Fadhlina hantar notis tuntutan terhadap MP Jasin, Harakah Daily
top of page

Fadhlina hantar notis tuntutan terhadap MP Jasin, Harakah Daily



Oleh: Helmi Mohd Foad


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menghantar notis tuntutan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail dan lidah rasmi Pas, Harakah Daily berhubung satu kenyataan berunsur fitnah yang disiarkan oleh portal itu terhadap beliau.


Notis tuntutan tersebut memberikan tempoh 48 jam untuk menarik balik artikel serta permohonan maaf sepenuhnya berdasarkan kenyataan yang disiarkan di Harakah Daily pada 6 November lalu bertajuk "Ajaran Siapa Tak Boleh Takbir Di Sekolah?".


Tuntutan yang dikemukakan melalui firma guaman Ibrahim & Fuaadah menyebut kenyataan dalam artikel itu membawa maksud Fadhlina tidak membenarkan laungan takbir dan bacaan qunut nazilah dilakukan sempena sambutan Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah baru-baru ini.


"Malah kenyataan yang ditulis, dimuat naik dan disebarkan tersebut menunjukkan bahawa anak guam kami mempunyai akidah (pegangan agama) yang terpesong kerana terlibat di dalam ritual agama lain disebabkan sikap tidak jujur dalam beragama.


"Lebih-lebih lagi, kenyataan tersebut telah merujuk anak guam kami sebagai seorang yang ‘munafik’ yang memberi maksud secara jelas bahawa anak guam kami seorang yang tidak beriman dan berpura-pura menunjukkan keimanan beliau," kata notis tuntutan tersebut semalam.


Notis tersebut berkata kenyataan itu juga didakwa telah memfitnah Fadhlina yang seolah-olah telah menyebarkan sesuatu bukan menjadi ajaran dalam agama Islam.


"Fitnah tersebut amat menjatuhkan dan mencemarkan nama baik anak guam kami sebagai Menteri Pendidikan beragama Islam yang mengetuai sistem pendidikan di Malaysia," kata notis itu.


Tambahnya, Fadhlina juga didakwa telah difitnah membawa ajaran liberal dan sekular yang merujuk kepada ajaran tidak bercirikan Islam.


Sedangkan, kata notis itu, anak guam mereka telah menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan atau Fadhlina sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk larangan untuk bacaan qunut nazilah atau takbir pada Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah di seluruh negara.


Susulan itu, notis berkenaan menuntut Zulkifli yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas dan Pesuruhjaya Pas Melaka serta Harakah Daily memberikan aku janji secara bertulis untuk tidak akan menyiarkan sebarang penyataan fitnah terhadap anak guam mereka.


Notis itu juga mengemukakan tuntutan bayaran RM500,000 sebagai ganti rugi kecederaan terhadap reputasi dan nama baik Fadhlina atas keaiban dan fitnah terhadapnya.


Firma guaman tersebut menegaskan sekiranya Zulkifli dan HarakahDaily gagal mematuhi tuntutan tersebut, pihaknya akan meneruskan tindakan prosiding undang-undang tanpa notis selanjutnya kepada mereka, selain kedua-dua defendan perlu bertanggungjawab terhadap kos tambahan.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page