SPGATM: Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia
Advertisements

SPGATM: Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia

Kesemua pegawai dan anggota tentera yang ingin membuat semakan penyata gaji bulanan masing-masing anda boleh melakukan perkara tersebut dengan menggunakan portal Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM).

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan portal ini, terus bersama artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apa itu SPGATM?

Sistem Penyata Gaji Angkatan Tentera Malaysia (SPGATM) merupakan sebuah portal yang diwujudkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2019 bagi memudahkan anggota tentera memperoleh penyata gaji mereka.

SPGATM ini berada di bawah kelolaan Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera, yang merupakan sebuah organisasi yang bertindak sebagai pusat pemprosesan gaji dan elaun di bawah pentadbiran, Bahagian Perkhidmatan Tentera, Markas Angkatan Tentera Malaysia.

spgatm
Sumber: UGAT

Cara Daftar Masuk Sistem Penyata Gaji ATM (SPGATM)

Dibawah merupakan cara untuk log masuk ke Portal SPGATM, bagi melakukan semakan penyata gaji dan sebagainya:

  1. Sila layari Portal SPGATM
  2. Masukan nombor tentera,nombor kad pengenalan dan emel yang sah bagi daftar masuk kali pertama.
  3. Kemudian sila tukar nama pengguna dan kata laluan bagi tujuan keselamatan dan memelihara kerahsiaan informasi anda.

Jadual Tarikh Pembayaran Gaji ATM

Dibawah adalah tarikh pembayaran gaji dan peruntukan Anggota Tentera Malaysia.

Sumber: Tarikh Pembayaran Gaji ATM
Sumber: Tarikh Pembayaran Peruntukan ATM

Maklumat Gaji & Elaun Angkatan Tentera Malaysia

Berikut adalah maklumat gaji dan elaun Angkatan Tentera Malaysia (ATM).:

Gaji

spgatm gaji
Sumber: http://www.ugat.mil.my/dasar-gaji-dan-elaun/

ELAUN

  • Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM 1500.00 setiap 3 tahun sekali.
  • Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM 500.00 setahun.
  • Tuntutan perjalanan ke tempat kerja.
  • Elaun Bantuan Sara Hidup.
  • Elaun Kepakaran bagi yang layak.
  • Elaun insentif khas ATM RM 200.00 sebulan.

INSENTIF

  • Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
  • Bonus tahunan (jika ada).
  • Khairat kematian RM3000.00.

KEMUDAHAN

  • Rawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.
  • Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).
  • Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.
  • Rumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.
  • Penginapan serta sajian di Wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.
  • Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.
  • Rebet 25% Tambang KTMB.
  • Waran perjalanan.
  • Insuran Kelompok ATM.
  • Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.
  • Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.
  • Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:
    • Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan Tentera seluruh Malaysia.
    • Rawatan di Institut Jantung Negara.
    • Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.
    • Rawatan kemandulan primer.
    • Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
    • Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
    • Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)
  • Bantuan perbekalan alatan.
    • Pembekalan lat Ortopedik.
    • Pembekalan kerusi roda.
    • Alatbantu pendengaran.
    • Pembekalan alat-alat lain.
  • Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.
  • Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
  • Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
  • Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
  • Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
  • Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) –Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
  • Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Maklumat Lanjut:

Jika terdapat sebarang masalah/aduan/pertanyaan boleh hubungi pihak Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera melalui:

Alamat:

Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera Malaysia Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur

Emel:

[email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.