MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

Bantuan Zakat Untuk Kebajikan

MAIWP menyediakan pelbagai program agihan zakat bagi membantu kebajikan para asnaf. Dapatkan maklumat, borang dan tatacara permohonan di bawah;

Syarat Bantuan

Anda boleh semak dan tentukan jika anda layak untuk menerima bantuan agihan zakat.

Borang Permohonan

Semak dan muat turun borang permohonan, isikan maklumat dan bawa bersama anda ke kaunter.

Kaunter Permohonan

Anda boleh memohon bantuan di semua kaunter cawangan Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Bantuan Sara Hidup

Tujuan

Membantu memenuhi keperluan kelangsungan hidup asnaf dalam bentuk tunai secara bulanan.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Ar-Riqab.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan maksimum RM1,000.00 sebulan.

Syarat Khusus
  • Pemohon daripada Bukan Warganegara Malaysia layak dipertimbangkan dengan syarat :-
    • Wanita / lelaki yang tiada tempat bergantung seperti kematian atau ditinggalkan suami / isteri;
    • Baru memeluk Islam;
    • Pelarian beragama Islam;
  • Bagi pemohon yang tiada tempat tinggal atau gelandangan boleh dipertimbangkan permohonannya.
  • Ketua keluarga yang meninggal dunia, bantuan akan ditamatkan dan isteri / waris perlu membuat permohonan baru.
  • Bagi yang berpoligami, permohonan hendaklah dibuat atas nama suami dan bantuan akan disalurkan kepada suami atau isteri.
  • Penjaga / pemohon yang menanggung anak / anak jagaan / adik beradik (yatim piatu), layak dipertimbangkan.
  • Pemohon yang tinggal bersama (menumpang) dengan penerima bantuan Sara Hidup sedia ada layak dipertimbangkan bantuan berdasarkan syarat-syarat sedia ada.
  • Bantuan tidak dipertimbangkan kepada penghuni-penghuni pusat kebajikan atau pemulihan yang dibiayai sepenuhnya.
  • Pemohon yang melebihi had kifayah sehingga RM100.00 layak dipertimbangkan di bawah asnaf Miskin.
Penyaluran Bantuan

Bantuan boleh disalurkan kepada isteri/ waris dengan salah satu syarat-syarat berikut:

  • Suami / ketua keluarga menghidap penyakit kronik yang diperakui daripada pusat perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Mempunyai masalah rumah tangga.
  • Muflis.
  • Ketua Keluarga mempunyai masalah akaun bank.
  • Kebenaran ketua keluarga.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima.

Bantuan Persediaan Ramadan Dan Aidilfitri

Tujuan

Membantu asnaf meringankan beban dan menampung perbelanjaan sempena menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Ar-Riqab.

Kadar Bantuan
  • Kadar maksimum RM 1,000.00 seorang bagi penerima Bantuan Sara Hidup.
  • Kadar maksimum RM 500.00 seorang bagi penerima selain penerima Bantuan Sara Hidup.
Syarat Khusus
  • Penerima / bukan penerima Bantuan Sara Hidup.
  • Mualaf yang berdaftar dengan JAWI.
  • Pelatih / pelajar / penghuni Institusi-institusi di bawah MAIWP.
  • Pekhidmat MAIWP yang berpendapatan rendah (B40) boleh dipertimbangkan di bawah asnaf miskin.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima.

Bantuan Pembekalan Barangan Keperluan Asasi

Tujuan

Membantu memenuhi keperluan asnaf dalam bentuk pembekalan barangan keperluan asasi secara bulanan.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Ar-Riqab.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan maksimum RM 500.00 sebulan.

Syarat Khusus
  • Penerima Bantuan Sara Hidup.
  • Kaedah terimaan barangan tertakluk kepada proses perolehan yang akan ditentukan.
  • Bantuan tidak boleh ditebus dengan wang tunai.
  • Bagi asnaf yang tidak berupaya untuk membuat penebusan, barangan keperluan asasi boleh dihantar ke lokasi melalui syarikat yang dilantik.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pembekal adalah berdasarkan kepada jumlah penebusan sebenar oleh penerima pada setiap bulan.

Bantuan Khairat Asnaf

Tujuan

Meringankan beban asnaf / waris yang ditimpa musibah kematian.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Ar-Riqab.

Kadar Bantuan

Khairat Kematian - Maksimum sehingga RM3,000.00

Syarat Khusus
  • Pemohon hendaklah penerima Bantuan Sara Hidup MAIWP / waris.
  • Kes kematian yang tidak disengajakan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada ahli keluarga / waris.

Bantuan Perkahwinan

Tujuan

Membantu pasangan yang akan mendirikan rumahtangga dan pasca perkahwinan.

Asnaf

Fakir, Miskin dan Mualaf.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan maksimum RM 5,000.00.

Syarat Khusus
  • Pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan bagi kali pertama sahaja
  • Memenuhi syarat-syarat daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
  • Permohonan bantuan adalah 3 bulan sebelum atau selepas akad nikah.
  • Perkiraan had kifayah ibu bapa / penjaga yang sah perlu diambilkira bagi pemohon yang masih di bawah tanggungan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima

Bantuan Sekuriti Sosial

Tujuan

Mendidik asnaf menabung dan memberi peluang bagi mempunyai simpanan kewangan yang terjamin di masa hadapan.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf dan Ar-Riqab.

Kadar Bantuan

Mengikut keperluan semasa berdasarkan kepada pertimbangan Jawatankuasa Baitulmal (JKB).

Syarat Khusus
  • Penerima Bantuan Sara Hidup yang terpilih dan bersesuaian.
  • Melalui kerjasama strategik dengan agensi berkaitan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada agensi.

Bantuan Guaman Syarie

Tujuan

Membantu umat Islam yang menghadapi masalah tuntutan dan permohonan kes Mal di Mahkamah Syariah dan Sivil serta meringankan beban kewangan berkaitan kos guaman.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf & Al-Gharimin.

Kadar Bantuan
  • Individu - Kadar bantuan maksimum RM 15,000.00.
  • Agensi - Berdasarkan keperluan semasa.
Syarat Khusus
  • Mengemukakan laporan kes daripada Jabatan Bantuan Guaman / Agensi.
  • Tidak ada wakalah dari mana-mana pihak peguam.
  • Kes tuntutan melibatkan kes Mal di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.
  • Bayaran berdasarkan kes yang telah selesai.
  • Penyaluran bantuan melalui kerjasama dengan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) / Agensi.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada panel guaman / agensi.

Bantuan Menyelesaikan Hutang

Tujuan

Membantu mereka yang mempunyai tanggungan hutang akibat daripada aktiviti memenuhi keperluan asasi.

Asnaf

Al-Gharimin.

Kadar Bantuan

Berdasarkan keperluan semasa hutang yang harus dibantu.

Syarat Khusus
  • Hutang bagi pembiayaan keperluan asasi:
    • Makanan
    • Perubatan
    • Pendidikan
    • Perlindungan
    • Pakaian
    • Pengangkutan
  • Hutang perniagaan.
  • Keutamaan bantuan menyelesaikan hutang adalah kepada golongan fakir, miskin & mualaf.
  • Bantuan boleh dipertimbangkan sekiranya melibatkan keselamatan nyawa, maruah diri sendiri dan keluarga pemohon.
  • Bantuan boleh dipertimbangkan kepada penjamin-penjamin yang teraniaya akibat dari peminjam yang tidak melunaskan hutang.
  • Pelaksanaan bantuan juga boleh dilaksanakan dengan kerjasama strategik melalui agensi berkaitan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada pihak yang memberi hutang.

Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri

Tujuan

Membantu asnaf untuk menyediakan keperluan tiket / waren perjalanan serta pelbagai keperluan diri yang lain dalam tempoh perjalanan tersebut.

Asnaf

Ibnu Sabil.

Kadar Bantuan
  • Kadar bantuan maksimum RM 5,000.00.
  • Tiket penerbangan atau waren perjalanan tertakluk kepada nilai semasa.
Pengecualian Syarat Umum

Boleh dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu dengan pengecualian seperti berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bermastautin di luar Wilayah Persekutuan.
  • Tidak tertakluk kepada pengiraan had Kifayah
Syarat Khusus
  • Bantuan tiket / waren perjalanan kepada pemohon yang terkandas dalam perjalanan yang diharuskan syarak.
  • Tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai keperluan asasi buat sementara waktu sebelum pulang ke negeri asal.
  • Tiada saudara mara atau kedutaan yang bersedia atau berkewajipan untuk membantu.
  • Kelulusan Timbalan Pengurus dan ke atas bagi kes-kes tertentu selain di atas yang boleh dipertimbangkan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima/ pembekal berkaitan.

Bantuan Kecemasan

Tujuan

Membantu asnaf yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan akibat terputusnya perbelanjaan dan lain-lain perkara yang perlu dibantu dengan kadar segera.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf, Al-Gharimin, Ar- Riqab, Ibn Sabil dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan maksimum RM10,000.00.

Pengecualian Syarat Umum

Boleh dipertimbangkan bagi kes-kes tertentu dengan pengecualian seperti berikut:

  • Bukan Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di luar Wilayah Persekutuan
Syarat Khusus
  • Pemohon yang terputus perbelanjaan sara hidup.
  • Suami / Isteri yang teraniaya.
  • Pemohon yang baru mendapat atau memulakan pekerjaan atau melapor diri untuk bekerja di WP dan tiada perbelanjaan sara hidup.
  • Bantuan juga diberi kepada penerima Bantuan Sara Hidup yang dalam proses pembayaran.
  • Pemohon yang diusir atau melarikan diri bersama-sama ahli keluarga daripada masalah keluarga, ceti haram, dan masalah kewangan.
  • Pemohon yang tiada saudara mara atau kedutaan untuk membantu menyelesaikan masalah atau terputus perbelanjaan.
  • Kelulusan Timbalan Pengurus dan ke atas bagi kes-kes tertentu selain di atas yang boleh dipertimbangkan.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima.

Bantuan Musibah

Tujuan

Membantu meringankan beban golongan yang ditimpa musibah berdasarkan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.20- Dasar dan Mekanisma Pengurusan Dan Bantuan Bencana Negara. MAIWP juga berhak mempertimbangkan bencana / musibah yang tidak disenaraikan oleh MKN.

Asnaf

Miskin, Mualaf dan Al-Gharimin.

Kadar Bantuan
  • Bantuan segera (kit musibah) yang merangkumi keperluan diri dan keluarga.
  • Bantuan wang:
    • Bagi musibah banjir, ribut, tanah runtuh dan kebakaran:-
      • Bujang: RM 1,000.00
      • Suami + Isteri: RM 2,000.00
      • Setiap anak / tanggungan: RM 300.00.
      (Bagi kerosakan yang melibatkan 50% ke atas).
    • Kecurian / Rompakan / Kemalangan maksimum RM2,000.00 dan ke bawah.
    • Perbuatan teraniaya yang menyebabkan kerosakan harta benda maksimum RM2,000.00.
    • Bencana / musibah lain yang tidak tertakluk kepada takrif MKN yang layak dipertimbangkan perlu mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa yang berautoriti.
    • Permohonan Bukan Warganegara / Bukan Islam layak dipertimbangkan bantuan maksimum sebanyak RM 1,000.00 bagi yang terlibat dalam kejadian musibah dan bencana alam.
Syarat Khusus
  • Musibah berlaku di Wilayah Persekutuan dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Permohonan tidak melebihi 3 bulan dari tarikh berlaku kejadian.
  • Layak diberikan bantuan lebih daripada sekali setahun dengan syarat mendapat pengesahan daripada PBT atau pihak berkuasa lain.
  • Penyelarasan nama tertakluk kepada tapisan akhir dari agensi berautoriti.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima.

Bantuan Insentif Khas

Tujuan

Insentif kepada asnaf bagi meringankan beban dan menampung perbelanjaan seharian.

Asnaf

Fakir, Miskin, Mualaf, Al- Gharimin, Ar-Riqab, dan Fisabilillah.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan maksimum RM1,000.00 seorang.

Syarat Khusus
  • Penerima bantuan zakat MAIWP.
  • Selain penerima bantuan zakat MAIWP yang terjejas pendapatan berdasarkan situasi semasa.
Kaedah Bayaran

Bayaran kepada penerima.

TOP