APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid | PendidikanMalaysia.my
27.7 C
Kuala Lumpur
Sabtu, Jun 8, 2024

FB

APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid

- Advertisement -

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), merupakan salah satu aplikasi atas talian yang diwujudkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berfungsi untuk menyimpan maklumat, data, mengemaskini kehadiran pelajar.

APDM KPM telah secara beransur -ansur menggantikan rekod kehadiran (Buku Biru) yang acap kali digunakan pada masa lampau.

Sebagai antara sistem paling utama yang diwujudkan KPM, APDM digunakan oleh semua guru, khususnya guru kelas, untuk pengurusan maklumat pelajar di bawah jagaan mereka.

Login APDM KPM Online

APDM boleh diakses dengan mudah dalam talian.  Untuk login ke PADM KPM, anda perlu mengikut langkah dibawah.

  1. Pergi ke laman sesawang Aplikasi Pangkalan Data Murid: https://apdm.moe.gov.my/
  2. Di bahagian kiri, terdapat ruangan log masuk seperti kelihatan dalam gambar dibawah.  Isi maklumat log masuk seperti ID Pengguna dan Kata Laluan.  Maklumat ini boleh diperolehi dari Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah.
  3. Tekan hantar

Kemaskini maklumat APDM pelajar

Maklumat APDM KPM mesti dikemaskini sentiasa bagi memastikan keesahan serta ketepatan data yang dimasukkan.

Maklumat – maklumat yang perlu dikemaskini sentiasa adalah hal berkaitan waris pelajar, termasuk jumlah pendapatan serta alamat surat menyurat yang terkini pelajar.

Pada hari persekolahan, maklumat keciciran pelajar juga direkod di dalam APDM bagi membolehkan sekolah mengetahui peratus kehadiran pelajar dalam satu – satu tempoh.

Data pelajar yang dimasukkan digunapakai untuk semua hal berkaitan pelajar termasuk bantuan kewangan, pengurusan perpindahan, urusan surat amaran dan pelbagai lagi.

Pekeliling serta dokumen berkaitan APDM

Panduan serta pekeliling berkaitan APDM boleh dimuat turun dan dilihat di pautan di bawah.

PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia
PendidikanMalaysia.my adalah sebuah laman sumber, berita dan perkongsian untuk semua dengan fokus khusus kepada pendidikan di Malaysia.

Related Articles

15 COMMENTS

Comments are closed.

PAUTAN PANTAS

- Advertisement -

Latest Articles

- Advertisement -
error: Content is protected !!