Cara membuat bayaran gaji dan caruman berkanun melalui CIMB bank | PayrollPanda

Dengan PayrollPanda, anda boleh menjana fail bank untuk dimuat naik ke portal CIMB untuk penyerahan dan pembayaran gaji dan caruman berkanun.

Tetapan dalam PayrollPanda

Masukkan butiran bank syarikat anda dengan pergi ke Settings > Company Settings > Bank Details dan klik ikon pensel. Pilih CIMB Bank Berhad dan masukkan butiran akaun syarikat anda. Anda perlu hubungi pihak CIMB untuk mendapatkan 5-digit organization code.

Sebelum anda menjalankan payroll, sila pastikan anda masukkan butiran akaun bank pekerja dalam profil mereka di bahagian Payment Information untuk menjana fail bank bagi pembayaran gaji. Pilih Bank Transfer sebagai Payment method dan masukkan butiran akaun bank pekerja.

Anda akan dapat memuat turun fail bank di bawah tab Bank Payment selepas meluluskan payroll anda. Tarikh pengkreditan diperlukan untuk fail bayaran gaji dan fail bayaran caruman KWSP anda, di mana tarikh tersebut adalah tarikh pembayaran perlu dibuat kepada penerima.

Tetapan dalam portal CIMB

Sila rujuk CIMB BizChannel Standard Guidelines di bawah untuk mengetahui cara memuat naik fail gaji dan caruman berkanun ke akaun CIMB Standard:

  1. Bulk Pay
  2. Statutory Body Files

Sila ambil perhatian bahawa fungsi muat naik fail gaji tidak tersedia untuk akaun BizLite. Untuk panduan lanjut, sila rujuk BizLite Guidelines:

  1. Payroll and Statutory Payments
  2. PERKESO EIS via Payroll Payment

Streamline your payroll for FREE!

Use PayrollPanda for free for 30 Days! No obligations, no credit card details required.

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.