Cara Bayar Loan Kereta Bank Rakyat
Cara Bayar Loan Kereta Bank Rakyat

Cara Bayar Loan Kereta Bank Rakyat

Posted on

Pembiayaan Sewa Beli Kenderaan-i merupakan produk Bank Rakyat yang menawarkan skim bayaran ansuran yang fleksibel dan berpatutan apabila membeli kereta baru buatan tempatan dan bukan tempatan yang terdapat di pasaran.

Bagi Anda yang sudah mempunyai pinjaman kereta, Anda memiliki kewajipan untuk membayar biaya ansuran setiap bulan.

Berikut kami kongsikan cara bayar loan kereta Bank Rakyat.

Cara Bayar Loan Kereta Bank Rakyat Online

Sila ikuti cara bayar pinjaman kereta Bank Rakyat secara online di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Bank Rakyat https://www.irakyat.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Sahkan Secure Phrase Anda.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Masukkan Security Purpose Anda.
  7. Klik Login.
  8. Selepas Anda login, klik Payment > Bills.
  9. Pada From Account, klik Savings Account.
  10. Pada Payee Type, klik Non-Registered
  11. Pada To Bill Account Number, masukkan Nombor Kad Pengenalan/Nombor Pinjaman.
  12. Masukkan Jumlah yang akan dihantar.
  13. Jik Anda ingin menjadikan bayaran ini secara berkala, klik Yes pada Set this as a repeat payment.
  14. Klik Add.
  15. Tandakan ceklis pada kotak Loan
  16. Klik Submit.
  17. Pastikan maklumat Anda betul.
  18. Klik Request TAC.
  19. Masukkan Nombor TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda yang berdaftar.
  20. Klik Confirm.
  21. Pastikan Anda cetak resit sebagai bukti pembayaran.
  22. Selesai.

Tidak ada akaun iRakyat? Tak perlu risau, sila baca panduan cara daftar Bank Rakyat online.

Cara Bayar Loan Kereta Bank Rakyat Melalui CDM

Anda boleh bayar loan kereta Bank Rakyat melalui CDM:

  1. Sila pergi ke mesin CDM Bank Rakyat terdekat.
  2. Pilih Bank Rakyat>Pembayaran.
  3. Pilih Sewa Beli.
  4. Kemudian, pilih No Pendaftaran Kenderaan.
  5. Sila masukkan No. Pendaftaran Kenderaan.
  6. Pilih Tekan Jika Betul.
  7. Butiran maklumat akan dipaparkan, sila masukkan Wang Anda.
  8. Pilih Tekan Untuk Sah.
  9. Tunggu, transaksi Anda sedang disahkan.
  10. Transaksi Anda berjaya.
  11. Pastikan Anda menyimpan resit sebagai bukti pembayaran.
  12. Selesai.

Selepas membuat pembayaran, sila semakan baki pinjaman Bank Rakyat untuk mengetahui maklumat pinjaman.

Itulah panduan cara bayar pinjaman kereta Bank Rakyat secara online dan melalui mesin CDM, semoga membantu.