ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) SERTA PINGAT PERKHIDMATAN DAN PEKERTI TERBILANG (PPT) PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

WhatsApp Image 2021 04 01 at 144701 WhatsApp Image 2021 04 01 at 144701 1 WhatsApp Image 2021 04 01 at 144702
WhatsApp Image 2021 04 01 at 145017 WhatsApp Image 2021 04 01 at 145018 WhatsApp Image 2021 04 01 at 145018 1

 

KUALA LUMPUR, 1 Apr 21 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah hadir menyaksikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang (PPT) Peringkat Kementerian Pertahanan yang telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Grand Ballroom Hotel InterContinental. Seramai 13 pegawai dan dua (2) anggota lain-lain pangkat dari perkhidmatan TUDM antara penerima anugerah APC pada hari ini.

Majlis yang bertemakan ‘Kelestarian Kecemerlangan Dalam Norma Baharu Perkhidmatan Awam’ hanya melibatkan 397 orang penerima APC dan PPT yang terdiri daripada 293 warga awam, 45 warga ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan 59 orang pesara (awam) di Wisma Pertahanan dan unit-unit tentera, warga ATM serta Pesara Awam terpilih manakala selebihnya akan dilaksanakan oleh Bahagian dan Jabatan masing-masing.

WhatsApp Image 2021 04 01 at 144702 1 WhatsApp Image 2021 04 01 at 144703 WhatsApp Image 2021 04 01 at 144703 1
WhatsApp Image 2021 04 01 at 144703 2 WhatsApp Image 2021 04 01 at 144704 WhatsApp Image 2021 04 01 at 144705

 

Pada tahun ini, Kementerian Pertahanan dan ATM telah menganugerahkan APC dan Pingat PPT kepada 849 warga awam, 9,549 warga ATM dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan 203 orang pesara awam menjadikan jumlah keseluruhan adalah seramai 10,601 orang.

Semua penerima APC menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi wang tunai berjumlah RM1000.00 yang akan dikreditkan ke dalam akaun gaji penerima anugerah bagi warga awam dan didepositkan ke SSPN-i di bawah PTPTN bagi warga ATM. Sementara itu untuk pesara awam menerima Sijil Penghargaan serta hadiah persaraan wang tunai berjumlah RM 400.00 yang akan dikreditkan ke akaun gaji masing-masing dan juga tambahan PPT kepada mereka yang bersara wajib.

Majlis yang diadakan ini adalah bagi mengiktiraf dan menghargai warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di dalam jawatan dan bidang masing-masing.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM serta Panglima-panglima Perkhidmatan yang lain.