BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM (HRMIS) ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) SIRI 3/2022 ZON SABAH DAN SARAWAK

Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 1 Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 2 Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 4
Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 5 Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 6 Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 7

 

Seksyen Rekod & Pangkalan Data, Bahagian Sumber Manusia, Markas Tentera Udara telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penggunaan Human Resource Management Information System (HRMIS) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Siri 3/2022 Zon Sabah dan Sarawak.

Bengkel ini yang dikoordinasikan oleh Seksyen Rekod & Pangkalan Data telah diadakan di Makmal Komputer MTU-Komlek, Pangkalan Udara Subang pada 5 dan 6 Jul 2022. Ianya dikhaskan kepada pegawai dan anggota LLP yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan HRMIS ATM bagi Pengurusan Sumber Manusia seluruh warga TUDM di Markas/Pangkalan Unit TUDM.

Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 8 Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 9 Pic HRMIS Zon Sabah Sarawak 10

 

Objektif bengkel ini adalah bagi memantapkan lagi pengendalian HRMIS ATM di setiap pasukan melalui latihan yang diberikan serta mengenal pasti permasalahan dan cabaran penggunaan HRMIS ATM sedia ada dari segi aspek modul, aplikasi, teknikal dan capaian.

Senarai pasukan terlibat pada bengkel kali ini adalah MAWILUD 2, PU Kuching, PU Labuan, PUKALUB Kota Kinabalu, Skn 330 TUDM dan PUSPEKA. Seramai 16 peserta terdiri daripada (4 pegawai dan 12 LLP) telah mengikuti dan berjaya menamatkan bengkel ini dengan jayanya.

Skop pengajaran pada hari pertama adalah berkaitan dengan Tahap Pemahaman HRMIS ATM, pengenalan dan praktikal modul-modul di dalam HRMIS ATM iaitu Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Prestasi, Perolehan Sumber Manusia, Pembangunan dan Penilaian Kompetensi. Seterusnya, skop pada hari kedua meliputi Modul Perkhidmatan Maklumat, pengenalan Modul dan Sub Modul Pengurusan Elaun Tuntutan dan Faedah iaitu Pengurusan Cuti dan Pengurusan Perubatan. Kursus ini berakhir dengan sesi soal jawab di antara Tim HRMIS TUDM dan peserta bengkel di dalam menyelesaikan segala kemusykilan berkaitan sistem HRMIS ATM.