'Bahaya ada akaun TikTok' - Utusan Malaysia

‘Bahaya ada akaun TikTok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRENTON: Orang ramai digesa tidak menggunakan TikTok kerana platform itu didakwa menyalurkan maklumat kepada Kerajaan China. 

Gesaan itu disuarakan oleh Ketua Perisikan Keselamatan Kanada (CSIS), David Vigneault yang mendedahkan terdapat strategi sangat jelas oleh pihak Kerajaan China untuk mengakses maklumat peribadi daripada mana-mana individu di seluruh dunia. 

Vigneault berkata, matlamat utama China adalah sentiasa mahu melindungi kepentingan Parti Komunis di negara itu. 

“Ini sudah tentu adalah satu bentuk ancaman kepada cara hidup kita.

“Mereka menggunakan data analitik yang besar, mempunyai rangkaian teknologi yang menakjubkan serta membangunkan kecerdasan buatan (AI) berdasarkan data ini.  

“Sebagai individu, saya sama sekali tidak akan mengesyorkan sesiapa mempunyai TikTok,” katanya ketika temubual di CBC News.  

Laporan tahunan CSIS yang didedahkan kepada umum minggu lalu, mengandungi isyarat jelas mengenai keupayaan Kerajaan China mengakses maklumat di seluruh dunia. 

Beberapa hari lalu, sekumpulan pengguna TikTok memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar undang-undang memaksa pelupusan aplikasi video pendek yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika Syarikat (AS).

Mereka mendakwa, undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden AS, Joe Biden itu mempunyai ‘kesan yang mendalam terhadap kehidupan AS’.

Minggu lalu, TikTok dan syarikat induk di China, ByteDance memfailkan tuntutan mahkamah yang sama, mendakwa undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan AS atas beberapa alasan termasuk melanggar Pindaan Pertama yang melindungi kebebasan bersuara .

Undang-undang yang ditandatangani Biden pada 24 April itu memberikan ByteDance sehingga 19 Januari tahun depan untuk menjual TikTok atau akur kepada larangan. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya