E-penyata gaji & laporan ANM- Soalan2 Lazim FAQ

E-penyata gaji & laporan ANM- Soalan2 Lazim FAQ

Soalan-soalan Lazim

Pendaftaran Epenyata Gaji

Soalan: Bagaimanakah cara untuk mendapatkan maklumat NO. GAJI bagi tujuan pendaftaran?

Jawapan: Pihak tuan/puan dipohon menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat pihak tuan/puan bertugas.

Cara Akses Sistem ePenyata Gaji

Soalan: Bagaimana untuk mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan melalui aplikasi smartphone?

Jawapan: Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda. Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.

Emel Reset Kata Laluan

Soalan: Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?

Jawapan:Ini bermakna anda telah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem telah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem.

Sekiranya anda telah mendaftarkan emel dan no telefon anda yang sah didalam sistem dan sebenarnya anda tidak pernah pun mengetik Lupa Kata Laluan, sila abaikan sms/emel yang anda terima. Anda masih boleh memasuki sistem menggunakan kata laluan sedia ada.

Maklumat apa bila mengemukakan masalah?

Soalan: Apakah maklumat yang perlu disertakan semasa mengemukakan masalah/aduan?

Jawapan: Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan semakan

  • NO.Kad Pengenalan

  • NO. GAJI;

  • NO. KOD PEJABAT PERAKAUNAN;dan

  • NO.KOD PUSAT PEMBAYAR.

Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.

Cara Hubungi Pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan

Soalan:Bagaimanakan cara untuk menghubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sekiranya terdapat masalah/aduan?

Jawapan:Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip dialamat emel epayslip@anm.gov.my

Pendaftaran dilakukan oleh orang lain

Soalan: Bolehkah suami/ isteri/ rakan/ saudara mendaftar/ mendaftar semula sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan bagi mewakili saya?

Jawapan: Berdasarkan polisi keselamatan pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan tidak akan memberi maklum balas kepada pengadu yang bukan pengguna berkenaan.

Oleh demikian, bagi pengguna yang ingin mendaftar pertama kali/daftar semula atau menghadapi masalah terhadap ePenyata, dipohon pengguna membuat aduan sendiri kepada ePenyata melalui portal utama Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan Aduan Dan Maklumbalas atau emel kepada alamat epayslip@anm.gov.my menggunakan emel rasmi/ peribadi masing-masing.

Jika Terlupa Kata Laluan dan Akaun Tidak Wujud

Soalan: Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa Kata Laluan atau menghadapi masalah No. Akaun tidak wujud?

Jawapan: Sila ikuti langkah-langkah berikut

Pihak tuan/puan dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Gaji;

Sila pilih Soalan Keselamatan dan masukkan jawapannya untuk mendapatkan Kata Laluan Asal. Jika anda lupa, sila klik Reset Kata Laluan. Kata Laluan Sementara akan dihantar melalui sms/emel yang telah didaftarkan. Pastikan anda mendaftar masuk dengan Kata Laluan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari, dan seterusnya menukar Kata Laluan Sementara dengan Kata Laluan Baharu.

Berapa Lama Sistem Penyata Menyimpan Maklumat

Soalan:Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Jawapan:Anda boleh memuat turun dokumen Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan dalam tempoh 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan SEBELUM dilupuskan daripada sistem ePenyata Gaji & Laporan. Permohonan untuk mendapatkan semula ePenyata SELEPAS tempoh tersebut adalah TIDAK DILAYAN.

Cara Mendaftar Sistem EPenyata Gaji & Laporan ANM

Soalan: Bagaimana cara untuk mendaftar kali pertama sebagai pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Jawapan: Sila klik “Pertama Kali Mendaftar” di Sistem ePenyata Gaji & Laporan.

Sebelum mendaftar, pastikan pihak tuan/puan mempunyai maklumat seperti No. Kad Pengenalan (seperti tertera dalam kad pengenalan), no. Gaji, alamat emel yang sah dan betul (Mohon menggunakan emel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit  ePayslip supaya maklumbalas daripada pihak ePayslip tidak disalahguna oleh pihak ketiga).

Bagi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pertama kali mendaftar, sila gunakan No. Gaji baharu. Contoh seperti berikut:

Contoh No.Gaji BAHARU yang dimaksudkan:

No.Gaji PDRM: 00123456 (8 digit)

No.Gaji BARU: 80123456 (8 digit– Batalkan digit ‘0’ yang pertama daripada No.Gaji PDRM dan diGANTIkan dengan digit ‘8)

Siapa Pengguna Sistem EPenyata

Soalan: Siapa pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

Jawapan: Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

Tatacara penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan boleh diakses di lama web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut: http://www.anm.gov.my

Melakukan Pindaan Maklumat

Soalan: Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?

Jawapan: Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran anda supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan anda yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian anda kepada ePenyata Gaji masing-masing.

Bagi tujuan ini, pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri. Dan pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ,  anggota PERLU mengemukakan salinan kad  pengenalan masing-masing.

Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.

E-Penyata Gaji merupakan sistem akses kepada penyata gaji online untuk Kakitangan Kerajaan berperingkat Persekutuan (federal government) seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya.