KUALA LUMPUR: Purata gaji rakyat Malaysia hanya meningkat sekitar RM56 setahun, terutama melibatkan golongan yang berada dalam kategori 50 peratus terbawah di negara ini.
Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya mendedahkan, tiada perubahan ketara berlaku dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2010 hingga 2019.
Berdasarkan laporan bertajuk The Financialization of our Lives: Values and Trade-Offs, pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.
Kajian itu menekankan bahawa sebarang kemajuan dalam pertumbuhan gaji dari 1995 hingga 2019 adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh pengenalan kadar baharu gaji minimum.
"Sekiranya tiada langkah sedemikian, pasaran buruh gagal menyediakan sebahagian besar tenaga kerja dengan taraf hidup yang bermaruah.
"Pertumbuhan gaji sebenar bagi golongan 50 peratus kebawah adalah kekal kecil, walaupun selepas mengambil kira kesan gaji minimum.
"Ini menggariskan cabaran yang dihadapi oleh sebahagian besar tenaga kerja Malaysia dalam mencapai kestabilan kewangan," memetik laporan itu.
Selain itu, laporan itu mengkaji kesejahteraan isi rumah melalui corak perbelanjaan di mana ia menunjukkan bahawa 70 peratus isi rumah, merangkumi golongan berpendapatan bawah hingga sederhana, telah berbelanja terutamanya untuk keperluan asas dan bukannya barangan yang dimahukan (aspirational goods) sepanjang tujuh tahun yang lalu.
"Isi rumah dalam kumpulan pendapatan 10 peratus terendah (D1) menyaksikan peningkatan bantuan kebajikan sebanyak dua kali iaitu antara 2009-2014 dan 2016-2019.
"Bagaimanapun, peningkatan penggunaan mereka terhad kepada keperluan penting seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah," menurut laporan itu.
Dalam masa sama, laporan itu turut mendedahkan isi rumah berpendapatan sederhana (D3-6) menunjukkan corak penggunaan yang stabil, dengan sedikit kepelbagaian dalam barangan makanan dan perkakas rumah.
Sebaliknya, 30 peratus isi rumah teratas (D7-10) secara konsisten mendapatkan barangan dan perkhidmatan mewah serta berkualiti tinggi, sekali gus menunjukkan kapasiti ekonomi mereka yang semakin baik.
Perbelanjaan mereka (D7-10) untuk makanan berkurangan, manakala pelaburan dalam perumahan, penjagaan kesihatan dan aktiviti rekreasi meningkat, mencerminkan gaya hidup yang berorientasikan kepada peningkatan kualiti hidup.
Kajian itu memberi amaran bahawa isi rumah mewah terus memperoleh sebahagian besar kredit, mendapat manfaat daripada keupayaan untuk melabur atau menampung keperluan kewangan jangka pendek pada kos yang rendah.
Sebaliknya, dasar yang memperluaskan hutang kepada isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah mengakibatkan beban hutang yang tidak seimbang, terutamanya apabila hutang tersebut ditanggung untuk mengekalkan taraf hidup asas.
Harits Asyraf Hasnan
Thu May 16 2024
Purata gaji rakyat Malaysia hanya meningkat sekitar RM56 setahun, terutama melibatkan golongan yang berada dalam kategori 50 peratus terbawah di negara ini. - Gambar hiasan Bernama
Projek rintis Dasar Gaji Progresif disasar dilaksana sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun
Kementerian Sumber Manusia akan membuat penilaian dan pelarasan bagi perkara berkaitan pelaksanaan projek rintis tersebut.
Lembaga Pengarah SRC dilantik untuk laksana kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC
"Apabila kami dilantik ke entiti ini yang dinamakan SRC, kami tidak diberikan kebebasan yang membolehkan kami menyuarakan pandangan apa yang perlu."
AWANI Ringkas: Penyeludupan bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Itali, juara bertahan yang bakal kecundang awal?
Kini dipimpin Luciano Spalletti, skuad The Azzurri masih mencari rentak dan ia dilihat bukanlah sesuatu yang baik buat pasukan sementelah Euro 2024 sudah begitu hampir.
Ayuh Harimau Malaya! Ulangi kemenangan epik Bukit Jalil
Malaysia mampu membuat kejutan dalam perlawanan menentang Republik kYrgyz dengan taktikal yang betul diterapkan Ketua Jurulatih, Kim Pan-Gon dan mentaliti menang para pemain skuad Harimau Malaya.
Sasar kapasiti tenaga biojisim 15 peratus menjelang 2027
Pengeluar Kuasa Bebas (IPP) terbesar negara, Malakoff Corporation Berhad komited meneraju usaha transisi tenaga negara dengan secara aktif menggabungkan pembakaran arang batu bersama biojisim dalam penjanaan kuasanya.
Hari TVET Negara 2024 buka peluang memperoleh maklumat dan kerjaya tangan emas
Bagi menghargai golongan tangan emas dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sambutan Hari TVET Negara bakal dijalankan di Insititut Latihan Perindustrian Kuala Langat, Selangor selama dua hari bermula Jumaat.
Pemeriksaan ketat pastikan tiada pelancong di musim haji
Perkongsian Editor Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Linda Salim mengenai perkembangan menjelang sehari sebelum pemegang visa pelancong perlu keluar dari Arab Saudi bagi membolehkan hanya pemegang visa haji sahaja berada di Tanah Suci di mana pemeriksaan ketat dan tangkapan dilakukan pihak berkuasa Arab Saudi kepada mereka yang ingkar peraturan ditetapkan.
Indeks Trend Kerja 2024
Mengenai hasil kajian 2024 Work Trend Index (Indeks Trend Kerja 2024) bagi penggunaan AI semasa bekerja.
Kes seludup RON95 meningkat, penyeludup mula ubah strategi
Langkah kerajaan mengumumkan penyasaran subsidi diesel menyebabkan penyeludup mengubah taktik dengan menyasarkan petrol RON95 sekali gus menyaksikan peningkatan penyeludupan bahan api tersebut.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Pasaran buruh Malaysia menunjukkan corak struktur pertumbuhan gaji jelas ditindas tanpa campur tangan dasar yang kukuh.