KOTA KINABALU, 28 Ogos - Seksyen BPR & HRMIS, Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia, Markas Tentera Laut telah menganjurkan Kursus Pengguna Human Resource Management Information System (HRMIS) dan Kursus Tatacara Pengurusan Data Billet Pre-Requisite (BPR) Siri 2/22 di Pusat Sumber Komuniti, Markas Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dari 23 hingga 26 Ogos 2022.
 
Kursus tersebut diadakan khusus untuk pegawai dan anggota yang berperanan untuk mengendali dan mengemaskini data di dalam Sistem HRMIS ATM serta pelaporan BPR di Markas, Pangkalan dan Unit TLDM.

Objektif kursus ini adalah memperkenalkan peserta kepada konsep, proses dan fungsi-fungsi yang disediakan dalam Sistem HRMIS ATM termasuk proses kerja yang berkaitan. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memberi pemahaman dan membimbing peserta dalam menggunakan modul serta proses-proses pengurusan sumber manusia menggunakan Sistem HRMIS ATM.

Kursus ini juga turut memberi pendedahan dan pengetahuan berkenaan tatacara pengurusan data BPR serta formula pengiraan yang digunakan. Latihan praktikal atau sesi hands on bagi Sistem HRMIS ATM oleh kesemua peserta turut dilaksanakan agar setiap peserta dapat memahami tatacara penggunaan sistem tersebut dengan lebih mendalam.

Seramai 20 peserta terdiri daripada 10 pegawai dan 10 anggota telah mengikuti dan menamatkan kursus dengan jayanya. Mereka terdiri daripada pegawai dan anggota daripada Markas Pemerintahan Armada Timur dan unit dibawah naungan.

Artikel : Lt M Sitti Nurfarrieza binti Titingan PSSTLDM
Foto    : LK TNL Fatin Nor Izatie binti Mahadi