara
KAMI TETAP GAGAH TETAP SETIA
Kami yakin dan percaya yang Tentera Darat Malaysia adalah sebuah ketampukan yang Gagah dan Setia walau dalam apa jua keadaan. Taat setia kami tidak akan berbelah bagi terhadap Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan Negara
TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Sertai Kami Tentera Darat Malaysia

Sistem pengurusan Aduan Bersepadu (SISPAA) ATM adalah merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperbaiki perkhidmatan dan penyampaian dari masa ke semasa yang telah dimudah cara oleh teknologi terkini. SISPAA ATM dapat mempercepatkan dan memudahkan proses penyampaian Maklum Balas kepada Agensi Kerajaan kerana ianya boleh dicapai oleh Pengguna pada bila-bila masa sekiranya terdapat capaian internet. untuk mendapatkan manual pengguna tersebut, sila muat turun pautan di bawah

Sila layari sistem di pautan ini SISPAA


SISPAA Angkatan Tentera Malaysia

Sila ambil maklum bahawa anda adalah tertakluk kepada undang-undang di bawah apabila menggunakan halaman ini.

Pengadu Tentera
Seksyen 78, Akta Angkatan Tentera 1972 - Tuduhan Palsu dan Sebagainya.
Seksyen 79, Akta Angkatan Tentera 1972 - Pendedahan Maklumat Tanpa Kebenaran.

Pengadu Awam
Akta Rahsia Rasmi 1972.
Akta Pencegahan Jenayah 1959.