APDM: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid 2024 - APDM
aplikasi pangkalan data murid

APDM: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid 2024

APDM merupakan singkatan bagi Aplikasi Pangkalan Data Murid. APDM digunakan bagi key-in maklumat murid seperti kedatangan ataupun kehadiran. Kehadiran murid akan diisi secara online melalui APDM. Mulai 1 januari 2015, APDM dikenali sebagai modul Pengurusan Murid (PM).

Berikut adalah pautan untuk anda masuk ke dalam APDM.

Link:https://apdm.moe.gov.my

Cara login APDM

  1.  masuk ke pautan : https://apdm.moe.gov.my
  2. Masukkan ID dan kata laluan anda.
  3.  Klik masuk.
  4. Sekiranya anda terlupa kata laluan, para guru dikehendaki untuk menghubungi admin sekolah untuk reset kata laluan.
  5. Isi maklumat kehadiran murid.

bagi mengisi maklumat murid yang berkeperluan khas, terdapat sedikit perbezaan berbanding mengisi maklumat murid yang biasa.

Anda boleh lihat di sini panduan bagi mengisi maklumat murid yang berkeperluan khas (OKU) . Panduan APDM Keperluan Khas.

Semoga anda dapat mengisi maklumat murid dengan mudah.

Cara Memadam Murid di APDM

Mencari cara untuk memadam murid ada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)? Di sini kami menyediakan tutorial cara untuk melaksanakannya.

Adakalanya murid perlu di padam daripada senaria kelas atas beberapa sebab seperti murid berpindah kelas, murid berpindah sekolah ataupun murid berhenti dan tidak bersekolah lagi.

Anda boleh lihat infografik di bawah ini cara untuk memadam murid pada APDM.

Perlu diambil perhatian bahawa, kini fungsi memadam murid tidak boleh lagi dilaukan oleh guru kelas.Ianya cuma boleh dilakukan oleh admin sahaja. 

Maka, anda perlu memberitahu admin jika ingin memadam murid.

padam murid

Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk memadam maklumat murid pada APDM.

Maklumat Murid Tidak Dipaparkan

asalah yang seringkali dihadapi oleh guru-guru ketika melayari laman web APDM adalah, maklumat murid tidak dikeluarkan dalam bahasa lain ianya kosong. Satu lagi masalah yang sering dihadapi adalah apabila APDM memaparkan mesej ” kelas belum ditetapkan”.

bantuan

Cara Menangani masalah Maklumat Murid Kosong dan Kelas belum ditetapkan dalam APDM

Berikut adalah cara untuk menyelesaikan masalah ini.

Masuk ke Portal APDM dahulu.

  1.  Login menggunakan kod sekolah, (cth idpengguna = ABC1234)
  2.  Klik pendaftaran kelas, cari nama kelas/guru yg dimaksudkan,
  3.  Klik kemaskini,
  4.  Akhir sekali klik butang Kemaskini Maklumat Kelas. 
  5. Jika masalah masih sama walaupun setelah semua langkah di atas dilakukan, sila emel ke apdm.team@moe.gov.my

semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk menangani masalah ini.

Daftar Guru Baru Dalam APDM

ertukaran guru kelas baru adalah perkara yang akan berlaku. Oleh itu, di dalam sistem APDM, setiap kali berlaku pertukaran guru kelas, sistem dalam APDM pun perlulah diubah.

Artikel kali ini, kami akan sediakan tutorial ringkas cara mendaftar guru kelas baru ataupun menukar guru kelas yang sedia ada.

Cara Tukar dan daftar guru kelas baru APDM

  1. Pertukaran guru kelas dalam sistem APDM hanya boleh dilakukan oleh administrator APDM.
  2. Setelah admin login ke dalam APDM, pergi ke menu ‘pendaftaran kelas’.
  3. Kemudian klik bahagian ‘ tambah kelas’ (jika kelas masih belum wujud), jika telah wujud, terus ke menu kelas berkenaan.
  4. Klik menu kemaskini.
  5. Setelah selesai mengisi segala maklumat, bolehlah klik ‘kemaskini maklumat kelas’
  6. Siap.

Semoga artikel ringkas mengenai cara mendaftar guru kelas baru APDM ataupun tukar guru kelas ini dapat memberikan info kepada anda.