ARTIKEL PILIHAN: PDRM PASUKAN PENJAWAT AWAM TERBESAR MENERIMA KENAIKAN GAJI

Menu

ARTIKEL PILIHAN: PDRM PASUKAN PENJAWAT AWAM TERBESAR MENERIMA KENAIKAN GAJI

Kuala Kubu Bharu, 3 Mei 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjadi ketumbukan penjawat awam paling besar menerima kenaikan gaji, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 142,000 anggota dan kakitangan sokongan PDRM akan mendapat manfaat kenaikan gaji itu pada Disember nanti.

"Badan uniform dan kumpulan sokongan ini menjadi satu kelompok besar yang akan menikmati manfaat daripada pengumuman oleh Perdana Menteri.

"Jabatan Perkhidmatan Awam juga sedang memperincikan dan memperhalusi perkara ini," katanya kepada pemberita ketika hadir di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.
Kelmarin, Dato' Seri Anwar mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai 1 Disember ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1242345/pdrm-pasukan-penjawat-awam-terbesar-menerima-kenaikan-gaji-saifuddin