eOperasi

Kembali

Sekiranya sudah didaftar, klik daftar masuk

PENGUMUMAN


PENGESAHAN DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT e-OPERASI

Semua Pengguna e-OPERASI di Sekolah (Guru dan AKP) di sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu membuat semakan dan pengemaskinian bermula 5 Januari 2023 sehingga 31 Januari 2023 dengan menggunakan ID Pengguna masing-masing seperti yang telah dinyatakan pada Surat Siaran PENETAPAN PROSEDUR PENGEMASKINIAN DAN VERIFIKASI DATA GURU DALAM MODUL PENGURUSAN GURU (e-OPERASI) BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024 bertarikh 12 Januari 2023.

Pengguna perlu membuat semakan bagi semua maklumat dan mengesahkan bahawa semua maklumat adalah sahih, tepat dan terkini. Selepas membuat semakan, pengguna perlu menandakan (√) di bahagian pengesahan maklumat. Sebarang pengemaskinian maklumat perlu merujuk kepada Penolong Kanan beserta dokumen sokongan yang berkaitan

Penolong Kanan dan Pengetua / Guru Besar / Ketua Jabatan perlu memastikan semua guru dan AKP telah membuat semakan maklumat dan mengesahkan mengikut capaian Pentadbir.

Admin di Bahagian, JPN dan PPD perlu memastikan sekolah-sekolah di bawah kawalan melaksanakan pengesahan maklumat dan seterusnya menjalankan proses verifikasi bagi data berakhir 31 Januari 2023.

Sekian dimaklumkan, terima kasih

PEMAKLUMAN SEGERA

PENYEDIAAN ANGGARAN BELANJA MENGURUS (PERJAWATAN) TAHUN 2023 BAGI SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) sedang dalam proses menyediakan Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) ABM (P) Tahun 2023 bagi  sekolah/institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bagi memastikan kelancaran urusan tersebut, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dikehendaki untuk mengemukakan permohonan perjawatan melalui Modul Pengurusan Guru (MPG), Sistem e-Operasi yang akan dibuka mulai 9 Mei 2022 sehingga 27 Mei 2023.

Untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, JPN akan mengambil alih fungsi bidaan mulai tahun 2023 dan tahun-tahun seterusnya, sebagaimana yang telah diluluskan dalam Cadangan Penstrukturan Semula KPM Tahun 2019. Bagi tujuan ini, BPSM akan mengemukakan templat permohonan jawatan kepada JPN melalui Sektor Sumber Manusia dan Sektor Pendidikan Islam.

Garis Panduan Bagi Penyediaan Cadangan Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) Tahunan Bagi Sekolah-Sekolah Di Bawah Kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dimuat turun melalui laman web e-OPERASI melalui paparan "PAUTAN SEGERA - SURAT SIARAN".

Sekian dimaklumkan, terima kasih

Assalammu'alaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

PEMAKLUMAN PENGHANTARAN LAPORAN MINGGUAN GURU DAN AKP YANG BELUM MENERIMA VAKSIN

Selaras dengan Surat Siaran Pengurusan Kawalan Penularan COVID-19 Bagi KPM yang telah dikeluarkan pada 25 November 2021, dimaklumkan bagi perkara 5.1.4, pihak sekolah hanya perlu menghantar kepada PPD/JPN sahaja. Sekolah tidak perlu menghantar maklumat tersebut kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. 

Dilampirkan satu salinan Surat Siaran dan Garis Panduan tersebut untuk rujukan dan perhatian Datin/tuan/puan jua di bahagian Surat Siaran

Terima kasih

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT SUBJEK BAGI PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN PENDIDIKAN MUZIK BAGI TAHUN 1, 2, 3 DAN 4 SEMUA SEKOLAH RENDAH.

Semua Pentadbir Sekolah Rendah diminta untuk mengemaskini maklumat subjek bagi Tahun 1, 2, 3 dan 4 bagi memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5 Tahun 2019 Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) Pendidikan Seni Visual dan KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Muzik Bagi Menggantikan Pendidikan Kesenian Mulai Tahun 2020

 

 

 

MAKLUMAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN  MALAYSIA MEMBERI KEBENARAN AKSES DI PERINGKAT SEKOLAH HANYA KEPADA PENGETUA/GURU BESAR, PENOLONG KANAN DAN PEMBANTU TADBIR UNTUK MENYEMAK, MENGEMASKINI DAN MENGESAH MAKLUMAT GURU. MANAKALA GURU-GURU DIKEHENDAKI MENYEMAK DAN MENGESAHKAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ID PENGGUNA DAN KATA LALUAN MASING-MASING.

ID PENGGUNA DAN KATALALUAN TIDAK BOLEH DIKONGSI ATAU DITURUN KUASA.

RUJUKAN :

  1. SURAT MAKLUMAN KPMSP.100-11.2.2 (24) BERTARIKH 20 JANUARI 2016, (LAMPIRAN D)

  2. PEKELILING ICT BIL 1. TAHUN 2012 DASAR KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKICT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA , KP.BPM(S).100-11/1/4 JLD 2 (61) BERTARIKH 19 MAC 2012.

 



Surat Siaran Manual Pengguna Info