e-Penyata Gaji Online 2020 | Log In untuk Download Penyata Gaji Online

e-Penyata Gaji Online 2020 | Log In untuk Download Penyata Gaji Online

1,580

e-Penyata Gaji JANM merupakan satu sistem online yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (ANM) dengan tujuan memberi akses kepada kakitangan kerajaan berperingkat Persekutuan untuk  menyemak, mengakses dan mencetak slip penyata gaji dengan mudah dan pantas.

Mudahnya e-Penyata Gaji JANM merupakan kemudahan untuk pengguna membuat Semakan Slip Penyata Gaji Online.

Portal ini memberi kemudahan untuk urusan harian yang melibatkan penggunaan slip gaji seperti pinjaman kewangan, mengisi maklumat persekolahan anak-anak dan permohonan bantuan kewangan dan seumpamanya.

Untuk ketahui cara membuat semakan e-Penyata gaji secara online, ikuti perkongsian di bawah.

CARA SEMAK E-PENYATA GAJI JANM SECARA ONLINE

1. Layari Laman Web e-Penyata Gaji JANM

Layari laman web rasmi e-Penyata Gaji

e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online

2. Daftar Pengguna Baru

Bagi mendaftar masuk kali pertama ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik pada “Pertama Kali Mendaftar”

e-Penyata Gaji JANM: Semakan Slip Penyata Gaji Online

3. Isikan Maklumat e-Penyata Gaji JANM

Isikan maklumat yang diminta di ruangan yang disediakan dan klik butang OK. Pastikan semua maklumat yang diisi disahkan sahih oleh sistem.

Semak Gaji Online

4. Daftar Masuk Sistem e-Penyata Gaji

Login akaun ke e-Penyata Gaji dengan klik pada butang “Daftar Masuk”.

Semakan Slip Penyata Gaji Online

Masukkan No Kad pengenalan atau No. Passport serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam sistem sebelum ini dan klik butang “Daftar Masuk”

5. Kemaskini Maklumat

Sebelum memuat turun penyata gaji, anda dikehendaki untuk mengemaskini profil anda dengan memasukkan nombor telefon dan alamat e-mel.

Langkah ini adalah penting bagi tujuan penghantaran kata laluan sementara apabila pengguna terlupa kata laluan.

6. Muat Turun Penyata Gaji

Setelah berjaya daftar masuk dan mengemaskini maklumat yang dikehendaki, barulah anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan

Penyata Gaji JANM

i) Semak Penyata Gaji Bulanan

  • Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.

ii) Semak Penyata Gaji Tahunan

  • Klik ”Penyata Pendapatan Tahunan” yang terdapat di bawah submenu ”Sendiri”.
  • Jadual Penyata Pendapatan Tahunan akan dipaparkan sekiranya penyata pendapatan gaji tahunan telah dimuat naik dalam sistem.
  • Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata pendapatan.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
  • Cetak jika perlu.

MAKLUMAT YANG TERTERA DALAM PENYATA GAJI

Penyata gaji yang didapatkan dari e-Penyata akan dipaparkan maklumat seperti berikut:

  • Jumlah Pendapatan – bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa cukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.
  • Jumlah Potongan – amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Ansurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari bulan ke habis bulan

e-Penyata Gaji

Majikan ada hak memberikan butiran potongan tersebut dan memberi keterangan yang berasingan untuk butiran bulanan atau untuk sekurang-kurangnya sekali setahun.

Jumlah pendapatan bersih adalah jumlah pendapat selepas ditolak dari jumlah potongan yang sedia ada (contohnya angka terpisah dari pembayaran tunai jika ada dan bakinya dikreditkan ke akaun bank) dan informasi boleh diperolehi dari e-Penyata Gaji.

APLIKASI ePAYSLIP JANM

Kini pengguna mempunyai kemudahan yang lebih efisyen iaitu kemudahan menyemak e-Penyata gaji, Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui telefon pintar sahaja. Pengguna boleh memuat turun aplikasi “ePayslip JANM” di AppStore atau Play Store.

Fungsi ePayslipp JANM

Aplikasi ini menyediakan 4 fungsi ringkas kepada penjawat awam iaitu:

  • Untuk memuat turun penyata gaji bulanan serta penyata pendapatan tahunan,
  • Untuk mengemaskini profil pengguna (emel dan no telefon sahaja),
  • Untuk menyalurkan maklum balas kepada pihak JANM berkaitan sistem atau maklumat dan
  • Untuk menjana penyata gaji bagi tujuan pinjaman kewangan.

PENTING!

Peringatan penting buat pengguna ePeyata Gaji & Laporan:

  • Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulanPenyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja.
  • Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.
  • Adalah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.

MAKLUMAT LANJUT E-PENYATA GAJI JANM

Bagi masalah atau aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan, pengguna boleh emelkan terus ke [email protected] dengan menyertakan Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. gaji, No. Kod Pejabat Perakaunan, No. Kod Jabatan dan No. Kod Pusat Pembayar.

Kami ingin mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa menggunakan url Sistem ePenyata Gaji dan Laporan yang sah sahaja untuk mendapat penyata gaji bulanan atau penyata pendapatan tahunan tuan/puan. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran maklumat tuan/puan ketika melayari laman web atau sistem yang bukan milik Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

FAQ E-PENYATA GAJI ANM

💬Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa Kata Laluan atau menghadapi masalah No. Akaun tidak wujud?

Pihak tuan/puan dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji

💬Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan dalam tempoh berikut: a. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan b. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan. Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.

💬Bagaimana cara untuk mendaftar kali pertama sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” di Sistem ePenyata Gaji & Laporan. Sebelum mendaftar, pastikan pihak tuan/puan mempunyai maklumat seperti berikut: a. No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan) b. No. Gaji c. Alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).

💬Siapa pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

💬Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?

Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran anda supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan anda yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian anda kepada ePenyata Gaji masing-masing. Bagi tujuan ini; i. Pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri. ii. Pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ, anggota PERLU mengemukakan salinan kad pengenalan masing-masing. Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.

💬Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan ke atas maklumat yang salah dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan?

a. Maklumat dalam Penyata Gaji yang dimuat naik ke dalam Sistem ePenyata Gaji & Laporan adalah berdasarkan maklumat yang dikemaskini di dalam sistem gaji di pejabat perakaunan tuan/puan. b. Anda dikehendaki menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat anda bertugas untuk sebarang pembetulan atau pindaan maklumat dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan. c. Unit ePayslip TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AUTHORITY / KUASA dalam apa jua pindaan atau penambahan maklumat di dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.

💬Semasa mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan, anda mendapati masalah Penyata Gaji anda tidak wujud. Kenapa masalah ini berlaku?

Penyata gaji bulanan diproses setelah Unit ePayslip mendapat maklumat gaji dari Pejabat Perakaunan. Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai. Ianya boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan berkenaan. Sila layari http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.

💬Bagaimana untuk memperolehi Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang lama iaitu sebelum tahun 2010?

Sistem ePenyata Gaji dan Laporan digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010. Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu. Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM Oktober 2010 adalah secara manual (hardcopy). Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap individu/penjawat awam. Tiada salinan simpanan yang disimpan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanggungjawab menyimpan dan melupus penyata tersebut adalah di bawah tanggungjawab individu sendiri.

💬Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat NO. GAJI bagi tujuan pendaftaran?

Pihak tuan/puan dipohon menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak tuan/puan bertugas.

💬Bagaimana untuk mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui aplikasi smartphone?

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda. Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.

💬Apakah maklumat yang perlu disertakan semasa mengemukakan masalah/aduan?

Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan semakan: a. NO.Kad Pengenalan; b. NO. GAJI; c. NO. KOD PEJABAT PERAKAUNAN; dan d. NO.KOD PUSAT PEMBAYAR. Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.

💬Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sekiranya terdapat masalah/aduan?

Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip dialamat emel [email protected]

💬Bolehkah suami/isteri/rakan/saudara mendaftar/mendaftar semula sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan bagi mewakili saya?

Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan tidak akan memberi maklum balas kepada pengadu yang bukan pengguna berkenaan. Oleh demikian, bagi pengguna yang ingin mendaftar pertama kali/daftar semula atau menghadapi masalah terhadap ePenyata, dipohon pengguna membuat aduan sendiri kepada ePenyata melalui portal utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan Aduan Dan Maklumbalas atau emel kepada alamat [email protected] menggunakan emel rasmi/peribadi masing-masing.

💬Apakah yang perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah selepas login?

Anda yang menggunakan Internet Explorer versi 6 sehingga versi 9 yang menghadapi masalah paparan ePenyata Gaji atau eLaporan masing-masing, sila kemaskini (updates) perisian Microsoft Security mengikut versi browser Internet Explorer yang digunakan, sebagaimana yang disarankan oleh Microsoft Security Network (MSN). Anda juga digalakkan agar sentiasa membuat Clear Browsing Data / History browser yang digunakan pada komputer masing-masing agar tidak mengganggu capaian pengguna ke Internet. Sebarang masalah berkaitan updates perisian Microsoft Security dan Clear Browsing Data / History, anda perlu merujuk kepada Juruteknik atau Pegawai IT di tempat anda bertugas.

💬Saya ingin mendapatkan penyata gaji saya yang lama namun tidak terdapat didalam sistem. Apakah yang membolehkan saya mendapatkannya semula?

Sistem hanya menyimpan maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 18 bulan terakhir manakala maklumat Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terakhir. Sistem akan mengeluarkan maklumat yang melebihi dari tempoh tersebut secara otomatik. Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan ke dalam hardisk atau pendrive tuan/puan sebelum ia dikeluarkan dari sistem. Sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata tahunan pendapatan yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat yang membayar gaji dimana tuan/puan berkhidmat ketika itu.

💬Saya telah membuat reset katalaluan, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?

Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh perkara-perkara berikut iaitu a. Maklumat nombor telefon atau emel tidak dimasukkan kedalam sistem semasa tuan/puan membuat pendaftaran kali pertama; atau b. Maklumat nombor telefon atau emel yang didaftarkan didalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan tuan/puan menyebabkan maklum balas tidak sampai kepada tuan/puan. Tuan/puan perlu melaporkan perkara ini kepada [email protected] bagi membolehkan tuan/puan mendaftar semula dalam sistem.

💬Apakah bank-bank yang terlibat dengan moratorium bermula 1 April – 30 September 2020?

Bagi penjawat awam, pelaksanaan moratorium bermula gaji bulan April 2020 melibatkan bank-bank seperti berikut:- 1) Bank di bawah agensi potongan gaji ANGKASA iaitu MBSB, BSN, Agro Bank, Koperasi CBP* dan Bank Rakyat 2) PTPTN 3) MBSB 4) BSN 5) Bank di bawah agensi potongan gaji Coshare iaitu Ar-Rajhi Bank dan Kuwait Finance Bank 6) Bank di bawah agensi potongan gaji iDestinasi iaitu RHB Islamic *CBP : Koperasi CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD

 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image