Cara Semak No Cukai Pendapatan LHDN Number

Cara Semak No Cukai Pendapatan LHDN Number

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Panduan semak no LHDN & no cukai pendapatan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Semak No Cukai Pendapatan, Contoh Nombor LHDN Number (mypt3.com)

Lain: e-Filing : Cara Daftar Cukai LHDN

Apa Itu No Cukai Pendapatan

Setiap seorang yang layak untuk buat LHDN payment akan dapat satu nombor cukai pendapatan. Nombor rujukan cukai pendapatan ini adalah unik untuk setiap orang.

Semak No Cukai Pendapatan LHDN

Untuk dapatkan nombor anda, anda boleh terus login ke link pautan ini, https://edaftar.hasil.gov.my

  1. Anda akan diminta memasukan beberapa butiran penting antaranya seperti jenis pengenalan (samada no kad pengenalan baru, no polis, no tentera atau passport number anda)
  2. Kemudian isi no pengenalan diri anda berdasar pilihan yang telah anda buat
  3. Letakkan kod keselamatan yang terpapar setiap kali anda refresh halaman tersebut untuk tujuan sekuriti
  4. Akhir sekali, untuk tujuan keselamatan juga supaya nombor cukai pendapatan lhdn tidak didedahkan sewenang-wenang secara online kepada scammer, anda perlu letakkan email dan no telefon bimbit yang telah daftar dan register dengan pihak LHDN.

Masalah Tak Dipaparkan No Cukai Pendapatan

Pastikan anda memasukkan alamat email dan nombor telefon anda yang betul yang mana telah daftar dan register dalam sistem pangkalan data Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Jika anda sudah terlupa mana satu email atau nombor telefon yang berada dalam sistem LHDN, boleh mendapatkan semula dengan cara:

  • Pergi berjumpa dengan kakitangan LHDNM di pejabat lhdn yang berdekatan dengan anda
  • Boleh terus hubungi di bahagian Hasil Care Line di nombor 03-89111000

Jika Tiada No Cukai Pendapatan

Jika anda tiada nombor cukai pendapatan, ini bermakna anda tidak pernah daftar dengan lembaga hasil dalam negeri. Anda boleh pergi ke pejabat LHDN yang berdekatan untuk maklumat lebih lanjut.

Contoh Nombor Cukai Pendapatan Individu & Syarikat

  1. Kod 01 – SG Untuk Individu yang tiada gaji dan punca pendapatan
  2. Kod 02 – OG Untuk Individu
  3. Kod 03 – D Untuk Perkongsian
  4. Kod 04 – C Untuk Syarikat
  5. Kod 05 – J Untuk Keluarga Sekutu Hindu
  6. Kod 06 – F Untuk Pertubuhan
  7. Kod 07 – TP Untuk Harta Pusaka
  8. Kod 08 – TA Untuk Badan Amanah
  9. Kod 09 – TC Untuk Amanah Unit/Harta Tanah
  10. Kod 10 – CS Untuk Koperasi
  11. Kod 11 – Lain-lain

NOTA: Untuk contoh nombor cukai pendapatan individu adalah OG 10234567080 manakala untuk syarikat adalah seperti C 1234567809

Sumber: Semak No Cukai Pendapatan, Contoh Nombor LHDN Number (mypt3.com)