Tarikh Gaji 2023 Untuk Penjawat Awam (Dikemaskini)

Tarikh Gaji 2023 Untuk Penjawat Awam (Dikemaskini)

MAKLUMAN : Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023 sudah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Bila agaknya tarikh gaji yang akan diterima bagi bulan Januari hingga Disember tahun depan?

Jom kami kongsikan senarai tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023.

Bolehlah rancang kewangan anda siap-siap!

Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023

  1. T arikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa dan pengecualian AP105.
  2. 2.2  Surat Pekeliling ini disediakan berdasarkan peraturan berikut:
    • 2.2.1  Surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023; dan
    • 2.2.2  Surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.NBO(S)600- 8/2/9(30) – bertarikh 10 April 2023: Perubahan Tarikh Bayaran Emolumen Bulan April 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Serta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Dan Pesara Kerajaan ; dan
    • 2.2.3 Surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan : MOF.BKSK(S)600-1/7/6 Jld.4(3) bertarikh 10 April 2023: Perubahan Tarikh Bayaran Emolumen Bulan Mei 2023 Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2023 Penjawat Awam (SPANM BIL. 3/2023)

(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

BulanTarikhHariCatatan
Januari17.01.2023SelasaTahun Baru Cina
22 & 23 Januari 2023 (Ahad & Isnin)

*Dibayar sekali dengan Bantuan Khas Kewangan 2023
Februari24.02.2023Jumaat
Mac24.03.2023Jumaat
April17.04.2023IsninHari Raya Puasa
22 & 23 April 2023 (Sabtu & Ahad)

*Dibayar sekali dengan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023
Mei19.05.2023Khamis*Bayaran gaji telah diawalkan – Rujuk Lampiran SPANM 3/2023 di bawah

Hari Pesta Kaamatan
30 & 31 Mei 2023 (Selasa & Rabu)
Jun23.06.2023JumaatHari Gawai
1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)

Hari Raya Haji
29 & 30 Jun 2023 (Khamis & Jumaat)
Julai25.07.2023Selasa
Ogos25.08.2023Jumaat
September25.09.2023Isnin
Oktober25.10.2023Rabu
November24.11.2023JumaatHari Deepavali
12 November 2023 (Ahad)
Disember19.12.2023SelasaHari Krismas
25 Disember 2023 (Isnin)

Rujuk : Kalendar 2023: Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia

Rancang kewangan dengan sebaiknya ya!

Berikut dikongsikan lampiran terkini SPANM BIL 3/2023:

Sumber: SPANM Bil. 3/2023: Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023 pada 11 April 2023 pada 19/04/2023

Klik di sini untuk muat turun

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : [email protected]
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara (JANM)

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: